CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

BOBO Artis Baru Youtube? (Update : Jadi Artis MIG, Pg 11)

[Copy link]
Post time 28-5-2013 06:35 PM | Show all posts
ratuiphone posted on 15-5-2013 08:15 PM
nah uols..dah edit..link tu dah removed...teruk sgt tau nie..
momod jgn cantas kedit..ni atas ...

adeh!hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 01:07 PM | Show all posts
“Saya Bukan Gila!!” – Bobo



Nama Bobo bukanlah siapa-siapa pada awalnya tetapi hangat diperkatakan apabila parodi lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae mendapat impak dan maklumbalas luar biasa dari orang ramai hingga ada yang terikut-ikut!. Sehubungan dengan itu, Bobo telah dipelawa pihak MIG yang diketuai David Teo untuk ditawarkan sebagai pelakon di bawah MIG. Rezeki Bobo lah tu.




Terbaru, Bobo tampil dengan video Parody lagu ‘Jahat’ nyanyian Stacy yang teruk menerima kritikan dari orang ramai. Boleh kami katakan hanya sebahagian kecil sahaja yang menyukai parodi tersebut dan yang lainnya rata-rata mengutuk dan menghina Bobo sebagai seorang yang kurang sioman dan gila!


“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik ‘Jahat’ yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya.”


Pada kami mudah sahaja. Video parodi yang dimuatkan sendiri dengan durasi pendek di Youtube, selalunya akan menjadikan ianya sebuah video yang unik dan digemari berbanding video parody yang telah dirancang kerana terlalu panjang dan terlalu dibuat-buat hingga melahirkan rasa menyampah pada orang ramai untuk menonton.


Kami petik satu respon di Youtube:

Sebenarnya apa bakat yg dia ada nie???aku tertanya-tanya…adakah sebab sifat pondan mautnya itu??itu bukan bakat!!…kalo pondan tp suara original merdu itu yg kita katakan seseorang itu berbakat…ini, dahlah bapuk lepas tu ajuk suara artis lain pula…Ini lah bakat yang tidak boleh diterima alam namanya…

Apapun good luck untuk Bobo yang baru sahaja selesai penjalani penggambaran filem sulungnya bertajuk ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?” yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Wah dah jadi pelakon ya kau Bobo! Sentap hati mak nak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053388 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list