CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 0

TIP SIHAT PESAKIT DIABETES

[Copy link]
Post time 14-10-2013 03:20 PM | Show all posts |Read mode


Meskipun anda menghidap penyakit diabetes, namun ia bukan penghalang untuk anda menikmati hidup. Kami ada beberapa saranan mudah untuk anda dapat makan sedap, hidup sihat, seperti mereka yang lainnya.

UBAH CORAK PEMAKANAN
Jika dulu anda bebas mengambil apa saja jenis makanan, kali ini ubah corak pemakanan anda dengan lebih berdisiplin. Disiplin tidak semestinya anda terpaksa menahan nafsu walaupun keinginan sedang 'memberontak' tetapi dari segi pemilihan pemakanan biarlah berpada-pada.

Ramai yang mengatakan pesakit diabetes tidak digalakkan mengambil nasi di dalam menu harian kerana boleh menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat. Anda masih boleh makan nasi tetapi pilihlah beras tanpa kandungan kanji yang tinggi seperti beras perang atau beras yang kurang kanji yang boleh didapati dengan mudah di pasaran hari ini.

Kebanyakan pesakit mengeluh kerana kerap lapar akibat kurang mengambil nasi yang mengenyangkan. Salah satu cara untuk membantu anda mudah kenyang tanpa mengambil makanan tinggi karbohidrat atau tinggi gula adalah dengan memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Tip paling baik adalah mengambil sayur yang pahit kerana ia lebih baik untuk anda. Untuk melazatkan sayur pahit, tidak salah jika anda mahu mengubah resipi anda dengan menambah lebih banyak ayam atau daging. Oh ya, buah yang murah seperti jambu batu, epal hijau dan belimbing juga masih boleh dinikmati berbanding buah manis yang lain.

KELUAR PELUH SETIAP HARI
Jangan ingat orang yang mengalami berat badan obesiti saja yang akan diserang diabetes. Hari ini, ramai orang yang mempunyai tubuh kurus juga boleh menghidap diabetes kerana berpendapat ia tidak menyerang orang kurus. Oleh demikian, ada baiknya anda lebih berjaga-jaga dengan sentiasa melakukan senaman.

Bersenam sehingga mengeluarkan peluh membantu membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal. Bayangkan jika anda penggemar makanan segera dan manis, jika anda seimbangkan harian anda dengan bersenam, anda tidak akan mudah diserang kencing manis atau sakit jantung. Ini bermakna, anda masih boleh menikmati makanan kegemaran asalkan anda bersenam! Apabila peluh banyak dikeluarkan, gantikan cecair dengan air kosong dengan kuantiti yang banyak.

Seramai 2.6 juta orang di negara ini menghidap penyakit kencing manis kerana kurang peka terhadap pengambilan makanan dan kurang bersenam. Jumlah ini tidak termasuk anggaran dua juta orang rakyat yang enggan membuat pemeriksaan.

Diharap, anda bukanlah yang tergolong di kalangan rakyat yang tidak membuat pemeriksaan. Oleh demikian, periksa gula darah anda sekali seminggu. Jika anda bijak memilih makanan dan kerap bersenam, sampai bila-bila pun anda tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengambil makanan kegemaran!


sumber http://midi.karangkraf.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062330 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list