CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3025|Reply: 16

Short Memory Lost

[Copy link]
Post time 16-9-2013 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua.

Saya harap ada yang pakar boleh bantu menjawab persoalan saya.  Saya ada masalah dengan Short Memory Lost. Untuk beberapa bulan kebelakangan ini semakin teruk. Dari kecil saya sememangnya terkenal dengan ingatan kuat dengan menghafal dan menghafaz. Semakin dewasa, perkara normal untuk semakin lupa. Tapi apa yang saya alami, saya fikir semakin lama semakin tidak masuk akal. Saya berumur 23tahun seorang perempuan.

Saya pernah lupa banyak benda simple. Dan malah menjadi rutin harian.

1. Saya pernah bangun dari tidur dan lupa nama ibu bapa sendiri. Selepas beberapa minit baru saya mampu mengingat semula.
2. Saya pernah terlupa nama sendiri. Maksud saya, nama penuh saya sendiri. Nama saya ada dua perkataan. perkataan pertama sahaja yang boleh saya ingat. perkataan kedua mengambil masa beberapa minit utk saya mengingat sendiri.
3. Saya totally failed on numbers. So it doesnt matter to me for not memorizing any numbers yang saya fikir tidak penting. Until now I even cannot memorized my own phone number. Apalagi number orang lain. Sometimes, it scared me to death bila duduk final, takut tersalah letak matriks number.
4. Nama-nama kawan pun saya selalu lupa.
5. Kebelakangan ini, saya selalu terlupa benda bodoh seperti, terlupa pasang suis periuk nasi elektrik dan berjam lamanya baru saya sedar setelah ditegur.  Saya lupa cara lipat baju dengan sempurna seperti sebelum ini.  Saya lupa tingkat berapa saya duduk kat hostel. Dan banyak lagi lupa benda bodoh yang lain. I mean kebanyakan benda rutin. Sometimes, terfikir mungkin saya semakin pelupa.
6. One day, ayah saya pernah suruh saya ambik something kat luar rumah.  But then, I pergi luar rumah, but totally buat benda lain. Dan memang lupa arahan yang dibagi tak sampai seminit sebelum itu. Bila ditanya oleh ayah, baru saya ingat semula.
7. Saya selalu blur or blank bila nak buat something or pergi ke mana. Sehingga saya terpaksa berhenti sekejap utk fikir semula apa yang saya patut buat dan kemana patut pergi.
8. All those things memang saya tak ambik kesah sebelum ni, tapi setiap hari makin banyak benda saya lupa. dan nampak obvious. and buat saya risau tiba-tiba. Because my last semester punya result exam not so good as my skill adalah menghafal segala fakta study. But setiap paper yang saya ambil memang semua saya blank.

Siapa2 tau masalah saya? Adakah kerana stress? or masalah lain? Sebab saya juga pernah mengalami stress melampau. Thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 08:14 PM | Show all posts
camna yek... agaknya kena bnyak brtenang & makan kismis selalu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 08:26 PM | Show all posts
ada pernah jatuh ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 08:36 PM | Show all posts
urm, wiring kut bro? aku pernah shot loss memory masa akciden motorsikal.. bangun2 tak ingat apa2, tp boleh bg plak no. telefon rumah aku. sampai hospital aku loss memory 2 hari... lepas tu recover..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 09:13 PM | Show all posts
sila ke hospital pakar untuk buat pemeriksaan..
pernah tengok keadaan macam ni...
tapi selalunya pada orang yang berumur...
sila check secepat mungkin untuk verification...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 12:30 AM | Show all posts
cadarblogsot posted on 16-9-2013 08:14 PM
camna yek... agaknya kena bnyak brtenang & makan kismis selalu

Ye la kot.. Maybe stress melampau kot. Kismis? Makan jugak, time nak exam la.. hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2013 12:32 AM | Show all posts
caras posted on 16-9-2013 08:26 PM
ada pernah jatuh ke ape?

jatuh? banyak kali jugak jatuh. paling teruk pernah jatuh dari tingkat 1. tapi semua jatuh terlentang. so, kalau nak fikir, semuanya melibatkan masalah tulang punggung dan tulang belakang je la. itu je paling teruk. kalau bab jatuh sampai kena kepala, tak pernah lagi. terhantuk banyak kali pernah la kott..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 12:34 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 16-9-2013 08:36 PM
urm, wiring kut bro? aku pernah shot loss memory masa akciden motorsikal.. bangun2 tak ingat apa2, t ...

wiring tu ape? perghh.. bro, memang hebat la boleh bagi no fon bagai.. ada hikmah tu,,,..

mesti seksa kan tak ingat apa2.. rasa lost kan.. dah tu, macam mana boleh ingat semula? alhamdulillah la dah sembuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2013 12:37 AM | Show all posts
akudansesuatu posted on 16-9-2013 09:13 PM
sila ke hospital pakar untuk buat pemeriksaan..
pernah tengok keadaan macam ni...
tapi selalunya p ...

akudansesuatu..

tak berkesempatan lagi. plus takut. sebab takut doc cakap saya ni merapu bukan-bukan.
btw bro pernah tengok keadaan macam ni tu, macam mana? in the end macammana le?

