Untuk yang menantikan sambung cerita keluarga Mak Jah, ni teasernya dari Youtube Astro Gempak.
Keluarga Iskandar adalah sebuah mokumentari mengenai sebuah keluarga Melayu dan berkisar tentang Mak Jah dan anak-anak dewasa dan cucu-cucunya. Anak- anak nya terdiri daripada Abang Long, Abang Ngah dan isterinya, Kamariah, Azura dan Kamal, Azlan dan Adibah. Anak perempuannya Uda tidak kelihatan dalam series tersebut. Mokumentari itu berkisar tentang kisah hidup mereka. Saksikan Keluarga Iskandar 2 mulai 22 September 2014 setiap Isnin jam 10.30 malam di Astro Warna dan Astro Mustika HD
*Jemput jemput. Dah nak start esok ni. Last edited by gerbera.memopad on 21-9-2014 03:47 PM
Lama betul dorang nak sambung cerita ni. Dah dua tahun dah lepas yang season 1 dulu.
tu la...lamanya....tapi kan, i baru perasan...ada kat warna n mustika hd jer ek...i tak subscribe warna....uwaaaa!! kene tggu kat youtube la npk gaya...
1) Oleh sebab tersalah tafsir pasal 1/2 line kat pregnant test kit, 4 bulan Kay berangan dia pregnant . Punyalah mengada-ngada Kay sepanjang tempoh berangan tu. Sakit, lemah, memacam. Nak ambik gelas depan mata pun nak suruh Dibah. Bila dah tahu tak pregnant, 8 bulan dia tak pergi rumah Mak Jah sebab malu
2) Om & Sal kena paksa bercakap dgn baby yang kononnya ada dlm perut mummy dorang. Kelakar betul bila Om jerit. Lepas dapat tahu tak pregnant, Om cakap dlm perut mummy cuma ada tah*. Haha.
3) Mak Jah & Dibah pindah rumah Abang Long sebab tapak rumah lama tu jadi rebutan family. Sekali tapak rumah Abang Long tu pun tanah pusaka jugak da. Ada lagilah konflik pasal tu lepas ni agaknya.
4) Fariz, bf Dibah yang ringan tulang & dah potong rambut semakin boleh diterima keluarga Mak Jah. Dia tolong semua masa nak pindah-pindah tu.
5) Abang Teh sefamily dah pindah KL. Rancangan memasak dia yg siar jam 10pg tu tak ada sesiapa pun yg tengok. Kesian . And, Abang Teh dah start jealous sebab Mak Jah layan Fariz lebih berbanding dia dulu2.
6) Oh ya, Alan & Nor masih tak dapat baby. Tu ajelah citer pasal Alan setakat episod 1.
7) Kak Teh & anak-anak macam tak akan ada utk season ni.
Kesimpulan aku:
- Om, Sal & Malin dah nampak besar sikitlah. Dah dua tahun pun kan sejak season 1 dulu.
- Lakonan Abang Ngah best macam dulu jugak.
- Macam season 1, aku rasa watak Abang Teh akan jadi annoying kekadang.
- Overall, lakonan tak senatural dulu aku rasa. But still best & kelakar untuk aku.
- Setengah jam macam tak cukuplah.
best cerita ni...
tp sekejap sgt la.. setengah jam mcm x cukup
dah tu seminggu sekali pulak tu...
dlm 1st siri sampai semalam punya 1st episod
iolz suka family abg ngah... best tgk dorg...
halahhh..tak tengok la jwpnya. kena tunggu online. hopefully, best cam dulu.
*dulu iols addict ngan 'keluarga ithnin'. thn2 90an. buzen sgt naif masa tu