View: 6403|Reply: 33
|
[Dunia]
Dunia Abu Dhabi yang penuh kemewahan..
[Copy link]
|
|
Abu Dhabi yang penuh kemewahan
KARIM RASLAN
11 Disember 2012
Pankaj Mishra, rakan baik saya yang juga seorang penulis, mempunyai pandangan kritikal terhadap Emiriah Arab Bersatu (atau UAE). Pada 19 November, beliau menulis di Bloomberg bahawa beliau melihat kebertanggungan UAE terhadap pekerja asing dan posisi geopolitik pelosok benua itu sebagai sesuatu yang tidak mapan.
Walaupun saya menerima pendapatnya, namun tiada sangkalan bahawa negara yang ada lebih dari 7.5 juta penduduk (1.5 juta penduduk tempatan) ini telah menjadi tumpuan global baru.
Dubai berkembang sebagai hab penerbangan yang sangat pesat, khususnya menerusi syarikat penerbangan rasmi negara iaitu Emirates. Apatah lagi, ia mengoperasikan pesawat dua tingkat terbesar dunia, Airbus 380.
Dalam tempoh dua bulan lepas, ketika diselami perjalanan berpanjangan, saya telah berulang kali menukar pesawat di sana untuk ke Dakar, Istanbul, Kuala Lumpur dan Jakarta. Setiap kali berada di sana, saya perhatikan tahap perkembangan mereka apabila terdapat penerbangan ke destinasi-destinasi lebih jauh dan eksotik – Sao Paulo, Luanda, Adelaide, Guangzhou, Lisbon dan Seattle – terpampang di papan tanda maklumat elektronik.
Momentum kemajuan Emirates boleh dilihat apabila Singapore Airlines, syarikat penerbangan gergasi di Asia Tenggara, terpaksa menghentikan penerbangan tanpa henti ke New York dan Los Angeles barubaru ini disebabkan jatuhnya permintaan.
Jadi apa pun pandangan anda tentang UAE (mereka ada banyak pengkritik), Dubai dan Abu Dhabi – digelar sebagai Twin Desert Cities, pantas menjadi hab global yang unggul dengan rangkaian perhubungan tiada tandingan.
Twin Desert Cities merupakan tempat untuk meluaskan jaringan di sekitar pertumbuhan pasaran global yang semakin pesat. Malah, saya diberitahu oleh seorang ketua agensi PBB bahawa jika ingin mengadakan acara yang akan dihadiri oleh wakil dari seluruh pelosok dunia, maka Twin Desert Cities adalah tempatnya.
Namun, terdapat beberapa faktor lain harus diambil kira. Dalam era dibayangi harta dan wang, sesungguhnya amat menarik untuk diperhatikan bagaimana, “Kekayaan, yang sangat besar dan tertumpu, akan menarik lebih banyak kekayaan,” seperti diungkapkan oleh Pankaj.
Golongan hartawan ada kecenderungan sama: lihatlah bagaimana mereka bertumpu ke London, New York dan Singapura untuk membeli hartanah termahal di dunia tanpa ambil kira nilainya.
Bagi Twin Desert Cities dan khususnya Abu Dhabi, kita dipersembahkan dengan satu daerah Emiriah yang menghasilkan lebih kurang 2.69 juta barel minyak sehari, dan seterusnya pembentukan syarikat pemegang dana pelaburan kerajaan kedua terbesar di dunia, Abu Dhabi Investment Authority, dengan anggaran pengurusan aset bernilai USD627 bilion.
Dengan nilai hartanah berjumlah satu perlima dari nilai di London, New York dan Singapura, tidak diragu bahawa hartanah di Abu Dhabi akan terus meningkat. Malah, sebuah apartmen di pusat bandar Abu Dhabi bernilai lebih kurang USD3,244.97 persegi berbanding USD12,288.72 persegi di London atau USD16,169.56 persegi di Singapura.
Semua pelaburan ini sudah pasti bergantung pada kestabilan politik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki mutlak, UAE seharusnya berwaspada dengan kebangkitan ‘Arab Spring.’ Demokrasi semestinya menjadi jaminan utama kestabilan politik.
