CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3247|Reply: 15

Remaja tembak mati ibu bapa kerana dikongkong

[Copy link]
Post time 14-8-2014 11:24 AM | Show all posts |Read mode

CALLENS (kiri) dan isterinya, Elena yang mati selepas ditembak oleh anaknya sendiri di rumah mereka di Texas pada Isnin lalu.


HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.

Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan serta kakinya digari.

Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.

Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.

Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di kepala dan tangan.

Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.

Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan melayari internet dan menonton filem ganas.

- Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 11:38 AM | Show all posts
kesiannya......
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:46 AM | Show all posts
Mesti selalu kena gelak dengan kawan2 sebab tak dapat apa yang mereka dapat sampai sanggup membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:56 AM | Show all posts
tak boleh tengok cita ganas, last2 dia sendiri jadi ganazz..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:34 PM | Show all posts
memang mudah erk nak guna senapang...?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:35 PM | Show all posts
sebab x minum air soda la tu, kurang vitamin .... tu yg x betol fikirannya... takat x dapat tgk wrestling kira ok lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 01:00 PM | Show all posts
tak dapat minum soda pon nak membunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:02 PM | Show all posts
lepas ni duduk la diam2 dlm penjara
parents pon xde nak melawat
jaga bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 01:03 PM | Show all posts
Sekarang kau dikokong dalam penjara, siapa pulak yg kau nak tembak? Mamat ni mesti tertekan diejek member, iye lah.. minum soda pun tak boleh... Mau tak digelakkan member2..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:26 PM | Show all posts
siannyer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:42 PM | Show all posts
Anak-anak ni kongkong salah tak koongkong pun salah jugaa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 04:02 PM | Show all posts
mungkin terlalu tertekan diketawakan oleh rakan..biasala jiwa remaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 06:34 PM | Show all posts
znuyul posted on 14-8-2014 04:02 PM
mungkin terlalu tertekan diketawakan oleh rakan..biasala jiwa remaja..

REmaja biasa lah suka bebas, tak suka di kongkong...dia rasa dia lah yang paling hebat, orang lain semuanya tak boleh lawan diaa.....

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 12:21 AM | Show all posts
ko yg sibuk menghabiskan reta mak bapak ko, ko x kira lak tekanan dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:26 AM | Show all posts
aku pernah ada xperience la dgn org mcm ni.

kat universiti nak pegi pasar malam sebelah pagar pun kena call mak ayah dulu mintak kebenaran, kalau mak ayah x kasi, dia x pergi. pernah dia pegi senyap2 pastu tetiba mak dia call, mak dia dgr suara bising2 kat pasar malam, terus mak dia mengamuk marah. mlm tu jugak mak ayah dia dtg marah dia kat kolej. bnyk lg la benda yg mak ayah dia kongkong, ntah ape2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:38 AM | Show all posts
why people why...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.255848 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list