Aku selalu ambik bas kalo nak pergi dan balik kerja. So, selalulah aku pergi stesen bas. Kat stesen bas ni, ada je orang lalu lalang. Terdapat pengemis yang selalu duk tepi stesen bas.
Tapi pengemis ni pelik.
Satu petang, cam bese aku tunggu bas nak gi kerja. Aku tengok pengemis tu sebut sesuatu bila ada orang lalu depan dia.
Seorang lelaki pakai kot lalu depan dia. Dia cakap
" Bawang "
Seorang perempuan lalu depan dia lagi. Dia kata
" Roti "
Seorang lelaki besar lalu depan dia. Dia kata
" Manusia "
Aku datang ar kat dia. Pastu dia kata
" Sandwich Ayam.. "
" Aikk. tu makanan yang saya makan sebelum keluar tadi. " kataku.
" Saya ada kebolehan menafsirkan makanan terakhir yang orang makan bila mereka lalu depan saya.. " jawab dia.
" Okay.." balasku before duduk di bangku semula.
Apa maksud cerita ini? Last edited by Eva_yy_Ellin on 15-10-2014 08:23 PM