CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32565|Reply: 141

Review Filem Zaiton Ceritaku: Hampagas!! Petisyen: Tayangkan versi Mislina

[Copy link]
Post time 2-11-2012 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Semalam aku ngn member pegila nonton filem nih. yelah, kata penerbit filem dia haji burhanuddin tuh dia sanggup reject filem asal dan remake kluarkan modal jota2 blk. Skali hasilnya cukup hampas. semalam pun ada 6 org jah dlm panggung besar. Kesian, promosi kemain lagi buat preview siap panggil tiara J lagi. Jalan cita berterabur,  xda kesinambungan dan adegan2 yang xperlu langsung diadakan. lakonan nadia aqilah langsung xda jiwa eton. Tapi aku xsalahkan nadia sbb dia mstlah dh buat sehabis baik, tp nk salah kan penerbit dan pengarah yang langsung xparticular ttg lakonan, set, kalo nk dipujipun hanya lah kualiti warna filem ni saja. Kalo filem fictional xkesah beb. nie filem biografi diva yang masih hidup. Yang buat aku suka hanya part footage sbnr petikan persembahan eton di malam juara lagu dan ms pengumuman eton menang tmpt kedua malam tuh oleh pgacara dia karim mohamad ngn noorkumalasari. NO wonderla sultan muzahar tweet ckp filem ni xberi keadilan secukupnya kt eton!!

SAPA LAGI DAH NENGOK CITA NIE? SHARE laa komentar kowang jugak!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2012 12:02 PM | Show all posts
Please..tlg tayangkan versi mislina plak.. nak tengok apa yang xkenanya dgn versi tuh. tayang kt astro first/jual dvd pn xpa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 12:15 PM | Show all posts
Zaiton Ceritaku- Kisah Malang Si Diva Pop Yang Seksi!                                      
      
   




       
        TERBITAN: Bruang Filem Sdn Bhd
       
        PENERBIT: Hjh Ainon Ariff/Esma Daniel Mohd Isa
       
        GENRE: Drama
       
        PENGARAH: Esma Daniel Mohd Isa
       
        SKOR MUZIK: Adnan Abu Hassan
       
        LAGU: Eddie Hamid
       
        PELAKON: adia Aqilah, Shahronizam, Karl Shafek Ismail, Riezman Khuzaimi, Arash Mohd, Fazlina Dato Ahmad Daud, wan Maimumah,
       
        Norlia Ghani
       
        TAYANGAN: Mulai 1 November 2012
       
        PENGULAS: Ellyna Ali

       
       
       
        Sekali Imbas
       
        Secara ringkasnya, filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantunya. Namun, terdapat jua kisah peribadi yang turut diselitkan menerusi filem ini di mana tidak semua yang mengetahuinya dan ia dikatakan menjadi punca atau balasan kepada yang berlaku dalam hidup Zaiton Sameon sekarang.
       
       
        Ulasan Penuh
       
       
        Sebagai seorang yang pernah membesar dengan lagu-lagu hits nyanyian Zaiton Sameon serta sentiasa mengikuti perkembangan dirinya sebagai diva pop tanah air pada awal era 90-an, sudah pasti saya meletakkan expectation yang cukup tinggi terhadap filem yang memaparkan tentang kisah the living legenda - lagenda yang masih lagi hidup.
       
        Yang mana, saya mengharapkan filem ini akan mampu membongkar serta mengeledah kisah-kisah Zaiton dengan lebih halus dan mendalam lagi pada saat dia sedang mengecapi kemasyhuran sebagai diva pop tanah air pada waktu itu, sehinggalah berlakunya tragedi kemalangan menyayat hati yang bukan saja telah meragut nyawa anaknya tetapi juga seluruh kehidupannya selepas itu.
       
        Al-maklumlah, ketika sedang mengecapi zaman kemasyhurannya itu, dia adalah antara artis yang sentiasa diburu dengan pelbagai kontroversi. Antara yang paling diingati adalah kehidupan sosialnya yang agak liar pada masa itu serta penampilannya yang cukup berani dan seksi kala berpakaian.
       
