View: 6267|Reply: 17
|
[Tempatan]
{11} 1,174 juruterbang menganggur di Malaysia!
[Copy link]
|
|
Updated: Jumaat November 2, 2012 MYT 11:35:55 AM
50 Peratus Juruterbang Menganggur Bakal Diambil Berkhidmat Dengan Malindo Air
Oleh B.K. SIDHU
PETALING JAYA: Malindo Air menetapkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada masalah juruterbang menganggur dapat diatasi.
Syarikat penerbangan tambang rendah terbaru negara, bersama rakannya Lion Air akan menyerap masuk 600 juruterbang yang hadir ke temuduga terbuka yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.
Dan mereka mungkin dipanggil untuk temuduga selanjutnya yang dirancang diadakan pada hari ini dan esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Ramamuthy.
Beliau memberitahu The Star: "Kami akan mengambil kesemua mereka (yang hadir semalam) dan lebih ramai juruterbang dengan syarat mereka layak dan memenuhi semua keperluan termasuk lulus peperiksaan kemasukan dan memenuhi syarat Jabatan Penerbangan Awam.
"Kami akan mengambil mereka dalam tempoh setahun. Tempoh tersebut tertakluk kepada kesediaan simulator dan tenaga pengajar. Kami berhasrat meletakkan satu jawatan simulator di Kuala Lumpur awal tahun depan."
Sebahagian daripada pemohon yang hadir ke temuduga terbuka Malindo Air mengumpulkan borang permohonan masing-masing. Temuduga diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis dan dihadiri seramai 3,000 orang. -foto THE STAR
Beliau menambah Malindo akan mengambil sebahagian daripada juruterbang dan sebahagian lagi akan diserap masuk oleh Lion Air dari Indonesia, syarikat penerbangan milik persendirian di negara itu yang mengawal 50 peratus pasaran udara domestik.
Mereka yang diambil bekerja perlu melaksanakan penarafan jenis pesawat dan bayaran bagi latihan melalui pinjaman bank dan sumber pembiayaan lain kata Chandran.
Malindo, yang dilancarkan penghujung September lepas merupakan usahasama antara syarikat dari Malaysia, Nadi Sdn Bhd dengan syarikat Indonesia PT Lion Grup, yang mengawal Lion Air. Nadi mempunyai 51 peratus kepentingan dalam Malindo dengan PT Lion Grup memegang ekuiti selebihnya.
Malaysia mempunyai 1,174 juruterbang menganggur, yang mana kebanyakan mereka tidak dapat membayar balik pinjaman bank bagi mendapatkan lesen juruterbang komersial yang menelan kos purata RM250,000.
Malindo telah memberikan mereka sinar harapan. Chandran berkata: "Dalam mengembangkan syarikat, kami akan memerlukan lebih ramai juruterbang. Kami telah membeli lebih 300 pesawat baru sebagai tambahan kepada 75 yang sedia ada. Kami mempunyai keupayaan mengambil lebih ramai juruterbang tetapi ia harus dilakukan secara berperingkat.
"Kami mampu membawa masuk lebih ramai juruterbang dari masa ke semasa kerana Lion Air kini menggaji juruterbang dari Eropah dan memandangkan Malaysia mempunyai ramai juruterbang yang masih belum bekerja kita boleh memasukkan mereka ke sini," Chandran menambah.
Lebih 3,000 hadir ke temuduga terbuka pada Khamis untuk jawatan juruterbang, krew kabin, jurutera dan staf sokongan.
Chandran berkata: "Kami sedang membina sebuah syarikat penerbangan yang akan mempunyai 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh lima tahun, kita akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan."
p/s betul tak tau...tinggi sgt ker gaji pilot nie?
Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 2 November 2012
1. Ehwal kemasyarakatan -3 threads
2. Pendidikan - 1 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 4 threads
5. Dunia - 1 thread
6. Sukan - 0 thread
7. Ekonomi - 2 threads
jumlah thread - 11
Last edited by tongkatwaran75 on 2-11-2012 03:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji pilot mahal gak.5 angka beb.sesuai la dgn kos pengajian 6 angka. |
|
|
|
|
|
|
|
pilot fighter sama pilot komersyel..mana lagi best.... |
|
|
|
|
|
|
|
p/s betul tak tau...tinggi sgt ker gaji pilot nie?
