CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2560|Reply: 13

[Tempatan] Terkini: 3 Daerah Tidak Sihat Pakal Beraya Dalam Jerebu Lah

[Copy link]
Post time 22-7-2014 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Klang: Tiga daerah di Selangor mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi paras 100 berbanding petang semalam.
  Bacaan kualiti udara di Pelabuhan Klang mencatatkan IPU 151, Kuala Selangor (144) dan Shah Alam (103) pada petang semalam.

Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat itu dipercayai dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan berikutan peralihan Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan ia dijangka berterusan sehingga September akan datang.
  Pengarah JAS Selangor Siti Zaleha Ibrahim berkata, IPU di beberapa kawasan sekitar Selangor berada pada paras sederhana dan hanya beberapa titik panas dikesan sekitar tiga kawasan terbabit yang menunjukkan kualiti udara tidak sihat.“JAS akan mempertingkatkan pelaksanaan tindakan mengikut Sistem Operasi Standard (SOP) melalui Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bagi mencegah serta mengawal sebarang punca kemerosotan kualiti udara dan jerebu. “Pelepasan asap domestik hasil pembakaran terbuka, kebakaran hutan, asap kenderaan dan aktiviti kilang juga menyumbang kepada jerebu,” katanya di sini, semalam.   Menurutnya, JAS turut mengesan peningkatan kes pembakaran terbuka termasuk membabitkan kawasan pertanian dan belukar sejak awal tahun ini.  Selain itu, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, selain boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 atas setiap kesalahan.   Justeru, JAS menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan tidak terdedah kepada persekitaran luar berikutan musim panas dan kering ketika Monsun Barat Daya dan impak fenomena El Nino.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/22

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3daerahtidaksihat/Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bakar lemang kena kompaun x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:02 AM | Show all posts
pakal tu menatang ape ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:57 AM | Show all posts
salah nuart
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:00 AM | Show all posts
undilah BN gerenti tarak jerebu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:17 AM | Show all posts
tanda nak dpt MB baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 01:07 PM | Show all posts
mana tak nye. kelmarin aku ke area2 kuala selangor.. skinchan smua tu.. jerebu makkk ai.. menara pemancar pon bole lenyap xnampak. rupa2nye... skrg ni musim orang bakar jerami da.... terbang2 jerami itam jatuh kt windscreen... patutla jerebu. xlehla nk salahkan indon bakar hutan bagai.. kita pon dok bakar jerami open air camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bomoh buaya boleh buat ritual mohon hujan turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 01:29 PM | Show all posts
sekolah kat manjung esok cuti....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia posted on 22-7-2014 01:07 PM
mana tak nye. kelmarin aku ke area2 kuala selangor.. skinchan smua tu.. jerebu makkk ai.. menara pem ...

kira ok la tu kampung sbelah main bunga api atau miriam besi... kampung la ni bole lihat juga di langit
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:12 PM | Show all posts
tak best la raya kalau jerebu. meh pakat balik kampung la. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:17 PM | Show all posts
rayer pakai mask lah jawap nyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:41 PM | Show all posts
Tak syok lah raya dalam jerebu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:43 PM | Show all posts
sekali sekala raya dlm jerebu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.105159 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list