        Namun, itulah Zaiton Sameon! Tanpa semua kontroversi itu, ia tidak mampu membuatkan Zaiton Sameon berada di tahap yang cukup hebat dan dahsyat pada masa itu. Apabila expectation saya itu tersasar, saya terasa sedikit kesal. Sebab, apa yang saya bayangkan itu pada awalnya berlainan sekali dengan apa yang saya tonton pada majlis prebiu yang diadakan khusus buat tetamu khas dan pihak wartawan.
       
        Sebab saya mahu generasi muda hari ini melihat dan mengetahui betapa hebatnya Zaiton Sameon pada era itu. Namun, usaha penerbit mengetengahkan kisah Zaiton Sameon selepas berlakunya tragedi hitam itu sebenarnya bukanlah satu idea yang teruk atau buruk.
       
        Setidak-tidaknya, ia dapat memberikan presepsi baru terhadap liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Zaiton Sameon selepas dia kehilangan segala-galanya - anak, ingatannya, kerjaya seninya, keluarganya serta kekayaannya.
       
        Okay, saya boleh terima perkara ini tetapi saya berasakan ada banyak lagi perkara yang pengarah atau pihak penerbit tidak dedahkan di dalam filem ini tentang Zaiton selepas kemalangan.
        Misalnya, nama adik lelakinya ditukar kepada nama lain, nama kakaknya tidak disebut langsung, namun penonton hanya akan mengetahui bahawa itu adalah kakak Zaiton. Yang tidak didedahkan di dalam ini juga adalah baju gaun merah penuh sekuin potongan duyung yang dipakai Zaiton Sameon saat membawakan lagu Menaruh Harapan dalam pertandingan Juara Lagu 1993 telah pun dibakar oleh kakaknya. Sebenarnya banyak lagi yang tidak diselitkan di dalam filem ini.
       
        Pada awalnya, saya fikir ianya berkaitan dengan soal bajet filem ini. Sebab, sebelum ini, pembikinan Zaiton Ceritaku telah tergendala untuk sekian lama dan sepatutnya diarahkan pengarah lain. Sedikit-sebanyak, bajet mungkin menjadi antara sebab utama mengapa jalan ceritanya tidak begitu padat.
       
       
        Tapi, rupa-rupanya ada sebab lain. Demi memenuhi permintaan Zaiton serta demi menjaga sensitiviti keluarganya, pengarah dan penerbit terpaksa akur untuk memaparkan apa yang boleh dan apa yang tidak.
       
       
        Apapun, masih ada beberapa babak yang menarik yang dipaparkan. Misalnya, demi memenuhi keinginannya untuk makan buah durian, dia sanggup menyanyikan lagu Menaruh Harapan kepada si penjual durian.
       
        Seperkara lagi saat dia bertemu dengan seorang lelaki yang sanggup menjaganya, Encik Rahim dan sehingga sekarang Encik Rahim masih lagi wujud dalam kehidupan Zaiton yang sebenar.
       
        Demi kerana kecintaannya terhadap nyanyian, Zaiton sanggup menyanyi di rumah kenduri kahwin dan memperkenalkan Encik Rahim sebagai pengurusnya.
       
        Saya juga suka apabila pengarah meletakkan ending cerita ini dengan beberapa montaj Zaiton sebenar tatkala membawakan lagu menaruh Harapan di Juara Lagu 1993 hingga dinobatkan sebagai juara. Melihat montaj itu, aura diva Zaiton memang sanagt dirasai.
       
        Ketika itu, barulah saya faham mengapa lagu Kabut Serangkai Mawar dijadikan lagu pembukaan dan Menaruh Harapan diletakkan pada akhir penceritaan filem ini.
       
        Dari segi lakonan, saya mengharapkan watak Zaiton ini diberikan kepada seorang pelakon yang lebih mature serta lebih mampu menjiwai watak ini dengan emosi, pergerakan, bahasa tubuh dan air muka yang natural tetapi nampak hidup serta cukup mengesankan.
       
        BUkan Nadia Aqilah tidak bagus, tapi dia nampak agak muda untuk menggalas watak Zaiton serta adakalanya tidak konsisten untuk menjiwai pelbagai lapisan emosi yang bermain dalam jiwa Zaiton. Malah, Zaiton nampak begitu 'berat' dan besar buat Nadia hingga adakalanya aura 'Zaiton' itu berjaya tenggelamkan dia.
       
