CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12635|Reply: 21

10 Sebab Lelaki Menangis

[Copy link]
Post time 17-9-2013 08:58 AM | Show all posts |Read mode
1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4.Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5.Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 10:24 AM | Show all posts
I've seen my man cried only once since I've known him




Last edited by tssy on 19-9-2013 11:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:28 AM | Show all posts
sepanjang aku ngan laki aku penah tgk dia menangis sekali....


lepas aku bersalin setelah 12 jam bertarung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:13 PM | Show all posts
Lelaki pun menangis sebab :-

11) Hilang teruna kepada orang yang tercinta
12) Hilang teruna kepada orang yang tak tercinta
13) Dapat tebuk dara
14) Dapat bini muda
15) Kereta ditarik oleh bank

bla,bla,bla......

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:56 PM | Show all posts
aku tak rasa dia menangisinya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 03:09 PM | Show all posts
no 1 ngn no 6 tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 03:59 PM | Show all posts
ada ker lelaki menanggis sebab syarat11-15 tue..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 07:10 PM | Show all posts
Menangis kerana menyesali dosa2 yg lalu xde ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 07:44 AM | Show all posts
jimmyajim posted on 17-9-2013 07:10 PM
Menangis kerana menyesali dosa2 yg lalu xde ke?

tu laa patutnya kene ada list ni - menangis kerana dosa, betol2 menyesal sampai menangis, real..
aku penah nampak seorg lelaki tgh solat berjamaah lagi, tiba2 dia menangis pada rakaat akhir.. untung kalo dpt feel mcm tu, sebab termasuk 7 golongan org yg dpt naunganNya..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 08:17 AM | Show all posts
1 lg nk tambah...kene gigit d dade....menangis la ia
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 09:48 AM | Show all posts
i hate no 5.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:59 AM | Show all posts
dah berbelas tahun tak menangis. tak tau la hati keras ataupun lacrimal duct yang bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:32 PM | Show all posts
tssy posted on 17-9-2013 10:24 AM
I've seen my man cried only once since I've known him

he cried because of?

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:15 PM | Show all posts
beldandy posted on 17-9-2013 12:56 PM
aku tak rasa dia menangisinya...

Dalam Hati dia menangis siapa yang tahu

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren posted on 24-9-2013 09:15 PM
Dalam Hati dia menangis siapa yang tahu

Vespa...ko mmg nk buat bel nangis eh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 01:18 AM | Show all posts
pompuan pun sama gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 03:09 AM | Show all posts
biasa je aku nangis,
sebab potong bawang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 07:13 AM | Show all posts
yang pempuan TAKKAN nampak (atau dinafikan): sedih (actually mata berpeluh) tengok cerita tv.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk kali aku tgk laki aku menangis. Time nikah aku xnangis tp dia yg nangis. Time aku bersalin aku xnangis tp dia yg nangis. Time dia kne rasuk jin ms berubat dgn ustaz je aku nangis tgk dia. Sbb aku tgk dia struggle teruk ms jin tu nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 09:40 PM | Show all posts
lelaki menangis.? hurmmm..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.080099 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list