
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SEORANG bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas diserang seekor anjing ketika berada di rumah neneknya di Daventry, Northamptonshire, England pada Sabtu. [size=0.98em]Polis Northamptonshire berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 Jumaat bahawa terdapat seekor anjing telah menyerang bayi perempuan dan melarikannya. [size=0.98em]Polis yang berjaya mengesan anjing jenis pitbull tersebut kemudian terpaksa membunuh binatang berkenaan. [size=0.98em]Ketika kejadian, ibu bayi itu dikatakan keluar dari rumah dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.
[size=0.98em]Bagaimanapun anjing liar itu telah memasuki rumah tersebut dan melarikan bayi berkenaan dalam keadaan ngeri. [size=0.98em]Sementara itu kejiranan di Daventry sebelum ini telah menggelar anjing berkenaan sebagai 'anjing syaitan' kerana sering menyerang binatang peliharaan lain. [size=0.98em]Mereka juga tidak menyangkakan bahawa anjing liar itu akhirnya akan membunuh manusia dalam keadaan ngeri
|