CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 15

[Jenayah] Samun 5 wanita dalam masa dua jam

[Copy link]
Post time 20-8-2014 11:16 AM | Show all posts |Read mode
                           

BESUT - Polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu suspek yang dipercayai menyamun barang kemas lima wanita, termasuk seorang wanita hamil di lokasi berasingan dalam tempoh tidak sampai dua jam dekat Jertih, kelmarin.
      
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah itu memburu suspek selepas menyamun mangsa di lima kampung berasingan di kawasan Jabi, Hulu Besut dan Jertih.
        
Menurutnya, empat mangsa adalah warga emas berusia 58 hingga 80 tahun dan seorang wanita hamil berusia 41 tahun, sementara suspek hanya menyamun barang kemas mangsa membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM50,000.

"Seorang mangsa berusia 66 tahun dari Kampung Kubang Depu,  Hulu Besut masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dipukul suspek.
        
"Mangsa yang dikatakan menghidap penyakit jantung dan terpaksa dirawat akibat kesukaran bernafas selepas ditendang suspek, namun keadaannya stabil," katanya.
        
Noorzainy berkata, seorang lagi mangsa berusia 64 tahun lebam di mata kiri dipercayai ditumbuk sebanyak dua kali oleh suspek yang masuk ke rumahnya di Kampung Alor Selinsing Jertih.
        
        
Pura-pura tanya rumah Jusoh
        
Sebelum itu katanya, mangsa dikatakan menyamun seorang suri rumah berusia 58 tahun di Kampung Gong Penaga, Jabi.
        
"Ketika berada di halaman rumah, mangsa dihampiri  seorang lelaki tidak dikenali menaiki kereta dipercayai Honda City yang berpura-pura bertanyakan rumah ‘Jusoh’.
        
“Belum sempat mangsa menjawab soalan itu, suspek bertindak memeluk mangsa dan menyamun seutas rantai tangan milik mangsa sebelum melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa sakit dan lebam di pergelangan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya.
        
Beliau berkata, selepas satu jam kejadian itu, seorang lagi wanita  berusia 40 tahun di Kampung Alor Keladi, di sini, turut menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali.
        
Kejadian terakhir dipercayai melibatkan nenek berusia 80 tahun turut  menanggung kerugian hampir RM7,000 selepas tiga utas rantai tangan emas dipakainya dilarikan dalam kejadian di Kampung Tok Has, di sini.
        
Kata Noorzainy, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari  ketika mangsa berada di kedai makan milik anaknya di Kampung Tok Has, di sini, sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali menunggang sebuah motosikal.
        
“Siasatan awal terhadap semua mangsa, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang sama berdasarkan kenderaan, fizikal  dan modus operandi iaitu melibatkan wanita khususnya warga emas dan tinggal bersendirian.
        
“Bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada kesemua kes dilakukan suspek yang sama atau sebaliknya dan kes disiasat mengikut  Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.
        
Sementara itu, seorang mangsa yang sedang hamil lima bulan, Norzaini Ismail, 41, dari Kampung Alor Keladi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.53 pagi berhampiran rumahnya.
        
“Waktu itu saya sedang tarik kambing dekat rumah, tiba-tiba saya lihat seorang lelaki sudah dekat dengan saya.
        
"Saya sempat tolak (suspek) bagi menghalang perbuatannya tetapi gagal selepas terjatuh menyebabkan rantai leher saya dilarikan lelaki terbabit. Saya kerugian antara RM15,000 hingga RM20,000,” katanya.
        
Menurutnya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda menghala ke pekan Jertih dari Jalan Pasir Akar, di sini.
        
        
Penjenayah tertinggal kasut
        
Seorang lagi mangsa, Salmiah Mat, 64, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumahnya dekat Kampung Alor Selinsing, kira-kira jam  11.30 malam.
        
Katanya, dia sedang menjahit di bilik, namun keluar selepas terdengar bunyi orang berjalan di ruang tamu rumah.
        
“Keluar saja dari bilik, makcik nampak seorang lelaki berada di dalam rumah dengan memakai cermin mata hitam. Dia tanya makcik kenal tak dia sebelum tanya siapa ada di dalam  rumah.
        
“Sebab panik makcik tersalah cakap tinggal seorang menyebabkan lelaki itu cuba merampas rantai leher makcik. Makcik cuba melawan, tapi ditumbuk  sebanyak dua kali pada sebelah mata kiri,” katanya yang ditemui, semalam.
        
Salmiah berkata, penjenayah itu berjaya merampas seutas rantai leher dan gelang yang dipakainya.
        
Warga emas itu yang berada seorang diri di dalam rumah berjaya melepaskan diri kemudian keluar dari rumah untuk  meminta pertolongan, manakala suspek masih berada di dalam rumah.
        
