CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17315|Reply: 20

penyakit misteri kucing, lumpuh dan kurus seluruh badan!

[Copy link]
Post time 2-12-2012 08:34 AM | Show all posts |Read mode

Masa aku jaga dia masa kecik2 dulu, dia sihat dan gemok. tapi dalam beberapa tahun lepas tu, aku nampak perubahan yg ketara pada seluruh badan dia. kucing aku yang sekarang kurus kering, kurus sangat sampai nampak segala tulang belulang rusuk... yg paling menyedihkan, keempat-empat kaki dia lumpuh, kaki dia kurus boleh nampak tulang, takde otot!!! mungkin disebabkan kaki dia takde otot, dia terus tak boleh berdiri.

kalau nak makan, aku terpaksa angkat badan dia depan makanan. kalau dia nak buang air besar, dia kadang2 terpaksa mengengsot, kadang2 dia cuma buang kat situ je. sedih sangat aku tengok... kalau dia nak berdiri, badan dia akan menggeletar, lepas tu jatuh terjelupuk balik.

bila ada orang datang rumah aku tengok kucing aku macam tu, mula lah ada yg salah anggap, kata aku tak bagi makan dan seksa dia. padahal aku ada 3 ekor kucing lain yg aku jaga, tapi semua sihat alhamdulillah. bila aku bagi makan, bukan main gelojoh. tapi tak gemuk2 jugak.

kadang2 tu bila aku tengok dia, dah macam bangkai bernyawa. bayangkanlah badan dia yg kurus, muka cengkung, sikit pun takde otot. cuma mampu terbaring sepanjang masa, badan penuh dengan najis walaupun dah dimandikan.

aku nak jumpa vet, tapi takut bayaran mahal kena sampai beratus-ratus. aku bukan banyak duit sangat.  kadang2 aku dah macam putus asa nak tolong kucing ni. tapi walaupun macam tu naluri kesian seorang manusia tu masih ada dalam diri aku sebab aku bukan binatang takde perasaan kesian.

sesiapa tahu apa jenis penyakit yg terkena kucing aku dan macam mana nak rawat? pernah terkena tak pada kucing korang??
demi Allah aku memang tak tipu, penyakit ni memang terkena pada kucing aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 10:47 AM | Show all posts
Ya Allah kesiannya. Boleh tak letak gambar kucing-kucing malang itu. Mana la tau mungkin ada orang yang pandai di sini boleh membantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2012 04:43 PM | Show all posts
peningpala posted on 2-12-2012 10:47 AM
Ya Allah kesiannya. Boleh tak letak gambar kucing-kucing malang itu. Mana la tau mungkin ada orang y ...

ni video: http://www.youtube.com/watch?v=rlWjcsSN0g8
macam tulah rupa kucingku lebih kurang

kalau ada sesiapa tahu apa jenis penyakit dan nama penyakit kucing macam ni, share la sikit jangan diam je. mungkin dapat bantu aku. Last edited by CariMalay on 2-12-2012 04:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:18 PM | Show all posts
Cuba pergi klinik haiwan yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengenal pasti penyakit-penyakit kucing itu. Boleh type kat google.com.my dengan keyword "klinik haiwan di klang atau selangor atau nama negeri di tempat anda".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2012 08:24 PM | Show all posts
peningpala posted on 2-12-2012 08:18 PM
Cuba pergi klinik haiwan yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengenal pasti penyakit-penyakit k ...


masa tu kucing tu belom kurus lagi mungkin sebab baru terkena. sekarang dah kurus macam rangka. ok nanti aku try pergi jumpa
sebab keadaan dia dah macam kritikal sangat ni walaupun kena beratus2 henggit. tq sebab membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:33 PM | Show all posts
CariMalay posted on 2-12-2012 08:24 PM
masa tu kucing tu belom kurus lagi mungkin sebab baru terkena. sekarang dah kurus macam rangka.  ...

cer bwk ke vet kat upm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2012 10:15 AM | Show all posts
cuba bawak ke vet kerajaan..
takde la kena beratus2 pun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 12:31 AM | Show all posts
kucing aku dulu lumpuh gak..tapi mase tue dia kecik..mmg taklame la pestue mati...tnye kat orang katenya virus..
btter bawak g vet..tapikan better kau g kt bod nie..

