CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 0

Eva Peron dicintai golongan miskin

[Copy link]
Post time 4-6-2013 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Eva Peron

SEBUT
sahaja Argentina, pasti ramai mengingati bait lagu ‘Dont Cry For Me Argentina’. Kelibat seorang wanita berdiri di atas balkoni dan menyanyi. Tetapi kepada siapakah dia berbicara? kepada rakyat atau kepada tanah air?

Dialah Eva Peron, seorang wanita merangkak dari kemiskinan dan menaiki tangga kehidupan setapak demi setapak hingga menduduki kedudukan sebagai wirawati Argentina. Kisah hidup wanita ini tidak pernah membosankan hingga berabad sekali pun.

Tiada siapa sangka wanita yang pernah berada dalam pelukan puluhan lelaki akhirnya menjadi wanita paling dipuja jutaan rakyat. Persona Eva mempengaruhi masyarakat dari kelas bawahan dan menjadikannya sebagai nadi kehidupan. Mereka merasakan kehadiran wanita jelita itu mengikis diskriminasi golongan kaya dan miskin yang selama ini menjadi asas kukuh kehidupan masyarakat Argentina.

Latar belakang

Ketika berusia 15 tahun pada 1934, Eva berhijrah ke di Buenos Aires untuk mencari pekerjaan. Tetapi disebabkan tidak mempunyai pendidikan formal, usaha untuk mendapat pekerjaan dilalui penuh liku. Bagi meneruskan kehidupannya di kota besar itu, beliau terpaksa merelakan dirinya disentuhi ramai lelaki semata-mata untuk menampung perbelanjaan. Berbekalkan wajah cantik, setahun kemudian, beliau ditawarkan berlakon dalam teater The Perezes Misses di Comedias Theater. Bermula dari situ, populariti Eva meningkat sebagai pelakon teater dan model terkemuka. Enam tahun kemudian, Eva ditawarkan berlakon dalam drama radio di stesen radio rasmi El Mundo. Selepas tamat episod siri drama itu, beliau kemudiannya, ditawarkan kontrak lima tahun bersama stesen Radio Belgrano untuk bersiar dalam program drama radio popular, Great Women of History. Kemunculannya itu melayakkan beliau menerima bayaran tertinggi sebagai aktor drama radio ketika zaman itu.


Bibit cinta

Dalam satu majlis keramaian amal untuk membantu 10,000 mangsa banjir pada 1944 di Stadium Luna Park, San Juan, beliau terlibat dalam satu pertunjukan amal anjuran Setiausaha Kementerian Buruh, Juan Peron. Pertunjukan amal selama seminggu itu diakhiri dengan majlis makan malam. Ketika itulah buat kali pertamanya, beliau bertemu dengan Peron dan terbitlah bibit-bibit cinta antara mereka sehingga Eva menjadi perempuan simpanan setiausaha itu selama dua tahun.   

Penangkapan Juan Peron
Pada 1945, sekumpulan pegawai tentera Grupo de Oficiales Unidos (GOU) atau digelar ‘The Colonels’ merupakan kumpulan berpengaruh dalam kerajaan. Namun, pada masa sama Peron juga mendapat pengaruh kuat dalam kumpulan buruh dan hamba. Keadaan itu kurang disenangi Presiden Pedro Pablo Ramirez lalu bertindak melepaskan jawatannya dan digantikan dengan kawan baik Peron, Edelmiro Julian Farrell. Pada masa sama, pengaruh ke atas Peron terus kukuh sehingga Farrell turut berasa tergugat. Dek kerana itu, pada Oktober 1945, Peron ditangkap musuh dalam kerajaan dan dipenjarakan. Enam hari kemudian, antara 250,000 dan 350,000 penyokong kuatnya berkumpul di hadapan pejabat kerajaan Casa Rosada menuntut supaya Peron dilepaskan. Pada jam 11 malam, Juan tiba-tiba muncul di balkoni bangunan pentadbiran lalu melambaikan tangan kepada penyokong setianya. Terdapat sumber lain mengatakan, perhimpunan tersebut dianjurkan Eva untuk membebaskan teman lelakinya ketika itu. Tiga hari selepas Peron dibebaskan, pasangan itu mengumumkan untuk berkahwin.  

Kempen Presiden
Setahun kemudian, Peron berkempen untuk bercalon kerusi Presiden. Ketika itu, Eva menggunakan segala saluran media untuk berkempen dengan mengadakan ceramah dan lantang memperjuangkan nasib golongan miskin dan pekerja buruh. Setiap ungkapannya menyentuh perasaan golongan miskin.
“Peron adalah hati, jiwa dan darah sebenar rakyat Argentina. Kita semua tahu, hanya seorang insan sahaja yang boleh memberi sinar dalam kehidupan kita semua dan kita bergantung pada sinar itu dan insan itu adalah Peron”. Ternyata kekuatan pengaruh Eva meresap ke sanubari rakyat Argentina dan akhirnya Peron berjaya menyandang kerusi Presiden dengan sokongan majoriti.

Eva calon Timbalan Presiden
Pada 1951, kira-kira dua juta rakyat Argetina berkumpul dalam perhimpunan Cabildo Abierto dengan menyatakan sokongan mengundi beliau sebagai Timbalan Presiden. Namun, tindakan itu menimbulkan kemarahan kerajaan. Mereka menyifatkan, sekiranya Peron meninggal dunia, maka Eva akan berkuasa menjadi Presiden. Perhimpunan Cabildo Abierto ternyata mengukir sejarah tersendiri apabila menyaksikan rakyat memilih tokoh wanita pertama untuk menerajui kerajaan.

Kesihatan merosot
Memikirkan kesan sekiranya beliau bertanding calon Timbalan Presiden, Eva akhirnya menolak cadangan itu dengan memberi ucapan di tempat awam. Ketika sedang berucap, beliau tiba-tiba pengsan dan tiga hari kemudian media melaporkan, beliau menjalani pembedahan pembuangan kanser serviks. Pada 1952, kesihatannya bertambah buruk dan setahun kemudian Eva meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list