1 of 1
Mahathir Mohamad
- [url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
11
[url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
[url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
[url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
[url=][color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[/url]
Boeing Co. perlu tampil menjawab semua persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat canggih Boeing 777-200ER milik Malaysian Airline System Berhad sejak 8 Mac lalu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Boeing sepatutnya membuat demonstrasi bagaimana sistem komunikasi pesawat MH370 itu dimatikan serta memikul tanggungjawab kerana membina sebuah kapal terbang yang boleh hilang sepenuhnya di udara.
"Bagaimana Boeing boleh membuat sebuah kapal terbang yang begitu senang dimatikan (sistem komunikasi dan penjejakan)?
"Kebiasaannya, semua anak kapal, juruterbang dan pembantu juruterbang boleh melakukan komunikasi termasuklah dengan KLIA.
"Mungkin juruterbang enggan berbuat demikian tetapi pembantu juruterbang boleh menghubungi menara kawalan untuk memberitahu pesawat tersebut tidak terbang mengikut laluan asal," katanya dalam sebuah entri berbahasa Inggeris di blog beliau.
Namun, menurut Mahathir, apa yang beliau nampak, semuanya seperti tidak berusaha untuk melakukan komunikasi.
Tambah beliau, sekiranya juruterbang tersebut mematikan sistem komunikasi, pastinya ia disedari oleh pembantu beliau dan mustahil untuk pembantu juruterbang tersebut menyerahkan nyawanya sendiri bagi membiarkan ketuanya berbuat sesuka hati.
"Boeing membina kapal terbang ini. Mereka harus menerangkan bagaimana semua sistem penjejakan pesawat boleh dimatikan atau gagal beroperasi.
"Sama ada teknologi Boeing adalah teruk atau ia memang langsung tidak selamat? Saya tidak akan terbang lagi menggunakan pesawat Boeing sehinggalah mereka menerangkan bagaimana kesemua sistem boleh gagal berfungsi atau dimatikan?" tegasnya.
Tambah Dr. Mahathir, MAS telah membuktikan kebolehannya dengan menerbangkan pelbagai jenis pesawat di samping mempunyai juruterbang-juruterbang yang terlatih.
Sekiranya benar juruterbang pesawat MH370 cuba melakukan tindaka
n bunuh diri sudah pastilah pembantu juruterbang serta anak-anak kapal akan berusaha menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
"Ini bukan salah MAS atau mungkin kawalan keselamatan yang lemah. MAS telah menerbangkan sebuah pesawat yang dikatakan antara tercanggih di dunia tetapi pesawat tersebut tidak melaksanakan tugasnya seperti yang diharapkan. Siapakah yang bertanggung jawab?
"Bukan MAS. Tetapi ini pastinya tanggungjawab pembuat pesawat berkenaan, Boeing Aircraft Corporation," katanya.