CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 0

Bingkisan Nik Aziz Kepada Mufti Perak

[Copy link]
Post time 25-2-2013 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Bingkisan Saya Kepada Mufti

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24  Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau  menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju  dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari  mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak  dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi  media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada  rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian  dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira  kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat  ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan  berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah  dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa  menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan  dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk  mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan  penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama  ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk  beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang  diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang  kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis  pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi  kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh  berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca  daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS  pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan  Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar  kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein  Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar  berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini  keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa  henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan  Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya  bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial  kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.195930 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list