berpuluh ribu sebulan...dulu masa aku sekolah, ada seorang budak(ayahnya pilot) ni tulis dalam borang gaji ayahnya 21 ribu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih ramai pompuan dr lelaki yg nak jd pilot skrg yek?
yg lelaki lebih suka jadi pramugaru kot |
|
|
|
|
|
|
|
Salah sorg kwn mak iols ckp kekosongan jawatan pilot sgt terhad kat msia ni banding ngan jawatan2 lain
Anak dia terpaksa apply kat airlines luar negara nak jadik pilot
|
|
|
|
|
|
|
|
nikaido posted on 3-11-2012 03:38 PM
p/s betul tak tau...tinggi sgt ker gaji pilot nie?
berpuluh ribu sebulan...dulu masa aku sekolah ...
kalau kapten dpt la 20k, kalau takat baharu kerja takde lah tahap itu rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo first officer Fireflyz basic dlm RM8K, dan elaun dlm RM130 utk setiap jam penerbangan...kalo airlines lain haku tak tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ade nampak dalam paper, temuduga terbuka..
aku nak apply, tapi laki aku kata tak payah..
tp bukan jawatan pilot ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
camrey posted on 3-11-2012 04:15 PM
Salah sorg kwn mak iols ckp kekosongan jawatan pilot sgt terhad kat msia ni banding ngan jawatan2 la ...
Tak salah aku thestar dah 2 kali highlightkan isu ni. 1st time last year tak salah, 2nd time a few weeks back. Yg gradnya ramai, dpt kejanya skit.
Disebut jugak ketua pengarah DCA syorkan supaya pilot2 yg tak dapat keja ni top up lesen heli pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
tossee posted on 3-11-2012 04:42 PM
Kalo first officer Fireflyz basic dlm RM8K, dan elaun dlm RM130 utk setiap jam penerbangan...kalo ai ...
hye abe toss
|
|
|
|
|
|
|
|
SYUKUR.. masih xbercawat dan duk ataih pokok |
|
|
|
|
|
|
|
Basic salary for Second Officers (SO):
Upon endorsement, a Cadet Pilot will be paid a basic monthly salary of RM4,229
On posting to the fleet, without supervision of co-pilot – RM5,069
Second year on fleet – RM5,360
Third year and onwards – RM5,668
Basic salary for First Officers (FO):
Narrow body aircraft – RM5,984 – RM9,501
Wide body aircraft – RM9,146 – RM17,009
Narrow body and wide body aircrafts are differentiated by a number of factors including the plane size and width, seating and so on. Typically, a narrow body aircraft has less than 200 seating, while a wide body can accommodate between 200 to 600 (Note: This is just a general definition).
Meals and Night Stop Allowances:
Allowances range between RM150 to RM160 per night, depending on city of stop over. ( domestic )
Flying/Pilot Productivity Allowances (PPA):
Narrow body aircraft – RM48 for Captain, RM29 for co-pilot
Wide body aircraft – RM72 for Captain, RM43 for co-pilot
Average Gross Salary (inclusive of basic salary & allowances):
Second Officer, SO – RM6,000 – RM8,000
First Officer, FO – RM10,000 – RM16,000 (also depends on craft size)
Captain – RM15,000 – RM35,000 (also depends on craft size)
* ni sumber2 yg tak berapa nak sah aku jumpa kalau nak tau lagi tanya Tossee tokey aircraft industrie |
|
|
|
|
|
|
|
Dia orang ni propa aje. My friend 3 hari berturut-turut pergi dari jam 7 pagi sehingga jam 6 pm tapi still tak dipanggil utk interview Pilot. Last-last mereka suruh serahkan resume aje. Buang masa orang betul!
Dah lah ramai manusia, kata my friend lagi, mereka ni tak organised, takda system untuk panggil orang masuk. Yang lelaki utk steward, tunggu punya tunggu, last-last sorang officer ni kata yang mereka tak ambil steward, mereka cuma nak perempuan aje.
Semua orang marah, kenapa mereka tak statekan dalam iklan yang nak ambil perempuan saje.
Kesian untuk orang-orang yang datang dari jauh seperti kedah, sabha,sarawak dan yang terpaksa balik daripada overseas pun ada tapi tak dapat masuk interview. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau time interview pun dah teruk kelam kabut, sok dah beroperasi, entah mcm mana agaknya.. so, aku blacklist siap siap malindo ni... so far, dgn mas & air asia, aku tak de problem. |
|
|
|
|
|
|
| |
|