View: 9891|Reply: 3
|
Ubat Kumur @ Mouth Wash
[Copy link]
|
|
saya pun tgh mencari ubat kumur ni.. sblm ni x biasa pakai pun.. skrg ni baru guna tu pun pas dpt yg botol kecik dr klinik gg. tp yg ampun pedasnye lah.. rase nak termuntah pun ada.. semacam je rase dlm mulut ni.. akibatnye pas pakai sy kumur balik dgn air suam. nak bg ilang rse x sedap tu... so skrg ni mmg mencari yg lebih mesra mulut heheheh... listerine sy x penah try lagi sbb husband kata pedas.. nak try colgate .. rase2 ok x or ada brand lain yg lbh ok? tapi sy mmg ad baca pasal ubat kumur pedas ni x bagus sebenarnye.. tp x sure la pulak samada die ckp x bagus sbb nak lakukan produk die kan.. kat sini sy tepek artikel tu..
Ubat kumur tidak pedas
2011/03/04 - 06:59:23 AM Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof Cetak Emel Kawan
Tweet
Formulasi tanpa alkohol, memberikan penjagaan lembut untuk mulut
UBAT kumur lebih pedas, lebih efektif membunuh kuman? Sekiranya itu tanggapan anda selama ini, nyata ia palsu hingga menyebabkan segelintir daripada kita, terpaksa menahan rasa pedas apabila menggunakan cecair kumur di pasaran semata-mata untuk mendapatkan nafas lebih segar.
Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Issam Bachaalani, mendedahkan ubat kumur sebegitu boleh memberi kesan kepada tekak hingga menyebabkan kekeringan dalam mulut, apatah lagi sekiranya mengandungi alkohol.
Formulasi tanpa alkohol, bukan saja memberikan penjagaan lembut untuk mulut, sebaliknya turut melengkapkan lagi amalan penjagaan kesihatan mulut selain memberus, menggunakan flos dan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan.
“Ubat kumur mulut antibakteria perlu digunakan lantaran 80 peratus bakteria mulut bukan datangnya daripada gigi semata-mata, sebaliknya kawasan dalam mulut, yang mungkin tidak dapat dihapuskan menerusi cara memberus gigi atau menggunakan flos.
“Ubat kumur melengkapkan lagi regim pembersihan gigi dan ia amat berkesan menghapuskan bakteria di dalam mulut yang sukar dicapai berus gigi,” katanya ketika majlis pelancaran Colgate Plax Ice, ubat kumur tanpa alhokol baru-baru ini.
Produk berkenaan membolehkan pengguna bukan saja merasai ubat kumur lembut pada mulut, tetapi juga mendapatkan nafas segar sekali gus menghapuskan bakteria pada bila-bila masa.
Ia dikatakan terbukti secara klinikal dapat memberikan perlindungan antibakteria selama 12 jam dan tanpa rasa pedas yang biasanya dikaitkan dengan ubat kumur.
Menariknya kerana ia menjanjikan kesegaran sedingin ais yang dapat menghapuskan bakteria untuk kebersihan mulut sempurna. Kesegaran tahan lama ini bertindak sepanjang hari untuk menyegarkan nafas selain memberi keyakinan ketika bekerja atau dalam interaksi sosial.
Seperti ubat kumur lain dalam rangkaian Colgate Plax, Colgate Plax Ice boleh digunakan dua atau tiga kali sehari, sebelum atau selepas memberus gigi untuk mengawal pembentukan plak gigi.
Disebabkan plak terbentuk daripada bakteria, pengurangan plak juga dapat mengurangkan bakteria, penyebab gigi berlubang. Ini juga berkesan untuk menghilangkan bau nafas busuk dan menjaga kebersihan serta kesihatan mulut.
Colgate Plax Ice kini boleh didapati di semua pusat jualan runcit dan kedai farmasi pada harga jualan yang disyorkan RM3.90 untuk 100ml; RM8.90 (250ml) dan RM19.90 (750ml). |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli betul ah tuu..yg pedas tu kandungan alkohol..drp kita syubhah psl ubat kumur nih better safe than sorry.. i ada member yg keluarkan mouthwash based on akar pokok tp masih dlm peringkat commercialise..so xde kat market lg.. apapun kau xnak gg mudah reput or terminum n rasa mabuk since alcohol content more than 20% pakai je colgate plax..bkn nak tlg kempen but colgate plax better than listerine yg telah diban oleh aussie tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Dentist I kata x yah pakai ubat kumur..gg sng reput..kalau nk kumur pakai air garam jer or pakai ubat gg dr rodzi |
|
|
|
|
|
|
| |
|