Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:pandu arah, cari
Rencana ini adalah tentang salah satu organ di dalam badan manusia. Untuk kegunaan lain, sila lihat Mata (nyahkekaburan).
Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan
cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
Rajah mata manusia. Bukan semua mata haiwan sama dengan mata manusia.
Jenis mata
Mata kumpuan terdapat di kalangan
artropod(serangga dan yang seumpamanya), dan terdiri daripada banyak sudut yang memberikan gambaran berpiksel (bukannya gambar berganda seperti yang sering diperkatakan).
Sesetengah haiwan pula mempunyai oselus (mata ringkas atau titik mata yang terdapat pada haiwan peringkat rendah). Contohnya matasiput cuma dapat membezakan adanya cahaya atau tidak (siang dan malam), tetapi tidak dapat melihat apakah objek yang ada di hadapannya.
Dalam kebanyakan
vertebrata dan sebahagian
moluska mata bertindak dengan memancarkan imej ke atas
retina yang sensitif kepada cahaya, di mana cahaya dikesan dan dihantar ke
otak melalui
saraf optik. Mata kebiasaannya berbentuk hampir sfera, berisi bahan seperti gel optik jernih yang dikenali sebagai
gelemaca, dengan kanta fokus dan otot yang dikenali sebagai
iris mata yang mengawal kadar cahaya yang masuk. Iris mata ini mengawal bukaan anak mata (pupil), iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.
Anatomi
A - Gelemaca, B - Kanta, C - Kornea, D - Pupil, E - Iris, F - Sklera, G - Saraf optik, H - Retina
Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.
Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.
Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.
Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada
korneayang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.
Bahagian mata[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Failheche.JPG][/url]Bahagian mata[url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Failheche.JPG][/url]
Mata manusia dikatakan tingkap kepadaroh.
Di sekeliling mata:
- Kening: Membantu menjaga mata dari dimasuki air (terutamanya hujan)
- Kelopak mata: Melembapkan mata dan menjaganya daripada dimasuki habuk
- Bulu mata: Menjaga mata daripada dimasuki habuk