View: 17123|Reply: 8
|
Check kesuburan lelaki di Hospital? Anyone?
[Copy link]
|
|
Okay. Saya dah search perkataan 'kesuburan', 'mandul' dan sebagainya. Mungkin takder yg nak menulis soalan saya ni.
So...ada sesiapa boleh terangkan prosedur memeriksa kesuburan lelaki di hospital?
Okay...kalau lambat dpat zuriat, semua faktor perlu dipertimbangkan....selalunya orang kuno akan salahkan isteri.
Tapi ada jugak yg ada kesedaran, mungkin suami yg ada masalah...
Cuma tak tahu macam mana prosedurnya.
Harap dielakkan dari jawap...jumpalah pakar sakit tuan, nanti dia cerita.
Dari nak cari pakar sakit tuan pun tak tahu...bla-bla-bla apa pun tak tahu key...? Lagi senang, salahkan org perempuan dah lah.
So kalau ada yg tahu cerita how-to ni.......at least, tahu jugak what to expect kan?
Jadi....sesiapa...tahukah apa step nya? |
|
|
|
|
|
|
|
MUNGKIN INI BOLEH MEMBANTU YER...
Ujian air mani merupakan satu-satunya penentuan kesuburan lelaki. Ini kerana jika seseorang itu tidak menjalani ujian berkenaan, sehingga bila-bila pun mereka tidak akan tahu tahap kesuburan mereka atau siapa yang menjadi punca sebenarnya.
Menerangkan lebih lanjut mengenai ujian air mani seperti yang disarankan, beliau berkata, ia bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada sperma cukup bilangan atau aktif.
Menurutnya, jika bilangan sperma atau keaktifannya kurang, ujian air mani perlu diulangi sekali lagi untuk pengesahan kedudukannya.
Jika sah ada masalah, ujian susulan perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebab masalah itu berlaku supaya rawatan sewajar dapat dilakukan.
Proses pemulihan masalah sperma mengambil masa agak lama iaitu sekurang-kurangnya tiga hingga sembilan bulan sebelum menampakkan hasil.
Dalam ujian kesuburan ini, jika yang pertama menunjukkan tiada sperma langsung, ujian ulangan perlu dilakukan dalam tempoh terdekat untuk kepastian.
Jika tiga kali ujian dilakukan dan hasilnya tetap sama, ia boleh disahkan. Jika tiada sperma, ia memberi tanda kilang benih seseorang lelaki itu tidak berfungsi atau salur benih terkandas.
Beliau berkata, pemeriksaan anggota sulit lelaki merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh doktor untuk mengenal pasti keadaan kedua-dua buah zakar dan untuk mengesan gejala kesihatan lain seperti ketumbuhan atau pembuluh darah yang berpintal seperti varikosel.
Saiz buah zakar jika kurang daripada 10 mililiter mengikut pengukur buah zakar yang dikenali sebagai orchidometer, ia merupakan petanda kilang benih rosak dan kemungkinan lelaki itu tidak dapat menghasilkan benih.
Dalam masa sama pesakit juga perlu melakukan ujian susulan, termasuk ujian darah untuk menyukat tahap hormon kesuburan sama ada ia kurang pada hadnya.
憫Jika ada keraguan, sedikit tisu daripada kedua-dua buah zakar akan diambil untuk mengesan kedudukan kilang sperma untuk memastikan sama ada kilang itu berfungsi atau sebaliknya. Ia dikenali sebagai biopsi buah zakar dan ia bukan rawatan,拻 ujarnya.
Beliau berkata, walaupun ketika dilahirkan seorang lelaki itu memiliki tahap kesihatan seksual yang normal, pendedahan kepada faktor persekitaran yang tidak sihat ketika mereka membesar akhirnya boleh menyebabkan mereka mandul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih menanti cahaya mata?….Dah macam-macam cuba?….mungkin anda hanya perlu kembali kepada Basic Needs Of Human Body…..
http://numivitashope.com/set-kesuburan-lelaki/
Iaitu nutrien asas yang sebenar-benarnya badan kita perlukan untuk memastikan sistem pembiakan berada pada tahap produktif dan berkembang sihat tanpa sebarang rencatan dari segi hormon dan kualiti sperma dan ovum yang dihasilkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
korg prnh wat ker?private or gov? |
|
|
|
|
|
|
|
numinina posted on 26-1-2014 04:31 AM
MUNGKIN INI BOLEH MEMBANTU YER...
Ujian air mani merupakan satu-satunya penentuan kesuburan lelaki. ...
oh..ye..dah tentu! Terima kasih..~~
Ia membantu jugak dari segi apa nak expect kalau pegi check di klinik...
ada rupanya rawatan pemulihan sperm ni...hmm...hingga 9 bulan tempohnya...hmmmm
tengah menunggu kot-kot ada sesiapa pulak yg pernah buat test ni...
kt mana dsb...
|
|
|
|
|
|
|
|
ader je test nih kat swasta...utk kapel yg nak kawen...test dedua,laki dan pompuan...me terbaca pamphlet kat hosp. columbia asia......pre marital pebenda tah nama dia....leh gak riki2 kat ctu |
|
|
|
|
|
|
|
numinina posted on 26-1-2014 04:31 AM
MUNGKIN INI BOLEH MEMBANTU YER...
Ujian air mani merupakan satu-satunya penentuan kesuburan lelaki. ...
tq for your info..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|