“Selepas makcik menjerit beberapa kali di tepi jalan, lelaki itu bergegas keluar dari rumah sehingga tertinggal kasut yang dipakainya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di luar pagar rumah makcik,” katanya yang dirawat sebagai pesakit luar.
        
Sementara itu, mangsa paling tua, Tuan Yah Tuan Soh, 80, mengalami lebam di tangan selepas suspek menarik gelang tangan dipakainya.
        
Dia yang tinggal bersama anaknya di Kampung Gong Penaga, Air Terjun dekat Jertih dipukul sekali di bahagian belakang badan tetapi tidak kuat.
        
Kesemua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jertih.
   
                                                                                                                                            
Last edited by edoraixora on 20-8-2014 11:16 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kejam sungguh penjenayah tu. ngan org tua pon nak rompak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 11:24 AM | Show all posts
sekarang penjenayah sasarkan org2 tua di kampung

risaunye lah kat mak aku kt kg tu
dah pesan, x payah lah pakai brang2 kemas ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:24 AM | Show all posts
Gigihnya penyamun tu.....keje 2 jam untuk makan setahun ya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:25 AM | Show all posts
“Siasatan awal terhadap semua mangsa, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang sama berdasarkan kenderaan, fizikal  dan modus operandi iaitu melibatkan wanita khususnya warga emas dan tinggal bersendirian.


bahaya nya ..
andai ini salah satu cara jenayah terbaru

mengenal pasti mangsa2 yang kesorangan dan tak berdaya


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:27 AM | Show all posts
comel macit ni masa mude2 ya..

nk jenjalan tu kena siap2..toksah pakai brng kemas, standby kerambit kt tangan..takpun bawak kayu besbal tu ke.

aishh..aku geram ni, kalau aku dapat penjenayah ni memang mapus aku kejekan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru saja baca satu thread sebelah yang mengatakan Malaysia menduduki tangga ke 33 paling aman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:32 AM | Show all posts
tahun lepas tk silap..mak metua kena ragut..kat dalam rumah, dia berdiri kt grill pintu tiba2 moto budak keling lalu srappppp dia rembat rantai orang tua tu..terkial2 la dia kena heret dia pun bergelut nak selamat kan rantai dia..ujung2 putus rantai dapat diselamatkan juga..org kata..org katala..rezeki halal dan berkat ni memang degil nak ilang begitu.

alhamdulillah..selamat dia. cuma calar kt leher.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Awas org tua dah budak pompuan bawah umur yg pakai barang kemas.adik pompuan aku pernah kena ragut rantai leher.langsung dah tak dipakaikan barang kemas sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:49 AM | Show all posts
rospinki posted on 20-8-2014 11:32 AM
tahun lepas tk silap..mak metua kena ragut..kat dalam rumah, dia berdiri kt grill pintu tiba2 moto b ...

woo lahanat peragut kalo dapat tu elok seretkan muka peragut tu ke jalan tar je
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngah tarik kambing pon pakai rantai ..
Mane la orang x aim makcik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:54 AM | Show all posts
menakutkan sungguh..
kesiannya yg hidup bersendirian, slalu jd target penyamun..
x pakai barang kemas pun jd mangsa jugak..
mana ada zaman sekarang ni org xde duit langsung...
sikit2 tu tetap ada jugak..
kalau kluar rumah da tentu la ada bawak duit sikit, handphone..
aduhai..susahnya hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:57 AM | Show all posts
Siap tertinggal kasut
Dh mcm cinderella dh kekdahnye
Dlm csi, tu dh cukup utk tangkap saspek jenayah

Org pmpuan pun jgnla galak tunjuk/pakai brg kemas
Byk mate melihat melilau mencari sasaran
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:59 AM | Show all posts
tak usahla pakai rantai kt sini.
nk pkai kt makkah sana.

sana mu jual emas, tutup ngn kain ja takkn brani org nk curi.

sini manusia cm setan psl undang2 rompak byk mana pn, cuma penjara aja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 12:01 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 20-8-2014 11:25 AM
bahaya nya ..
andai ini salah satu cara jenayah terbaru

Kalau ni taktik baru utk menyamun
i plg risau wanita tua yg dh tak berdaya tu
lagi2 org yg tgl sorg2
kejinye la serang org pmpuan yg helpless

sbb tu i takut kekdg org benti tnye direction lokasi itu ini
skrg ni org jahat tak kire rupe dah

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 12:03 PM | Show all posts
Elok le simpan je rantai tu dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan syawal orang pun dah mula berangkat gi haji.  Yang perompaknya tu boleh pulak tertinggal kasut cam Cinderella tertinggal glass slipper lak.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.344048 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list