        Pun begitu, saya harus bagi kredit pada Nadia Aqilah kerana dia berani mencuba. walaupun adakalnya nampak macam 'trying so hard', tapi ada passion dalam diri dia untuk menjiwai watak Zaiton. Ada juga beberapa scene yang berjaya dilakonkan dengan baik oleh Nadia.
       
        Kelebihan Nadia juga adalah dia boleh menyanyi (kerana dia memang penyanyi). Jadi, ia satu plus point baginya untuk membawakan watak Zaiton. Cuma saya tidak begitu gemar dengan mekap dan dandanan rambut yang dilakukan ke atas Nadia dalam filem ini. Ia nampak cukup tidak menarik. Sangat turned off. Walaupun, mekap dan dandanan itu mahu menampakkan keadaan Zaiton seperti orang yang kurang waras, tapi ia boleh dilakukan dengan cara yang lebih baik lagi.
       
        Satu lagi, Zaiton Sameon memang dikenali dengan tubuhnya yang lampai tetapi curvy dan seksi. Punggungnya juga adalah antara asetnya. Memandangkan Nadia, tdiak memiliki ciri-ciri ini, mengapa punggungnya tidak diletakkan padding supaya keseksiannya sebagai Zaiton itu terserlah?
       
        Karl Shafek sebagai adik lelaki Zaiton yang memang secara peribadi cukup saya kenali, telah membawakan wataknya dengan baik sekali. Paras rupanya juga memang seperti adik lelaki Zaiton itu. Fazlina yang juga merupakan adik kepada pelakon berkaliber, Ogy Dato Ahmad Daud pula nampaknya cukup memahami karektor kakak Zaiton (juga saya kenal dan tahu namanya) serta berjaya menimbulkan beberapa ketegangan di dalam keluarga Zaiton tersebut. Saya juga tertarik dengan pemilihan Sahronizam, suami Safura sebagai Encik Rahim. Sikap dan keperibadian yang ditonjolkan Sahronizam juga sama macam Encik Rahim.
       
       
        Dari segi teknikal pembikinan filem ini secara keseluruhannya, saya tidak akan mengatakan ia sebuah filem yang hebat. Apatah lagi bila diarahkan pelakon Esma Daniel yang baru kali pertama mengarah filem. Malah, dia terpaksa menyambung kerja pengarahan yang ditinggalkan pengarah yang sebelumnya.
       
        Garapannya tidak sempurna dan masih ada banyak lompangnya. Tapi, ada juga beberapa scene yang menjadi dan ada juga idea menarik yang cuba diketengahkan Esma Daniel di dalam filem ini.
       
        Jadi, tanyakan pada diri anda, apakah sebabnya anda mahu menonton filem ini? Kalau anda mengharapkan sebuah garapan yang benar-benar hebat dari seorang sutradara yang baru seperti, Esma Daniel, lupakan atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan tadi.
       
        Tapi, jika anda menonton kerana kisah Zaiton itu sendiri, pemilihan anda itu adalah sangat tepat.
       
       
        Sinopsis
       
        Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.
       
        Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan.
       
        Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali.
       
        Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?
       
       
        Info & Trivia
       
        Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les'Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.
       
        Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
       
        Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.
       
        Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:22 PM | Show all posts
nak kena tengok ker? mcm x berminat jer. tunggu kat astro citra nanti la
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:24 PM | Show all posts
erk.. maknanye x best ke tt? hukhuk.. camtu kansel la. nk tggu istanbul aku datang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:41 PM | Show all posts
tengok macam ramai saja yg memuji ? teruk sangat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2012 12:53 PM | Show all posts
Satu lagi, Zaiton Sameon memang dikenali dengan tubuhnya yang lampai tetapi curvy dan seksi. Punggungnya juga adalah antara asetnya. Memandangkan Nadia, tdiak memiliki ciri-ciri ini, mengapa punggungnya tidak diletakkan padding supaya keseksiannya sebagai Zaiton itu terserlah?


