View: 19833|Reply: 132
|
[Share] Tips Kesihatan
[Copy link]
|
|
Marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Content 《1》
Kepala:
Rambut:
Muka:
Mata:
Hidung:
Telinga:
Mulut:
Leher / Tenggorok:
Tangan:
Abdomen:
Kulit:
Tulang:
Usus:
Paru-paru:
Jantung:
Hati:
Darah:
Hempedu:
Buah Pinggang:
Otak:
Disclaimer: All content provided is for general information only, and should not be treated as a substitute for the medical advice of your own doctor or any other health care professional.
Last edited by nutristation on 24-6-2013 01:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
[Share] Tips Kesihatan
Marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Content 《2》
Berat Badan:
Alahan (alergi):
Air:
Pemakanan:
Sayur-sayuran / Buah-buahan:
Gaya Hidup:
Emosi:
Lain-lain:
Disclaimer: All content provided is for general information only, and should not be treated as a substitute for the medical advice of your own doctor or any other health care professional.
Last edited by nutristation on 24-6-2013 02:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat
Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.
"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.
Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.
Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.
"Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.
Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.
Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.
Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.
Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.
"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.
Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Migrain Bukan Sakit Kepala
Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.
Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.
Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.”
Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabiat Yang Boleh Membuat Anda Sakit Kepala
Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya.
- Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
- Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
- Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
- Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
- Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
- Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Punca Utama Batuk Berterusan
Batuk Tanpa Henti? 8 Punca Yang Mungkin.
1) Asma dan Alergi
Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma.
Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin.
2) COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)
COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.
Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.
3) Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)
GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah.
Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik.
4) Jangkitan Salur Pernafasan
Batuk ialah satu daripada gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik.
Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya.
5) Pencemaran Udara
Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma.
Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu.
6) Bronkitis Akut
Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak , dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya.
Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD.
7) Ubat Perencat ACE
Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika , dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.
Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundingkan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan.
8) Batuk Kokol
Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?
Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.
Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
- Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
- Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
- Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?
Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan doktor sekiranya migrain tidak berkurangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawal Kolesterol
Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.
Apakah Dia Kolesterol?
Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.
Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan Dengan Lebih Baik
Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
Apa yang Paling Penting?
Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Pakar kesihatan mengesyorkan anda makan pelbagai makanan berkhasiat setiap hari dari setiap kumpulan asas makanan.
Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan
Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.
Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.
Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.
Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan
Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.
Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.
Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.
Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.
Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.
Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.
Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.
Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.
Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.
Obesiti membimbangkanMasalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.
Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.
Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.
"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.
Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.
"Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.
"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain," katanya.
Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman berkarbonat.
Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.
Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.
Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.
Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.
Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.
Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.
Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.
Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Itu Kolesterol?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tip Mengekalkan Paras Kolesterol Yang Sihat
Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:
- Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
- Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
- Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi
Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.
Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.
Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.
Plak atau mendapan kolesterol dan sebatian lain yang mendap akan mengeras dan menebal, ini akan menyebabkan pengerasan dinding arteri. Peningkatan mendapan akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang aliran darah ke jantung dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan risiko strok.
Kajian mendapati guggulipid, iaitu bahan yang diekstrak daripada tumbuhan herba Commiphora Mukul berkesan untuk menurunkan paras kolesterol dan lemak badan. Bahan aktif Guggulsterone bertindak meningkatkan penyingkiran kolesterol dalam hati, merangsang fungsi kelenjar tiroid yang terbabit dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.
Berdasarkan mekanisme inilah, pengambilan guggulipid turut memberikan kesan positif kepada penurunan berat badan. Selain itu, guggulipid juga telah digunakan sekian lama untuk meringankan masalah keradangan sendi serta mengurangkan ketidakselesaan sendi kerana bahan aktifnya iaitu guggulsterone didapati boleh mengurangkan keradangan akibat antritis.
Pengambilan guggulipid adalah sangat sesuai di kalangan mereka yang ingin mengekalkan paras kolesterol yang sihat. Di samping itu, ia mempunyai paras kolesterol pada paras sempadan.
Bagi mereka yang mengalami peningkatan paras kolesterol yang agak tinggi dan ingin mencuba remedi herba, pengambilan red yeast rice didapati boleh membantu.
Red yeast rice yang dihasilkan secara penapaian beras dengan sejenis yis dapat merencatkan aktiviti enzim hydroxymethyglutary coenzim A (HMG—CoA) reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol, lalu mengehadkan penghasilan kolesterol dalam tubuh.
Berdasarkan kajian yang dibuat di Los Angeles ke atas 83 individu yang sihat,hasilnya menunjukkan penurunan yang ketara terhadap kolesterol total, kolesterol LDL dan paras total trigliserida.
Red yeast rice mendapat pengiktirafan di Amerika Syarikat sebagai agen untuk menurunkan kolesterol. Selain itu, ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nutrisi bagi Mengurangkan Risiko Osteoporosis
Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
- Kalsium
Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang. - Vitamin D
Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang. - Protein berlebihan
Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa Perkara yang Perlu Dititikberatkan dalam Pemakanan
- Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak.
- Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.
- Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.
- Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.
- Terlalu banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau diet dengan lebih baik dan sempurna.
- Pilih makanan yang mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi, roti mil penuh, susu rendah lemak dan dadih untuk mengawal paras glukosa dalam darah.
- Jika anda tidak sempat bersenam, lakukan pergerakan aktif sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Senaman juga baik bagi menjaga berat badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Belajarlah Cara Menangani Rasa Lapar
Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.
Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!
Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?
Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.
- Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
- Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.
- Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.
Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.
Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.
Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa
Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan
Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening
Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa Khasiat Anggur
- Kandungan vitamin C yang tinggi.
- Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
- Mempunyal kalori yang rendah.
- Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
- Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Coklat Gelap Mungkin Lebih Sihat Daripada Jus Buah-buahan Untuk Jantung Sihat...
Lupakan sebentar jus buah - coklat mungkin satu cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan anda, mengikut satu penyelidikan baru.
Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.
Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.
"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.
Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.
Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.
Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.
Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.
Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.
Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.
Tetapi peminat-peminat coklat, hati-hati: Kesihatan anda tidak bergantung kepada tarikan zaman kanak-kanak ini semata-mata.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.
Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.
The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.
Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.
Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.
"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.
Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.
Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.
Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.
"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.
Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.
"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."
Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
- Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal. - Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. - Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal. - Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.
Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|