CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 1

pakej istimewa RM500 ke Bangkok??

[Copy link]
Post time 12-12-2012 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama AirAsia menawarkan pakej khas berharga RM500 untuk penyokong Harimau Malaya menyaksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok.


Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, bayaran RM500 tersebut merangkumi penerbangan pergi balik Kuala Lumpur dan Bangkok, cukai lapangan terbang, bas antara lapangan terbang ke stadium serta makanan di atas kapal terbang semasa balik.


"Penerbangan akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari pada 13 Disember (Khamis ini) dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan pulang dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam hari yang sama selepas perlawanan.


"Mereka yang berminat boleh hubungi Nik Mohd. Fitra di talian 03-88713629 untuk tempahan dengan memberikan nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh tamat tempoh pasport dan bayaran RM500 dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam," kata kenyataan tersebut semalam.


Kenyataan itu mengingatkan bahawa tiket khas tersebut terhad dan akan ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.
Selain pakej penerbangan tersebut, Kementerian Belia dan Sukan turut menyediakan tiket percuma terhad bagi peminat yang pergi ke Bangkok secara bersendirian.


"Peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma ini juga boleh menghubungi talian 03-88713629 untuk menempah tiket.
"Mereka yang telah menempah tiket boleh berjumpa pegawai bertugas di pintu masuk utama Stadium Supachalasai, Bangkok untuk mendapatkan tiket mereka," katanya.

utusan



ISTIMEWA?TIKET BOLA PUN KENA BELI SENDIRI???MAKANAN BALIK SAHAJA?PERGI TAK DE MAKANAN KE?

ALAHAI KBS..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2012 06:54 PM | Show all posts
Semua 170 tiket penerbangan khas AirAsia yang diperuntukkan bagi penyokong skuad Harimau Malaya menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand di Bangkok malam esok, telah habis dijual.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Nik Mohd Fitra Wan Jaafar berkata pakej bernilai RM500 itu habis dijual pada tengah hari tadi dan senarai nama penumpang akan diserahkan kepada AirAsia petang ini.

"Sambutan amat menggalakkan. Dalam masa kurang dua hari, tiket penerbangan khas ini habis terjual. Bagaimanapun, tiada perancangan untuk menyediakan penerbangan tambahan setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pakej ke Bangkok hasil kerjasama antara KBS dan AirAsia itu membabitkan kos penerbangan pergi balik termasuk cukai lapangan terbang, pengangkutan bas ke Stadium Supachalasai di Bangkok, tiket perlawanan, bagasi tujuh kilogram seorang serta makan dan minum dalam pesawat bagi penerbangan pulang.

Katanya, penerbangan itu akan berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 12.55 tengah hari esok dan pulang dari Bangkok ke LCCT pada 11.55 malam, iaitu selepas perlawanan pada hari sama.

Skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal mencatat keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lepas.- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050270 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list