tetiba teringat mislina aka bedah tonggek dlm pilem cun
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:09 PM | Show all posts
scrocth posted on 2-11-2012 12:02 PM
Please..tlg tayangkan versi mislina plak.. nak tengok apa yang xkenanya dgn versi tuh. tayang kt ast ...

apa jd dgn versi Mislina tu

sorry, aku ni ketinggalan lrt pasal pilem nie - yg Mislina siapa director yek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 01:18 PM | Show all posts
aura zaiton sameon nie mmg kuat..aku yg kecik dulu pon tau lagu dia ni..cuma tak kenal la sape dia..bile nak mbesar sikit..tup tup dia eksiden..baru skang ni muncul kembali...dia pun mengaku dulu dia sombong dan bongkak biler fames...semua tu ilang sekelip mata ..jadi aku rasa..retis2 muda patut tgk citer nie..terutama nye Tasha Shila..supaya menabung time tgh org sponsor dia..kikis duit..keta harga selalu jatuh..so suh sponsor umah plak kan...ahahahha..sorry..mengarut d hari jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:20 PM | Show all posts
seksi tara mana si zaiton sameon ni. google nampak yg ni ja paling seksi



sama naik ngan retis zaman skarang ja. contoh ini


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:26 PM | Show all posts
cerita ni elok tuju kat new artis..especially nabila huda...hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:28 PM | Show all posts
rebiu tekanplay.com

Bruang Filem Sdn. Bhd. mengambil langkah berani untuk mengabadikan kisah tragik penyanyi terkenal suatu masa dahulu iaitu Zaiton Sameon dalam sebuah biopik ‘Zaiton Ceritaku’. Difahamkan, filem yang bakal menjengah pawagam pada 1 November  2012 ini adalah versi kedua penceritaan, di bawah arahan Esma Daniel setelah versi asal yang diteraju oleh Fauziah Nawi tidak mendapat kelulusan pihak penerbitan untuk ditayangkan.

Jadi hasrat untuk melihat pelakon kontroversial, Mislina Mustafa membawa watak Zaiton tidak kesampaian apabila karakter tersebut beralih tangan kepada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nadia Aqilah.

Filem ‘Zaiton Ceritaku‘ menyorot kisah kehidupan penyanyi yang pernah menggegar dunia seni tanahair ini selepas tragedi kemalangan yang menimpa dirinya. Jika sebelum ni, ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Zaiton Sameon, kini penonton bakal didedahkan sedikit sebanyak dengan cerita beliau.

Sebagai sebuah biopik, filem ini dilihat sebagai satu percubaan yang baik. Sesuatu yang pasti, lakonan Nadia Aqilah wajar dipuji kerana beliau berjaya membawa watak Zaiton dengan berhasil. Lontaran dan permainan emosi yang ditonjolkan, membuktikan bahawa Nadia adalah satu nama yang harus diambil peduli kerana bakat yang beliau ada lebih baik daripada kebanyakan pelakon baru yang lebih popular hasil daripada kontroversi tak tentu hala. Beliau disolek dan ditatarias sehingga menampakan iras Zaiton Sameon. Menarik!

Begitu juga dengan cast yang lain. Karl Shafek, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohamad, dan Sharonnizam berjaya memberikan persembahan yang baik. Turut membantu, skor dan muzik latar filem ini. Ia indah. Versi baru lagi Kabut Serangkai Mawar dan Menaruh Harapan sangat mengasyikkan.

Namun begitu, sekiranya mahu menyatakan bahawa Nadia berjaya menjadi “Zaiton Sameon” dalam filem, ia mungkin tidak. Masih ada lagi jiwa Zaiton Sameon itu sendiri yang kurang beliau realisasikan baik dari sudut nyanyian (bear in mind, Nadia adalah seorang penyanyi yang bagus) , pertuturan mahupun gerak gerinya.

Begitu juga dengan penceritaan filem ini. Seakan ada sesuatu yang tidak dilepaskan dengan sempurna sehingga emosi berat yang cuba disampaikan untuk meluahkan kisah benar Zaiton, tidak dapat dirasai secukupnya. Ia seakan sebuah drama famili biasa biarpun ada ketika berjaya menyentuh perasaan tetapi tidak cukup.

