CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47431|Reply: 198

Sharnaaz bercinta dengan Anis Al-Idrus?(Anis dpt hadiah kek dari Sharnaaz pg4)

[Copy link]
Post time 20-7-2014 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Anis rapat dengan Sharnaaz?



Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.


[size=0.9em]Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai.
Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.



Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.

Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment.

Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri.

Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti.

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.


Last edited by maxim on 23-7-2014 10:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 11:07 AM | Show all posts
janganlah jadi cm sawi kena pukul sampai koma.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:08 AM | Show all posts
dia memang dah pakai tudung ke skg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
x kenai si anis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
X mungkin Anis berkenaan dgn Sharnaaz...
Just berlakon bersama je kn....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:10 AM | Show all posts
cm shila .. opss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2014 11:27 AM | Show all posts
shanaz ni sekejap hensem sekejap flabby.... tak konsentret iol nak rembes... ada sekali tu muka dia dah macam shrek sbb gumuk.

sila jaga badan ya

ps: suka heols dlm drama2 awal heols spt dottie dan K.I.T.A
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:30 AM | Show all posts
Hrini byk betul penulisan Sha kat bod gosip....
Btw xknal anis, xmnat shanaz..
Sooo whatevaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 11:57 AM | Show all posts
Tepek la nama anis ni sampai tujuh keturunan pun, aku tetap x kenal sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 12:59 PM | Show all posts
Cam muka lisda versi chubby lak gambaq sheols kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer basi berkulat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:11 PM | Show all posts
abam nanas nie hot stuff jugak ye.... ramai je yg nak kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:28 PM | Show all posts
Tak kenal siapa dia? Mungkin salah satu cara nak bagi orang kenal lah tuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck ler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka lisda versi tembam skit
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:08 PM | Show all posts
ape anis ni?org mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa demam bkatc fans dkt board rncngn tv dh suspect diorg ada affair tp since diorg pengamin jodoh sharnaaz dgn nelly hubungn tu xdrestui kekdahnya hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
some gurl just like bad boy..
baru ngammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:27 PM | Show all posts
betul dah.. gi check la kat ig anis al idrus ni.. taken by mamu katanya.. mamu = shanaz la..shanaz pun panggil anis ni mami
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:29 PM | Show all posts
jgn jd mcm kes shilalat sudah la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.200978 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list