KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitaminseperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaankulit). Cuka kurmajuga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dangaram berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarangpembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalahpencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan,menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan(kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan(toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikantenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 -909. Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakancuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanyaubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepadakematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanandarah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaatmengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut),menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panasbadan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia(seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makananyang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). DarulKitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Last edited by rosemary70 on 26-2-2013 02:56 AM
|