Namun, dengan jumlah penduduk tempatan yang kecil, UAE berjaya mengasingkan dirinya daripada pergolakan di dunia Arab. Ekonomi UAE masih mampu berkembang pada kadar 4.2 peratus walaupun dalam situasi ketidakstabilan ekonomi dan politik dunia.
Malah, akibat pergolakan daripada Arab Spring, Twin Desert Cities telah menerima manfaat sebaiknya apabila lebih banyak pelaburan (dari Mesir, Sudan dan Syria) mengalir masuk ke UAE. Apabila para pemerhati dunia meragui pemerintahan Islam, perlu dinyatakan bahawa majoriti penduduk Twin Desert Cities adalah Muslim, dan tentu sekali diperintah oleh Muslim – Muslim yang tidak melihat kepesatan bar, gereja dan kuil sebagai ancaman.
Biarpun ramai tidak hiraukan keharmonian Abu Dhabi atau keagresifan Dubai, sekurangkurangnya gabungan keduanya menawarkan kepelbagaian.
Tentu sekali, UAE boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana sebuah entiti Muslim mampu menjadi platform untuk pertukaran idea, apabila pelbagai kampus luar negara (daripada Universiti New York hinggalah kepada Paris-Sorbonne) mula beroperasi sepenuhnya.
Jadi kepada semua jutawan baru di luar sana, apa yang ditunggu lagi? Inilah masanya untuk memiliki sebahagian daripada Twin Desert Cities, bagai Switzerland dilapisi pasir tanpa gunung Alps...
|
|
|
|
|
|
|
|
ahad ni aku singgah di nogori ereb itteww |
|
|
|
|
|
|
|
Dia translate pakai apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sempat 'bermastautin' sebulan di Dubai tetapi tidak berkesempatan singgah ke Abu Dhabi.. pepatah melayu yang sangat bertepatan.."Hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik negeri sendiri".. |
|
|
|
|
|
|
|
x adil laa artikel just citer pasal Abu Dhabi dan menganaktirikan kembarnya ABou Diaby....hehehehehe
Abou Diaby
Number 2
Youth career
1996–1998 Aubervilliers
1998–1999 Red Star Paris
1999–2002 INF Clairefontaine
2002–2004 Auxerre
Senior career*
Years Team Apps† (Gls)†
2004–2006 Auxerre 10 (1)
2006– Arsenal 117 (14)
National team‡
2004–2005 France U19 12 (0)
2006–2007 France U21 2 (0)
2007– France 16 (1)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 13:38, 29 September 2012 (UTC).
† Appearances (Goals).
‡ National team caps and goals correct as of 16:05, 7 September 2011 (UTC)
Vassiriki Abou Diaby (French pronunciation: ​[abu djabi]; born 11 May 1986), commonly known as Abou Diaby, is a French footballer who plays for English club Arsenal in the Premier League and the France national team. He primarily plays as a box-to-box central midfielder, as he is adept in both attack and defence, and is described as a player who is "languid, elusive, and athletic" that can either "dribble past opponents or slip passes to team-mates".[3] Of Ivorian descent, Diaby also possesses "superb touch" and "excellent close control", however on the negative front, he often struggles with repetitive injuries, a problem that has existed since his time in France.[3][4] His physical appearance and positional preference have evoked comparisons to Arsenal legend and compatriot Patrick Vieira.[5][6]
Diaby was born in the 10th arrondissement of Paris, but was raised in the Parisian commune of Aubervilliers. He began his football career playing for hometown club CM Aubervilliers. In 1998, he joined Red Star Paris. A year later, Diaby was selected to attend the Clairefontaine academy. He spent four years at the academy while simultaneously training with Red Star. A year before departing Clairefontaine, Diaby moved to professional club Paris Saint-Germain. Following an administrative error by club officials which made Diaby a free agent, he joined the academy of Auxerre. He spent two years in the club's youth academy before making his professional debut in the 2004–05 season. Diaby also played in the UEFA Cup with the club. After spending the fall portion of the 2005–06 season with Auxerre, in January 2006, Diaby signed with English club Arsenal on a long-term contract for an undisclosed fee. He made his debut with the club that same month and scored his first goal three months later against Aston Villa. Diaby suffered a severe ankle fracture 5 months after joining Arsenal, and has since struggled with numerous injuries.
