CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6094|Reply: 1

Berpantang selepas bersalin

[Copy link]
Post time 23-12-2013 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Berpantang selepas bersalin



Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
tanah, yang bersifat kering;
api, bersifat panas;
udara, sejuk;
dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
bidan kampung;
pengasuh khusus;
emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:
Bengkung
Urut-mengurut
Jamu
Bertungku
Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

Baca juga mengenai simptom-simptom selepas bersalin yang tidak boleh anda abaikan.

Bukan anda seorang sahaja yang berfikir mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Temui wanita-wanita lain dalam fasa yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami hari ini.


http://www.babycenter.com.my/a10 ... salin#ixzz2oHDuajNa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 03:09 AM | Show all posts
Bila sebut berpantang teringat jamu....tapi bimbang bayi cirit birit akibat kepanasan..
Malah jamu hanya tertumpu pada sembuh luka dan beri tenaga..bagaimana zat atau nutrien yg perlu untuk anak dan bayi sedangkan byk benda pantang dimakan?...

http://numivitashope.com/berpantang-dan-menyusu/

FB : https://www.facebook.com/faizah.zulkifli

Set yang lengkap dengan nutrien dan mineral untuk kesihatan ibu berpantang…bekalkan tenaga mencukupi untuk ibu …kembalikan kekuatan tulang dan gigi….dan memastikan penyembuhan segera luka bersalin dalaman dan luaran….perbaikai tisu tercedera dan memastikan ibu kembali sihat sepenuhnya disamping kembalikan keserian wajah dan kesihatan tubuh badan dan membuang lemak berlebihan…juga memastikan bekalan susu yang cukup dan sihat sepanjang tempoh penyusuan…..
Last edited by numinina on 20-1-2014 02:38 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041947 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list