|
Salam... korang pernah dengar tak ada orng 'rice allergy'... Dulu aku mmg tak leh nak faham kenapa ada org rice allergy. Search tenet mmg dlm dunia ni mmg ada yang rice allergy dan orng kesayangan aku sendiri -- anak sulungku yang sekarang dah berusia 14 tahun.
Dari baby lagi dia tak leh makan nasi. Asal masuk jer nasi, dia muntah bagai... segala2nya keluar daripada perut dia termasuk susu. Dah bawa jumpa doktor lah konon tapi sorang pun tak dapat bagi solusi. Hingga sekarang hidup anakku hanya bergantung kepada makanan yang berasaskan gandum. Dia cuma makan roti, roti canai, pizza, burger, cheese, susu coklat dan ff. Yang lain-lain mcam ayam goreng ker, bihun ker, mee ker langsung dia tak sentuh. Aku dah tak tahu nk wt mcmn.
Anak aku ni tinggi mengalahkan aku dah cuma kurus jer. Pelajaran ok tak adalah pulak brain distorted... Alhamdulillah...
Aku rasa dugaan untuk aku... dah puas aku nangis. Dah puas aku paksa anak aku makan nasi dan 'debik' dia tp tak ada solusi. Sekarang ni tak apalah masih sekolah dan duduk di rumah. Mcmana nanti kalau dia kena keluar rumah -- duduk asrama ke, PLKN lah bagai... ada ke diaorang ni faham anak aku yang rice allergy ni?
Ada sapa2 yang ada masalah yang sama dengan aku? Mohon share. |
|
|
|
|
|
|
| |
|