CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4576|Reply: 14

Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok

[Copy link]
Post time 18-12-2012 05:57 AM | Show all posts |Read mode
Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok



Jee cuba menaiki kereta kuda iaitu pengangkutan utama di Gili Trawangan, Lombok.
LOMBOK: Ketika bandar ini dikaitkan dengan sikap pemudanya yang kerap melarikan wanita Malaysia untuk dijadikan calon isteri, penyanyi Fauziah Latiff pula mengambil pendekatan ‘membawa diri’ ke bandar tersebut.

Fauziah atau Jee, 42, berkata, dia membawa diri kerana mahu meneroka dan melihat sendiri budaya dan masyarakat yang menjadi kontroversi di Malaysia.

“Nama Lombok agak sinonim kepada kita kerana sikap segelintir masyarakatnya yang gemar melarikan gadis-gadis Malaysia tetapi saya tidak pernah mengetahui kehebatannya sehinggalah saya menjejakkan kaki ke pulau ini,” katanya.



Keunikan Lombok ialah terhadap pantainya.
Jee ditemui mStar Online ketika mengikuti percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Selain rombongan pihak media, percutian yang turut ditaja Tourism Lombok itu turut disertai Pembantu Khas Kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Edd Razhe, Pengurus Komunikasi Korporat AirAsia X, Fairuz Majid dan Eksekutif Komunikasi AirAsia, Nazatul Ekma Mokhtar.

Jee berkata, walaupun pulau itu masih belum maju berbanding Bali yang terletak berdekatan dengannya namun apa yang lebih penting pantai-pantainya masih belum tercemar.

Sebagai pencinta alam sekitar Jee berkata, keaslian pulau-pulau kecil di Lombok juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang benar-benar mencintai laut.



“Lombok sebuah destinasi percutian saya yang menarik kerana keaslian pantainya yang antara lain berjaya menepis tanggapan mengenai sikap buruk pemudanya kerana gemar “menculik” wanita untuk dijadikan calon isteri,” katanya.

Dalam percutian itu Jee turut berpeluang menginap di sebuah pulau kecil iaitu Gili Trawangan yang antara lain mendedahkannya kepadanya pengalaman menaiki kuda yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi di pulau kecil itu.

Kata Jee, percutian berkenaan dapat menghilangkan stres akibat tekanan kerja yang dihadapinya selain panorama indah pantai turut memberinya ketengan jiwa.

Jee juga turut diberi peluang menginap di hotel dan resort bertaraf lima bintang iaitu Villa Queen dan Kebun Villas Resort.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 10:03 AM | Show all posts
nsb baik check dulu,dah ade org buka thread
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 11:06 AM | Show all posts
fauziah latiff pun dah sampai lombok...bila lah aku nak sampai!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:07 PM | Show all posts
Bawa diri ke Lombok atau di larikan???
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 03:25 PM | Show all posts
aku sk gan dia kulit dia nampak cantik tanpa meak up...serius ssh nak cari wanita berusia 40an kulit n body mcm dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 09:24 PM | Show all posts
Cantiknya dia nie...sweet & bersih je air muka dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2012 04:39 PM | Show all posts
tumpang lalu mod
mai lah adik2 kakak2 abang2

The First Indoor Uptown in Malaysia
Di Galaxy Ampang
open 01/01/13(selasa)
12tghari - 12 tgh malam(2pg-weekend)
Datang lah beramai2 yemeriah careykan Uptown ampang(1/1/13)

(fully aircoonditioned dan parking berbumbung percuma)
Lokasi: Galaxy Ampang Tgkt 3 Jln Taman Dagang
Dibawah Karaoke dan MBO Ampang - tgkt 3A)

Event-Hiburan Artis setiap hujung minggu
Promosi di media hebat
Star berniaga pada 1/1/13
Upacara perasmian pada 13/1/13
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 06:55 PM | Show all posts
Dh berisi (gemuk skit) kak gee.. eloklah tu.. klu brur cengkung jadi jerangkung plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2012 06:08 PM | Show all posts
Humble & sweet persona of Gee..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 09:36 AM | Show all posts
wa...resolusi next year nak slim n awet muder mcm kak gee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 12:17 PM | Show all posts
lama betul gee tak muncul kat tv..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 10:22 AM | Show all posts
ooo die x muncul sebab mebi ade gusip die kawen tu kot.. hee
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:35 PM | Show all posts
ingatkan diusung jantan lombok
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 04:35 PM | Show all posts
ingatkan lari dari umah tadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 11:14 AM | Show all posts
Nak tahu kampong halaman calaon suami ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.204061 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list