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=60



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 11:55 AM | Show all posts
baper tahun dah bela? dia dh tua kot!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 03:34 PM | Show all posts
kucing aku dulu pon pernah macam tu ... kurus, lumpuh dan kejung satu badan macam patung.. yang dia boleh buat kunyah makanan minum air dan bola mata nyer jer yg boleh bergerak.. sangat kesian

makan pon kita suapkan isi ikan buat lembik2, bulat2kan kecil suap kan.. adalah dia telan dalam satu sudu besar setiap kali makan, minum air pon kena suapkan.. all the time...

bila berak kita tekan bahagian rektum dia supaya senang nak keluarkan najis, sebb dia macam dah tak boleh nak meneran sebb badan dah kaku sebijik macam patung. (bukan nak menunjuk, tapi kita rasa bertanggungjawab akan amanah dan dugaan dari Allah s.a.w). tak semua orang nak buat macam ni... sedangkan jumpa najis pon ada yang dah terlompat2 geli.. betol tak..

mungkin sebb dijaga rapi, ada lah dalam 6 bulan dia hidup, lepas tu mati, masa dah nazak pon saya dan family tetap suapkan air sikit, mengenangkan sakaratul maut yang kita tak tau macam mana pedihnya. kami sekeluarga pon ada minta maaf pada kucing tu , selama menjaga dia mungkin ada kekurangan... byk pengajaran disini....

p/s: saya tak bawak pegi klinik, sebb doktor akan PTS, put to sleep,  dah macam pembunuh pulak.. nyawa kucing tu bukan milik kita tapi milik Maha Pencipta..



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 03:36 PM | Show all posts
cuba ni, 1 titik minyak habatus sauda campur 1 titik madu lebah.. guna syringe tanpa jarum, suap ke mulut nnyer bahagian tepi sama ada kanan atau kiri tapi jgn tgah, takot masuk peparu.. cuba 1 minggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 04:32 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 4-12-2012 03:34 PM
kucing aku dulu pon pernah macam tu ... kurus, lumpuh dan kejung satu badan macam patung.. yang dia  ...


Baik betul hati kau siap tekan perut kucing tu untuk bagi dia buang air. Memang tak ramai manusia Jaga kucing sakit macam tu sebab bagi diorang, cuma kucing je, buat apa nak jaga macam manusia. Tapi tindakannya kau tu memang betul dan berperikemanusiaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 04:34 PM | Show all posts
bluberi posted on 3-12-2012 10:15 AM
cuba bawak ke vet kerajaan..
takde la kena beratus2 pun..


Buat masa sekarang ni aku belum buat apa2 lagi. Nanti bila ada waktu terluang Sikit aku gi bawak dia.

Kalau dah ada sebarang perubahan, nanti aku gitau Last edited by CariMalay on 4-12-2012 05:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 04:36 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 4-12-2012 03:36 PM
cuba ni, 1 titik minyak habatus sauda campur 1 titik madu lebah.. guna syringe tanpa jarum, suap ke  ...


Apa akan jadi kalau aku bagi dia makan tu? Aku takut kucing tak boleh makan makanan manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 05:01 PM | Show all posts
aku kalau jaga kucing aku sakit, mmg aku jaga bebetul macam jaga baby
penah gak kucing aku sikit lagi nk jadik mcm kucing TT..cuma dia x kurus kering..
makan minum bersuap..tp x byk la dia makan..ngan aku aje dia nk..org lain bg makan, dia tak mau..

x ingat aku bagi ubat apa masa tu
lebih kurang sebulan jugak la dia sakit camtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 05:47 PM | Show all posts
CariMalay posted on 4-12-2012 04:36 PM
Apa akan jadi kalau aku bagi dia makan tu? Aku takut kucing tak boleh makan makanan manusia....

saya dh cuba byk kali, sekurang2nyer boleh bantu org yg kesempitan wang utk bwk klinik haiwan,  sya ambil berdasarkan hadis nabi bhw habbatus sauda adalah ubat segala jenis penyakit melainkan mati, dr situ saya cuba, kalau diizinkan illahi maka akan sembuhlah penyakit tu. kalu x, kena terima qada dan qadar. td baru try kucing jiran saya cirit birit dah 3 hari, pg td bg sekali, alhamdullilah cirit dh berenti, bukn magic tp diizinkan Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 05:59 PM | Show all posts
CariMalay posted on 4-12-2012 04:32 PM
Baik betul hati kau siap tekan perut kucing tu untuk bagi dia buang air. Memang tak ramai manusi ...

nk kater baik sgt, aku pon mcm manusia lain, cuma bayangkn, kalau kita sakit macam tu? x ker kita menharap bantuan org lain, kalu org xnak tolong aper perasaan kita? arwah ayah saya ckp, kucing tu esok kt akhirat akan jadi saksi hidup kita di dunia, setiap makhluk Allah termasuk haiwan sentiasa berzikir setiap masa, jd mcm maner org2 yg menyeksa haiwan , dera , x kasi makan , pukul tendang, hina, etc, haiwan tu td tetap akan jdi saksi kejahatan kita.............wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 08:11 AM | Show all posts
salam tt,

1)perut kucing u buncit tak walopun bdn kurus kering?

2) soalan ni tak berkaitan dgn soalan no 1. baru2 ni ada kucing ada beranak tak?

3) baru2 ni kucing ada mengalami stress atau trauma? gaduh dgn kucing liar? Last edited by |issa on 5-12-2012 08:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 08:23 PM | Show all posts
Cacing kot...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 08:24 PM | Show all posts
G bod catlovers la mane tau dierang leh bg pendapat...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.139644 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list