Diaby is a former French youth international having earned caps at under-19 and under-21 level. Prior to playing for the senior team, he played on the under-19 team that won the 2005 UEFA European Under-19 Football Championship. Diaby made his senior international debut in March 2007 in a UEFA Euro 2008 qualifying match against Lithuania. He has represented France at one major international tournament; the 2010 FIFA World Cup. Diaby participated in all three group stage matches the team played as a starter.
Personal life
Diaby was born in the 10th arrondissement of Paris, but was raised in a housing development in Aubervilliers, a northeastern suburb of Paris. He is the son of a long-distance truck driver and developed an interest into the sport of football after becoming fascinated by several players who played on the 1998 FIFA World Cup-winning team, most notably midfield stalwart Patrick Vieira, whom Diaby describes as "a monument to French football".[7] Diaby was also adept at playing other sports such as basketball and boxing. Of Ivorian descent, Diaby is a practicing Muslim and, while growing up, developed a fascination towards the subjects of religion, philosophy, science, and astronomy.[7] Diaby became interested in accountancy after taking a course at the age of 17, while he was at the Auxerre youth academy.[7] |
|
|
|
|
|
|
|
UAE ni mmg mewah. sampaikan kereta2 super mewah pun boleh terbiar macam tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
SUper Mewah mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
epal10 posted on 11-12-2012 03:37 PM
UAE ni mmg mewah. sampaikan kereta2 super mewah pun boleh terbiar macam tu je.
perghhh...berhabuk cenggitu aje?? ke sbb sandstorm??
klu kt cni, keta kt dlm showroom pn bleh di buat lari
|
|
|
|
|
|
|
|
epal10 posted on 11-12-2012 03:37 PM
UAE ni mmg mewah. sampaikan kereta2 super mewah pun boleh terbiar macam tu je.
Ferrari Enzo !!! |
|
|
|
|
|
|
|
member wa gaji kat rm70,000 sebulan..lu orang cuba la keje kat UAE sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
pemerintah bijak nak wat investment tyme duit banyak lagi... utk long terms ...sebab minyak tu, at one point akan habis jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
heran gak ye..kenapa brunai x nak ikut mcm dubai atau abu dhabi ni..kurang2 nanti kalu minyak dah habis nti adala sumber pendapatan lain |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 posted on 11-12-2012 03:59 PM
heran gak ye..kenapa brunai x nak ikut mcm dubai atau abu dhabi ni..kurang2 nanti kalu minyak dah ha ...
maybe brunei punya rezab minyak x sebanyak kuantiti or x sebaikny kualiti minyak abu dhabbbb.....
aku; Wallah wallam....
|
|
|
|
|
|
|
|
Parking system di Abu Dhabi yg paling complicated di tempat yg aku pernah lawat so far |
|
|
|
|
|
|
|
inilah kesyumulan islam
ORANG LAIN KENA SEMBELIH DAN TEMBAK MCM FUN FAIR , org kt UAE berpesta dn berfun fair siang mlm pagi petang , MACAM DH DUDUK DLM SYURGA
|
|
|
|
|
|
|
|
lerr kau ckp mcm tu batesta, kenapa kita di malaysia ni hidup hepi aje siap masuk bertanding piala aff suzuki cup lagi, adakah kita dok gila bola tp lupaka sedara seislam yg tertindas? |
|
|
|
|
|
|
|
bestne kalo dpt menikmati kemewahan2 tsebuttt.... |
|
|
|
|
|
|
|
epal10 posted on 11-12-2012 03:37 PM
UAE ni mmg mewah. sampaikan kereta2 super mewah pun boleh terbiar macam tu je.
byk stok mungkin tu sebab tersadai
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat diaorang tak mahu keje...percayalah kepada aku |
|
|
|
|
|
|
|
orang sana dia parkign bukan dalam porch macam malaysia
dia ada satu kawasan untuk park kereta je
siapa yang park kat rumah dianggap miskin@sederhana
sebab org kaya-kaya2 tak kisah kereta kemek ke habuk ke apa
***ini diberitahu sewaktu aku berada disana. tq. kalau orang tu tipu, maka aku pun tipu |
|
|
|
|
|
|
| |
|