View: 2842|Reply: 4
|
BAYAR RM2 JUTA ... BUKAN KUDIS UNTUK PRESIDEN PAS?
[Copy link]
|
|
Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR Dun Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadijuga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaianpenuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadimemfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Abdul Hadi dalamceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempenpilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAIMAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerjaharam iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabilameletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.
Sepenuhnya DI SINI...
|
|
|
|
|
|
|
|
pe susah tin milo byk
|
|
|
|
|
|
|
|
pening kepala aku baca berita ni.. sapa pembangkang yg dimaksudkan?
huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri buat, parti yang tanggung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saman Hadi : Ada petunjuk positif batal saman
JAMILAH HAMZAH
26 Februari 2014 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
< 1 / 1>Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing Services1PETALING JAYA - PKR hari ini menyatakan isu saman RM2 juta yang melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin mempunyai petunjuk positif untuk membatalkan keputusan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Mohd Shamsul yang juga bekas calon PKR Dun Bukit Besi.
[Artikel berkaitan: Hadi fail permohonan ketepikan perintah ingkar]
Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata PKR juga tidak mempunyai cadangan untuk memecat Mohd Shamsul.
"Kita sekarang, tidak sampai tahap itu lagi (untuk pecat)," katanya.
Selain itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menambah, PKR tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
"Kita tak setuju dengan tuntutan ini, ia tak perlu dilanjutkan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|