insyaallah ada masa nanti saya pergi hospital pakar. hope semua ni sementara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 12:43 AM | Show all posts
Agak-agak kalau saya buat diary, akan membantu saya utk memorizing back ke tidak? sebab risau, saya start semula buat diary dan tulis tarikh, hari, apa saya buat, no telefon penting, nama, benda lain yang penting, dan jugak perkara yang saya terlupa pada hari itu. supaya saya ingat dan tak lupa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 01:50 PM | Show all posts
sedara sya mcmnih...
kwn dia suruh dia amik pil ginkgo

try la...mula2 dia dok beli brand thomson tu
mmg dia ckp berkesan dgn dia..klau tak dia asyik lupa ja..

pastu suami kata mahal...sbb sedara ni bru keje, income tk byk..
jd suami bwk dia p farmasi alpro..beli yg dlm strip tu..murah skit dr brand thomson tu...

try la tt...

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:54 AM | Show all posts
sy pon mengalami mcm ni... mmg kdg2 tu x ingat langsung... tp umur dh 36thn... anak 3... org ckp ... biasa kalau pompuan dh beranak.. byk wire putus....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:25 AM | Show all posts
masalah TT ni lebih kurang macam apa yang aku alami sekarang ni je,
cuma aku lelaki, 21 tahun.

1. Kadang-kadang bila aku balik rumah, aku tengok parent aku macam total strangers. Aku ingat parent aku, tapi bukan macam ni. Tapi aku yakinkan jugak hati, they are my parent.
2. Aku tak pernah lupa nama sendiri, tapi aku confuse dengan nama aku. Betul ke ni nama aku? atau aku ada nama lain? apa nama sebenar aku??
3. Failed bab numbers jugak dari kecik. Sampai sekarang sifir tak boleh hafal. Number phone tak pernah tukar, dah 7 tahun, still unsure dengan number sendiri. Time exam, aku bawak confirmation slip, aku pun takut salah letak, so aku tiru details dalam slip final exam tu.
4. Sama, tak ingat nama kawan. Ni jadi masalah besar bila orang kecik hati/ marah kita tak ingat, walhal kita ada problem.. Latest, dapat group baru untuk assignment, aku terpaksa tanya 4-5 kali nama groupmate baru ni dalam kurang 2 minit. malu weyh, aku takleh ingat nama diorang
5. Same, aku asyik berlari ke pintu bilik untuk pastikan dah kunci. Motor pun sama, aku dah jalan jauh, kena patah balik, tengok dah lock handle ke belum. Aku selalu terlupa nak buat apa yang patut aku buat. Dah berbulan kelas, aku still bawak map dan jadual kelas supaya tak sesat.
6. Sama gak, tak ingat apa yang diarah.
7. Sama lagi, bila berjalan, sedar-sedar je dah ada kat tempat lain. Tak ingat nak pergi mana, nak buat apa.

Aku pun sangat takut dan malu dengan masalah tak boleh ingat, on off, on off kepala ni. Sangat risau macam mana masa depan nanti.
Aku pegi checkup, doctor cakap takde pape.. mati kutu dah aku ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 02:42 AM | Show all posts
kroit92 posted on 21-9-2013 02:25 AM
masalah TT ni lebih kurang macam apa yang aku alami sekarang ni je,
cuma aku lelaki, 21 tahun.

Ohhh.. Memang sama. Tp kroit dah pernah pergi jumpa doktor cek ea. Dia cakap takde pape ke? Dapat treatment macam mane?

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 01:51 PM | Show all posts
aerolz posted on 21-9-2013 02:42 AM
Ohhh.. Memang sama. Tp kroit dah pernah pergi jumpa doktor cek ea. Dia cakap takde pape ke? Dapat  ...

masa tu check dapat doc cikai je,
masuk bilik, duduk, cakap problem selalu lupa, blank & blur,
terus ditembaknya kepala aku dengan alat check suhu tu, lepas tu cakap, elok je, takde demam,
dia kata aku penat. bagi panadol, bagi vitamin, suruh tido cukup, terima kasih, itu sahaja.

aku keluar dengan hati penuh kecewa.. memang kena pegi pakar je kut, tapi duit tengah takde ni
Last edited by kroit92 on 21-9-2013 01:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 04:27 PM | Show all posts
kroit92 posted on 21-9-2013 01:51 PM
masa tu check dapat doc cikai je,
masuk bilik, duduk, cakap problem selalu lupa, blank & bl ...

Ye memang. Kalau pegi jumpa bukan doktor pakar, memang macam tu. Kalau nak dapat accurate result, kena jumpa doktor pakar la.. Aku pun tengah carik masa nak pegi jumpa ni. Tapi dah asyik tangguh je dari dulu, last-last jadi malasssss.. Malas yang hamat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2013 02:18 AM | Show all posts
aerolz posted on 21-9-2013 04:27 PM
Ye memang. Kalau pegi jumpa bukan doktor pakar, memang macam tu. Kalau nak dapat accurate result,  ...

haha, jangan tangguh-tangguh lepas tu lupa terus sudah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053833 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list