|
Langit Malaysia akan diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai 3 hingga 17 Dis ini, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini.
Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 Dis hingga 14 Dis ini.
"Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September lepas hingga April tahun depan.
"Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa Bulan hampir purnama (91 peratus penuh)," demikian menurut kenyataan itu.
Bagi pengguna Android, perisian Meteor Shower Calendar bersama SkyEye (download di Play Store) untuk memudahkan proses mengesan kedudukan buruj Gemini (kawasan datangnya meteor nanti, harap-harap fakta ini tepat) pada waktu puncak nanti.
Bagi pengguna DSLR, anda boleh mencuba untuk merakamkan pergerakan meteor dengan kaedah “time lapse recording”. Peralatan seperti shutter release yang boleh set interval timer, tripod, lensa yang bersesuaian, bateri dan memori yang mencukupi.
Setting kamera pula dengan ISO yang tinggi (1600 ke atas), aperture besar (f3.5, f2.8 atau f1.8 pun boleh), exposure tidak lebih dari 15 saat dengan selang masa antara gambar sekitar 2-5 saat. Setting interval time adalah bergantung kepada kemampuan shutter release anda.
Cuba elakkan kawasan dimana light polutionnya tinggi.
Lebih gelap kawasan cerapan anda, bintang-bintang dan meteor akan makin jelas kelihatani.
Harap-harap langit cerah dua tiga malam mendatang ni.

Mereka yang berminat menyaksikan hujan meteor boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap.
Bagaimanapun, keadaan cerah langit oleh cahaya bulan akan mengehadkan kenampakan meteor kepada 50 hingga 80 meteor sejam.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan planet Musytari, Marikh, Buruj Belatik, Taurus, Gemini, Cassiopeia, Pegasus, Canis, Major, Leo, Virgo dan Gugusan Bintang Tujuh (Pleiades) dengan mata kasar.
Mereka yang mempunyai teleskop juga boleh menyaksikan 'Great Orion Nebula'.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau 03-22734301.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|