Lirik Lagu Kekasih Abadi Yusry Kru Dan Lisa Surihani
Verse 1
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh
Chorus
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi
Verse 2
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi
Chorus 2
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi
Gosipnya:
1- katanya nak elak duet dalam lakonan kan dulu? skrg duet dlm lagu gtuh. acaner tu?
2- kat mana ntah orang komen macam lagu patriotik/kebangsaan. Ye ke?
3- apa komen korang 1st time lisa nyanyi
Apapun, bagi kaka sora lisa sedap lah jugop.
Lagu nih best bagi kaka.
Ciptaan Yusry punya adik..hehe.. Edry
Selepas menjadi pasangan hero utama dalam filem Ular, Lisa Surihani dan Yusry KRU nampaknya melebarkan lagi dinamik mereka berdua sebagai suami isteri dengan merakamkan sebuah lagu khas meraikan cinta mereka.
Ini merupakan pengalaman pertama buat Lisa Surihani yang dalam pengetahuan kami tidak pernah merakamkan sebarang lagu, beliau akan merakamkan suaranya untuk berduet dengan Yusry Abdul Halim untul lagu berjudul Kekasih Abadi.
Kekasih Abadi merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu ini menterjemahkan rasa syukur Lisa Surihani & Yusry KRU tentang takdir yang menemukan mereka sehingga bergelar suami isteri yang sah — ikrar cinta sejati mereka turut diabadikan.
Lagu tersebut juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa dalam 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2.
ni yang mak mertua lisa pujuk suh nyanyi ngan yusri kan
lisa x nak nyanyi kata nya x ada bakat...
yusri pujuk x jalan...
last last mak mertua pujuk...
baru la ok...
sayang sungguh yusry ke lisa,,,,
semoga berbahagia la kamu berdua
Post time 24-1-2014 05:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jepp posted on 24-1-2014 05:37 PM
dia kata kat mana..
eheh. mula-mula tu tak macam sora dia..
lagu duet yusry smua sdp-sdp..
ni ha... kt astrogempak.com
Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai Lisa Surihani dan suaminya Yusry yang berduet buat pertama kali dalam lagu ciptaan Edry berjudul Kekasih Abadi.
Bagaimanapun menurut Lisa, dia merasa pelik setiap kali mendengar suara sendiri walaupun suami dan ahli keluarganya memberitahu nyanyiannya bagus.
“Saya rasa pelik bila dengar balik nyanyian tu...walaupun peminat, ahli keluarga mengatakan saya ada bakat nyanyian tapi saya tak rasa macam tu.
“Tapi tak mengapa saya ikhlas menyanyikan lagu itu dan saya rakam demi suami, kerana berbulan-bulan dia memujuk saya…Saya buat demi dia,” katanya yang kurang meminati bidang nyayian.
Namun menurutnya, dia telah cuba buat sehabis mungkin dan hanya mahu menjadikan lagu dia dan Yusri sebagai momen indah mereka berdua.
Tambah Lisa lagi, walaupun sebelum ini dia pernah menjadi penyanyi latar untuk lagu Anuar Zain di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004 dan pada Konsert Hazami menerusi lagu Sonata Musim Salju, tidak bererti dia boleh menyanyi.
“Saya takkan mampu serius untuk menceburi bidang nyayian…Lagi pun dulu saya menyanyi sebagai ‘backup-singer’ sahaja dan ia sekadar hobi dan suka-suka…Tak pernah terfikur pun nak jadi penyanyi,” katanya ketika ditemui pada sesi temuramah khas di Shah Alam baru-baru ini.
Bakat nyanyian Lisa bukan sahaja dihidu oleh suaminya, malah seluruh keluarganya turut sama menyokongnya.
Dah dengar nyanyian Lisa Surihani dan Yusry? Apa komen anda? Jom dengar...boleh tahan tau suara Lisa ni!