|
(Direct translation...)
Seorang bapa tua tinggal berseorangan di New Jersey. Dia mahu menanam tomato, tetapi ianya pekerjaan sukar untuk orang tua sepertinya. Satu-satunya anak lelakinya, Vincent, yang selalu membantunya sebelum ini, berada di penjara. Bapa tua tersebut menulis surat kepada anaknya, bercerita tentang kesusahannya.
"Kepada Vincent,
Bapa berasa amat sedih kerana tahun ini, bapa tidak dapat menanam tomato. Bapa sudah tua dan tidak dapat menggali tanah. Bapa tahu, sekiranya kau di sini, kau pasti boleh membantu seperti sebelum ini....
Yang benar,
Bapamu...."
Beberapa hari kemudian, beliau menerima surat balasan...
" Kepada bapaku,
Jangan gali tanah di kebun! Saya ada tanam mayat di situ .....!
Yang benar,
Vincent"
Pada awal pagi hari berikutnya, agen FBI dan polis tempatan sampai dan menggali keseluruhan kawasan kebun tersebut, tetapi gagal menemui sebarang mayat. Mereka memohon maaf dari bapa tua tersebut. Berikutnya bapa tua tersebut menerima surat dari anaknya...
"Kepada bapaku....
Tanamlah tomato sekarang. Itu sahajalah yang dapat ku lakukan buat masa ini
Yang benar,
Vincent." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|