CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8802|Reply: 11

Bahaya gula

[Copy link]
Post time 19-6-2014 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Kandungannya perlu dikawal dalam makanan

Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.

Ketua Perkhidmatan Kesihatan Amsterdam, Payl Van Der Velpen, berkata ketika ini gula ibarat ‘ubat’ paling bahaya dalam hidup kita pada masa kini.

Beliau yang menulis dalam laman web kesihatan awam, berkata pengguna perlu diberi kesedaran berkenaan bahaya gula dan sewajar mengurangkan penggunaannya.

Tambahnya, gula adalah umpama ‘dadah’ seperti alkohol dan tembakau kerana itulah penggunaannya tidak harus digalakkan.

“Mungkin ada yang melihat kenyataan ini cuma membesar-besarkan isu dan dibuat-buat, tetapi hakikatnya gula adalah ‘dadah’ paling berbahaya masa ini dan begitu mudah didapati di mana-mana. Sama seperti rokok yang mempunyai label, minuman ringan dan produk manisan, juga perlu ada label seumpama itu.

“Contohnya, gula membawa ketagihan dan ia tidak baik untuk kesihatan,” katanya.
Tabiat sukar diubah

Beliau berpendapat, orang lebih memberi perhatian terhadap berat badan berlebihan daripada mengambil kisah mengenai pengambilan gula berlebihan.

Payl menegaskan, obesiti boleh ditangani dengan menggalakkan orang ramai lebih kerap melakukan senaman dengan kaedah yang betul dan pada masa sama mengubah gaya hidup sihat serta diet seimbang termasuk mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, memetik satu kajian lain mendapati, seseorang akan memberhentikan pengambilan protein dan lemak jika terlalu banyak tetapi tidak kepada pengambil gula.

Malah, ramai yang tidak menghiraukannya tanpa memikirkan mudaratnya kepada kesihatan dan penyakit seperti diabetes.

Payl percaya, ketagihan dan amalan yang sukar diubah itu sama seperti perokok gaga; menghentikan tabiat berkenaan.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya gula supaya dikenakan cukai sama seperti pengambilan alkohol dan rokok serta berharap kandungan gula dalam makanan perlu dikawal kuantitinya.

INFO: Mengenai gula

1. Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

2. Dilaporkan, kira-kira 107 negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

3. Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Sumber: Ensiklopedia bebas, Wikipedia

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml =14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml = 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml = 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g = 3.5 sudu teh.
5. Bijirin sarapan bersalut madu 220g = 10.1 sudu teh.
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi = 15.8 sudu teh.
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa = 7.7 sudu teh.
8. Sundae restoran makanan segera = 10.3 sudu teh.
9. Rempah ayam segera satu pek = 4.7 sudu teh.
10. Minuman berkultur satu botol kecil = 2.7 sudu teh.
11. Susu pekat manis dalam tin kecil = 35.5 sudu teh.

Keburukan gula:
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan.
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid.
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).

#apricon #aprikot #bahayakanser #rawatkanser#ubatkanser #antikanser

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 08:13 PM | Show all posts
will try to reduce sugar intake..thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:54 AM | Show all posts
apakan daya..gula juga yang sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 01:08 AM | Show all posts
xda gula, xceria hidup.. tp xda garam, lg xceria..

no..i need to reduce my consumption.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 09:58 AM | Show all posts
Hati-hati pengambilan gula....

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu

Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.

Jenis kencing manis

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.

Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

Simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.

Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

Sensasi pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

sumber : http://www.malaysiatercinta.com

Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan pengambilan #Apricon kerana kandungan vitamin B17 dalam setiap kapsul mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

http://www.farmashealth.com.my/apricon.html
http://www.farmashealth.blogspot.com/
IG : Farmashealth Farmas

#apricon #aprikot #b17 #sayajual #rawatkanser #cegahkanser #ubatkanser

Maklumat lanjut mengenai produk boleh hubungi talian 03-89273332 @ 03-89273330

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 04:07 PM | Show all posts
boleh gantikan gula dengan gula dari stevia..berdasarkan kajian stevia adalah tanaman herba yg semulajadi manis. stevia juga mengandungi banyak kebaikan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 04:44 PM | Show all posts
dimana saya boleh dapat membeli supplement yg utk mengurangkan kandungan gula dlm darah/badan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 01:34 AM | Show all posts
khaltamarplus dot com. beli sebotol try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 10:09 AM | Show all posts
adakah kuih muih tu punca gula ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 10:42 PM | Show all posts
kencing manis boleh kesan melalui urine tak??

contoh nye warna urine kuning atau oren..

betul ke teori tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 05:11 PM | Show all posts
cowey posted on 3-8-2014 10:42 PM
kencing manis boleh kesan melalui urine tak??

contoh nye warna urine kuning atau oren..


Sebenarnya..warna urine tidak mengambarkan seseorang itu mengalami kencing manis @ sebarang penyakit.. boleh rujuk gambar


MENGESAN KENCING MANIS
* Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja.
* Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos.
* Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Masalah pengidap Kencing Manis

* Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :-
o Kegagalan buah pinggang
o Serangan jantung
o Kebutaan / Katarak
o Koma (hilang kesedaran)
o Angin ahmar (strok)
o Sakit saraf atau "mati pucuk"
o `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk  

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-

§         Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin

§         Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:

* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:

* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period".

Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun.


Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang.


Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat.


Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.


Masalah yang sering dihadapi ibu bapa

* Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan.
* Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka.
* Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.


sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/ind ... -kencing-manis.html


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 04:36 PM | Show all posts
banyak2 minum air masak... anne! air masak satu!!.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 2.073809 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list