Dan kiranya mahu dijadikan sebagai tauladan, tidak pasti apa yang boleh dijadikan iktibar. Ini kerana Zaiton di dalam filem dilihat hanya sebagai seorang bintang yang jatuh selepas kemalangan. Tidak pula ditonjolkan kisah-kisah panas beliau yang boleh dijadikan pengajaran.  Harus diingat, nama Zaiton Sameon cukup besar. Amat besar sehingga mampu diingati sampai kini. Lagunya menjadi siulan, tak kira usia. Tetapi filem ini tidak ‘sebesar’ yang diharapkan.

Mungkin penerbit mahu menjaga hati Zaiton sendiri? Alasan itu boleh diterima tetapi sebagai sebuah filem, tindakan itu telah menarik tarikan dan aset penting filem tersebut yang pasti akan lebih memberi kepuasan. Segala cerita seperti dilapik-lapik supaya ia tidak menyinggung perasaan.

‘Zaiton’ boleh ditonton dan diberi perhatian kerana nilai komersial pada nama Zaiton Sameon itu sendiri masih ada. Terima kasih kepada Bruang Filem kerana menghasilkan filem ini dan semoga nama Zaiton Sameon terus diingati. Yang pasti her signature song, ‘Menaruh Harapan’ will be remembered forever sebagai salah sebuah pop melayu yang berhantu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:34 PM | Show all posts
hmmmm. tringin nk tgk tp tkut kecewa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:35 PM | Show all posts
bulanbulat posted on 2-11-2012 01:20 PM
seksi tara mana si zaiton sameon ni. google nampak yg ni ja paling seksi

x seksi hang ckp? hanya org2 yg berada sezaman dgn dia je tau.. masa zaman dia tgh top pun aku umur 1/ tahun je.. tp mak aku cite dulu dia ni mmg seksi habis.. aku pernah tgok gambar dia berkemban kat tepi pantai. kat majalah lama punya. rasanya lbh seksi dr retis2 sendu posing kat majalah mangga skrg ni.

lg 1, cuba tgok video klip lagu menaruh harapan. seksi kot.. dgn pakai baju putih lps tu berendam kat bawah jambatan.. kekdahnya bila baju tu basah nampak la bra, panties segala..  

nasib x HD video ni..


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:37 PM | Show all posts
alandahuda48 posted on 2-11-2012 01:26 PM
cerita ni elok tuju kat new artis..especially nabila huda...hikhikhik

nanti nabila tuju balik
"saya tidak berbogel"....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 01:49 PM | Show all posts
aku xpegi tgk..tp kawan aku kata..jalan cite filem ni kosong sbb byk sgt yg ditapis..apapun kawan aku ckp..kalu peminat zaiton may be diaorg pegi tgk..tp kalu yg kaki wayang tu..mcm payah sikit nak melangkah..

p/s: dulu zaiton ni pernah duduk blkg umah aku.. dia stay situ sblm femes shingga dia femes (kiranya sblm dia accident)..waktu tu aku skolah rendah. aku mmg x suka senyum kat dia sbb dia x pernah balas senyum aku dan terdetik hati aku waktu tu"akak ni sombong tul"..aku ingat aku sorang je rasa mcm tu..rupanya jiran2 dia pun kata dia sombong dan ramai aku dgr kata dia sgt sombong..lepas dia accident shingga skrg, dia dh x sombunk, org senyum br dia senyum..aku pernah jumpa dia dgn kawan aku...aku diam je la waktu tu..kawan aku yg byk ckp..aku tetap x suka dia gak w/pun dia dh berubah..may be sbb aku bkn peminat dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 01:54 PM | Show all posts
eton ni masa zaman kegemilangan dia pakai susuk.

dia sendiri cerita masa dlm melodi dlm setahun dua lepas....banyak tempat jugak dia pakai...kat muka dan leher. bagi suara sedap katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:27 PM | Show all posts
opismet aku pun cakap tak best..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:31 PM | Show all posts
Yg aku kagum dgn retis2 dulu, kalau zaiton namanye, yg tu lah yg dipakai sbg nama glamer. Ramoah, rahimah, nassir, salleh yaacob. Xusaha nak ubah ala2 retis hollywood bagai
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.082510 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list