CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3703|Reply: 5

Klinik Kerajaan Boleh Beri Nasihat Tentang Pengguguran Bayi Tak?

[Copy link]
Post time 3-12-2012 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya nak tanya, bagaimana nak dapatkan nasihat di Klinik Kerajaan samada selamat atau tidak untuk Isteri Saya Mengandung lagi?

Ini kerana semasa anak kedua, Dr. ada nasihatkan Isteri saya utuk ikat, sebab masa tu anak tepaksa keluar awal disebabkan Isteri mengalami masalah tekanan darah tinggi..

Tapi kami taknak ikat sebab tak tahu samada masalah tersebut akan ada selepas ini ataupun tidak. dan menjangkakan ianya mungkin normal utk perempuan hamil.

Tapi setelah dua tahun masalah darah tinggi Isteri saya ini masih ada sikit... dan tetiba Isteri saya hamil lah pulak.. (lewat 2 minggu lebih) dan dah test guna  kits.

Masalahnya, saya tak pasti bagaimana mahu mendapatkan keputusan dan khidmat nasihat samada untuk teruskan atau gugurkan dahulu bayi yang ketiga ini.......  Jika ke klinik kerajaan... saluran manakah yang tepat dan terbaik utnuk mendapatkan nasihat ini?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 05:37 PM | Show all posts
me rasa xde klinik yg galakkn pengguguran kecuali sah sbb kesihatan..dptkan nasihat doc dulu...biar doc yg buat keputusan samada kandungan leh diteruskan berdasarkan kesihatan ibu.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 12:53 AM | Show all posts
best answer ever:

q: bagaimana nak dapatkan nasihat
a: dptkan nasihat doc dulu

anyway, not so good answer would be: go for the standard antenatal check up kat klinik, nanti dia boleh tau patut abort, atau apa langkah2 utk tak nak abort. tak yah tanya. dia akan bgtau. so jawapan dia: boleh dptkan nasihat kat klinik kerajaan. jawapan lagi best, tak yah tanya, diorg akan pandai2 bg nasihat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 12:47 AM | Show all posts
Setelah pergi ke klinik, doktor menyatakan risiko masih ada dan agak tinggi.... tapi suruh teruskan kandungan (hospital kerajaan punya ayat mmg camnie, mungkin sebab polisi)

Saya tanya assesment... dan nak tahu tentang sejarah patient patient lain yang menghadapi maslah yang sama sebelum nie...
yang dia cakap tinggi tapi teruskan ada  cara untuk prevent...

walaupun sebelumnya Nurse plak kata ("Harap boleh selamat lah yer..") tak tahu samada Dr. atau Nurse yang lebih ikhlas berkata - kata..

buka buku awal dan teruskan kandungan... datang 2 minggu lagi kata Dr.

So kami memilih untuk meneruskan kandungan...... sebab Dr. pun bila tanya dia cerita pasal agama pulak... dia kata kalau nak prevent dari awal lagi kena prevent.... (maaf kalau nak cerita pasal  agama saya tak jumpa Dr. saya pasti akan  jumpa seorang  Ustaz) tujuan kami datang adalah untuk meminta pandangan profesional seorang Dr. dari segi Medic.. bukan dari segi agama. Sebab pandangan hukum dari segi agama boleh didapati di laman - laman web termasuk laman web Mufti negeri...

Semoga selamat..... banyak langkah precaution yang kami kena ambil lepas nie... beli Blood Pressure Monitor, jaga makan Isteri, Jangan bagi Isteri Stress , Happykan Isteri Selalu.. lebih lebih lagi masa nak masuk 4 bulan nanti... Yeya (ini bukan dr. yang bagi nasihat, ini Sendiri bagi nasihat)


ok tq for reply....... Last edited by cmf_peace on 7-12-2012 12:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 11:09 AM | Show all posts
tt jgn risau sgt, dah Dr pun ckp teruskan, Insya Allah ok.
Lgpun yg tentukan semua tu Allah, bkn kita manusia ni.

mcm kat office sy ni, sorg kwn tu bkn setakat darah tinggi tp siap dgn sakit buah pinggang lg
masa pregnant anak sulung, dia selalu ckp anak dia nanti sorg tu jelah, Dr tak bg tambah
yg sulung tu pun seksa kena pantau, smggu 2-3 kali pg klinik/hospital
dr awal kandungan sampai la nak bsalin kena pantau
Alhamduliilah selamat semuanya....

Kemudian, anak sulung tu baru 7 bln dia dah pregnat lg, anak ke-2 pulak (excident)
Alhamduliilah selamat jugak semuanya....
skrg ni pun relax je dia, tak rancang pun, Dr nak ikat pun dia tak bg
dia siap bgtau ada jumpa sorg kakak tu tgh cuci darah (sakit buah pinggang jugak)
anak dah 5 pun, mcmtu la Dr kata dulu, anak setakat sorg je boleh, risiko tinggi

Terpulang la apa keputusan awak, yg penting kenalah pantau selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 11:39 PM | Show all posts
Besok isteri akan bersalin, premature 29 weeks, harap semuanya akan selamat dan kami akan ditabahkan menghadapi dugaan. Masalahnya ventilator utk premature baby plak habis
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041954 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list