CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2793|Reply: 10

[Tempatan] {9} Pelanggan2 nasi kandar sesak nafas ketika jamu selera !

[Copy link]
Post time 15-8-2013 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Georgetown, 15 Ogos : Puluhan pelanggan di sebuah restoran nasi kandar di Solok Sungai Pinang di sini, yang sedang menjamu selera bergegas beredar apabila terhidu bau busuk yang amat kuat hingga menyebabkan ada antara mereka yang diserang sesak nafas.

  Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, kelmarin, misteri bau terbabit menimbulkan persoalan antara mereka sebelum diberitahu ia gas amonia yang bocor dari sebuah kilang ais kira-kira 500 meter dari restoran berkenaan.

  Menurut seorang pelanggan yang mahu dikenali sebagai Khairul, dia bersama dua rakan sedang makan di restoran terbabit terhidu bau busuk terbabit.

  “Kami sudah berada di restoran terbabit kira-kira 30 minit sebelum terhidu bau busuk yang amat kuat.

  “Kemudian nampak jentera bomba dan penyelamat lalu kawasan berkenaan dan baru menyedari ia berpunca daripada kebocoran gas sebuah kilang ais berhampiran,” katanya.

  Menurutnya, dia dan rakan serta berapa pelanggan lain berasa pening dan loya, malah ada yang sesak nafas.


ANGGOTA bomba mengawal dan memeriksa kebocoran  injap gas amonia di sebuah kilang ais.



  Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebocoran gas di sebuah kilang ais di Solok Sungai Pinang berhampiran Lebuhraya Dr Lim Chong Eu kira-kira jam 12.35 tengah malam.

  “Bomba tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian dan Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba Jalan Perak memeriksa dan  mendapati terdapat kebocoran injap gas amonia di kilang terbabit.


  “Keadaan terkawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kami sudah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

p/s hamdalah...tak jadi tragedi Bhopal di Penang...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 09:32 AM | Show all posts
gas ni memang kuat baunya...macam bau hancing air kencing yg kuat amat sangat..mmg boleh sesak napas....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:34 AM | Show all posts
nasib baik xde kemalangan jiwa..
world food heaven sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:34 AM | Show all posts
Ingatkan ada rombongan geng PAKIDA KIMMA yang nak hadiahkan LGE dengan kek berbau kentot 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:34 AM | Show all posts
mahmoode posted on 15-8-2013 09:32 AM
gas ni memang kuat baunya...macam bau hancing air kencing yg kuat amat sangat..mmg boleh sesak napas ...

bkm mcm bau telur kemuruk tu ke?

btw aku igtkan sesak napas sbb bau pekerja die
no offense...

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:36 AM | Show all posts
ingatkan bau ada kaitan dgn kedai nasi kandaq tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2013 09:38 AM | Show all posts
macam2 bala menimpa negeri sorga makanan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 09:51 AM | Show all posts
Penang Darul Bala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 09:57 AM | Show all posts
gas amonia sering dikaitkan dengan kentort
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:03 PM | Show all posts
dah 30 minit duk bau tu lepas nampak bomba dgn polis br laa rasa loya tekak laa sesak napas laa..kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:07 PM | Show all posts
ingat kan bau nasik kandaq lebih kuat dari bau amonia...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.182331 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list