CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 1

[Tempatan] Sorok rokok dalam lori air batu

[Copy link]
Post time 19-5-2014 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Sorok rokok dalam lori air batu

KOTA BHARU - Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya mengesan kegiatan terbaharu penyeludup menyorokkan pelbagai jenis rokok keretek yang diperoleh dari negara jiran dalam lori air batu di Kampung Telok Mesira, Kubang Badak, di sini, pagi kelmarin.

Kegiatan itu terbongkar hasil maklumat dan risikan anggota penguat kuasa serta pegawai UPP sejak seminggu lalu di kawasan terbabit.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ab Rahim Ismail berkata, modus operandi penyeludup menggunakan lori air batu adalah yang pertama dikesan pihaknya.


Ab Rahim (kiri) bersama Rusli (dua, kiri) memeriksa rokok yang berjaya dirampas dalam serbuan di Kampung Telok Mesira, kelmarin.


“Walaupun pihak terbabit pada mulanya dapat mengaburi mata orang awam yang tidak mengesyaki pergerakan mereka, namun kegiatan mereka berjaya dikesan pihak kami yang melakukan intipan.

“Mereka amat licik, namun selepas terbongkar, akhirnya lori tersebut ditinggalkan di hadapan pondok usang di kawasan terbabit dan semasa serbuan dilakukan, pemandu lori dipercayai telah melarikan diri," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Komander UPP Kelantan, Rusli Karim dan Timbalan Ketua Pengarah UPP Malaysia, Hazreen Abdul Haleem.

Ab Rahim berkata, operasi bersama Rusli merupakan yang kedua terbesar tahun ini selepas kes rampasan rokok menggunakan lori treler, dua minggu lalu.

“Sebanyak 4,050 karton rokok pelbagai jenama dirampas melibatkan nilai berjumlah RM465,500 dan dibawa ke pejabat UPP Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

“Dipercayai rokok tersebut diperoleh dari China akan dipasarkan di sekitar Kelantan dan Terengganu atas permintaan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu dalam kes berasingan, pihaknya berjaya merampas kain batik sarung dalam serbuan di Pengkalan Haram Ayam, Lubok Gong, Rantau Panjang, Jumaat lalu.

“Hasil serbuan dilakukan, lima guni kain batik sarung berjaya dirampas, dipercayai diseludup dari Thailand ke Malaysia untuk pasaran tempatan," katanya.



Tu yang bila isap rokok rasa sejuk je walupun bukan perisa 'mint'

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2014 03:28 PM | Show all posts
Kalu ais tu tak silap aku nama lain bagi syabu... yang ni rokok ais... guane pulop??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.832735 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list