CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6639|Reply: 56

[Tempatan] Selangor bukan milik Pakatan Rakyat

[Copy link]
Post time 14-8-2014 12:13 AM | Show all posts |Read mode

Selangor dimiliki oleh pelbagai parti, dan pelbagai parti boleh membentuk gabungan atau sokongan untuk membentuk kerajaan atas perkenan Sultan. Sekarang gabungan Parti Bebas + PAS telah membentuk kerajaan disokong oleh BN.


Pakatan Rakyat bukan parti berdaftar - Abdul Khalid
Pakatan Rakyat bukan parti berdaftar - Foto Bernama

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

"Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

"Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima Anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Abdul Khalid semalam memecat kelima-lima anggota Exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, EanYong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pakatan-rakyat-bukan-parti-berdaftar-abdul-khalid-41835?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
So dgn penjelasan khalid ni..sah lah pakatan rakyat pakatan haram spt yg diwar2kan sebelum ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:21 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-8-2014 12:16 AM
So dgn penjelasan khalid ni..sah lah pakatan rakyat pakatan haram spt yg diwar2kan sebelum ini...


negara ini pernah diperintah parti haram, lupa kaa...??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 12:33 AM | Show all posts
pyropura posted on 14-8-2014 12:21 AM
negara ini pernah diperintah parti haram, lupa kaa...??


Pakatan Rakyat hanya dinamakan atau diberi gelaran...

Jadi..tak ada istilah masuk pakatan atau keluar pakatan....sebab ianya tak ujud, tidak berdaftar...

MB Khalid pun, boleh beri nama Pakatan Rakyat baru yg mentadbir Selangor iaitu gabungan Parti BEBAS + PAS yg disokong oleh BN.











Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor milik Bugis
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata pakatan haram. Tp bertanding at as pakatan haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2014 12:55 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 14-8-2014 12:48 AM
Kata pakatan haram. Tp bertanding at as pakatan haram


MB Khalid bertanding atas nama Parti PKR.

logo Pakatan pun tak ada...



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:01 AM | Show all posts

tak pernah pulak PR kata Sulangor milik mureka, tapi Umeno yang perintah nugara seperti milik mureka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 01:11 AM | Show all posts
Dia selama nie jadi MB pun pasal ada pakatan 'haram' nie. Kenapa dulu2 waktu dipilih jadi MB tak cakap mcm tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 01:15 AM | Show all posts
pyropura posted on 14-8-2014 01:01 AM
tak pernah pulak PR kata Sulangor milik mureka, tapi Umeno yang perintah nugara seperti milik mure ...





Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman posted on 14-8-2014 12:55 AM
MB Khalid bertanding atas nama Parti PKR.

logo Pakatan pun tak ada...

Lol. Keldai umno xtidur lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:17 AM | Show all posts
rashiman posted on 14-8-2014 01:15 AM


ada dalam akta ka, ada dalam gazzette ka? aduyai  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 01:19 AM | Show all posts
Muntz posted on 14-8-2014 01:11 AM
Dia selama nie jadi MB pun pasal ada pakatan 'haram' nie. Kenapa dulu2 waktu dipilih jadi MB tak cak ...


Sekarang ,  Pakatan haram Baru pulak mahu dia teruskan jadi MB.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Parti ketuanan primitive je yg gune konsep komponen2 utk survival...kalau x huru hara bergaduh antara kaum katenye
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsep komponen2 parti dlm satu parti yg besar lagi mcm naharoooom.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 07:17 AM | Show all posts
rashiman posted on 14-8-2014 01:15 AM

Ambik ko , macai PR. Terduduk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman posted on 14-8-2014 01:15 AM

Skrg ni xsusah cari bukti...hujung jari je. Gud....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Srlangor ketuanan totok jawa ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:06 AM | Show all posts
pasal apa tak daftar2
pakatan rakyat dengan RoS?

pasal tak dapat putuskan nak
guna logo yang mana satu ka?

pasal memang orang2 PR suka
benda yang haram2 ka?

atau pasal apa

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
d'zeck posted on 14-8-2014 08:06 AM
pasal apa tak daftar2
pakatan rakyat dengan RoS?


PR tak ambik iktibar kes UMNO haram dulu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.065257 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list