View: 6465|Reply: 9
|
Sabah, sarawak, orang asli adalah PENDATANG
[Copy link]
|
|
PENGENALAN AWAL KEWUJUDAN MANUSIA DAN KUMPULAN ARDIPITHECUS:
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh paleontologist, manusia berasal daripada kera. Spesis kera-manusia paling awal di dunia dinamakan sebagai Sahelanthropus Tchadensis yang pernah hidup sekitar 7 juta hingga 6 juta tahun yang lalu. Kemudian diikuti dengan Orrorin Tugensis, Ardipithecus Kadabba dan Ardipithecus Ramidus.
Keempat-empat spesis kera ini adalah dalam satu kumpulan (genus) yang diberi nama sebagai genus kumpulan Ardipithecus. Semuanya berevolusi di Afrika dan pernah hidup sekitar 7 juta ke 4 juta tahun yang lalu dan mempunyai ciri-ciri seperti manusia iaitu berjalan tegap, berkaki dua dan gigi yang kecil.
KUMPULAN AUSTRALOPHITECUS:
Selepas kumpulan Ardipithecus berevolusi, kini giliran kumpulan kera Australophitecus pula mengalami evolusi. Spesis kera pertama bagi kumpulan Australophitecus ialah Australophitecus Anamensis yang pernah hidup pada 4,200,000 - 3,900,000 juta tahun yang lalu kemudian berevolusi kepada Australophitecus Afarensis yang pernah hidup sekitar 3,850,000 - 2.950,000 juta tahun lalu diikuti dengan Australophitecus Garhi & Australophitecus Africanus.
Keempat-empat spesis kera bagi kumpulan Australophitecus mempunyai ciri-ciri lebih kepada manusia berbanding kera seperti berkaki dua, otak yang lebih besar, ciri-ciri fizikal seperti gigi dan sebagainya namun masih gemar memanjat pokok seperti kelaziman seekor kera. Kumpulan ini berakhir pada 2,100,000 tahun lalu dan kemudian perlahan-lahan tahun demi tahun berevolusi kepada kumpulan kera yang seterusnya.
KUMPULAN PARANTHROPUS:
Kumpulan kera seterusnya diberi nama sebagai kumpulan Paranthropus. Kumpulan ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti gigi yang besar dan kuat, rahang yang kuat, otot mengunyah yang hebat sehinggakan boleh mengunyah hanya menggunakan gigi hadapan sekaligus menjadikan kumpulan bagi spesis ini untuk memakan pelbagai jenis makanan.
Kumpulan ini terbahagi kepada 3 spesis iaitu Paranthropus aethiopicus, Paranthropus boisei dan Paranthropus Robustus. Selepas kumpulan ini berevolusi perlahan-lahan dari tahun ke tahun, kini terjadi pula kumpulan kera yang seterusnya.
KUMPULAN HOMO:
Kumpulan seterusnya (juga kumpulan yang terakhir) iaitu kumpulan Homo, mempunyai begitu banyak persamaan dengan manusia seperti saiz otak, memburu, mencipta alat malah menternak dan juga menghidupkan api. Homo erectus merupakan spesis kera pertama yang memiliki pergelangan tangan yang lebih pendek daripada kaki sama seperti manusia berkemungkinan daripada adaptasi yang lebih gemar hidup di atas tanah berbanding pokok. Spesis kera dalam kumpulan ini yang menyerupai kebijaksanaan yang serupa dengan manusia adalah Homo Heidedelbergensis, Homo Neanderthal dan juga Homo Floresiensis.
Walaupun Homo floresiensis (gelaran nama Hobbit) adalah spesis kera yang kerdil dalam kumpulan genus Homo dan mungkin juga mempunyai masalah tumbesaran dan hormon tumbesaran juga hanya mempunyai saiz otak hanya 380 cm berbanding manusia dan Homo Neanderthal iaitu 1300-1500 cm, namun kebijaksanaan Homo floresiensis tidak banyak bezanya dengan manusia dan juga Homo Neanderthal, kerana di bahagian otak floresiensis mempunyai lebih besar tahap kesedaran dan mampu menerima banyak perkara dan mampu belajar seperti memburu haiwan, membina tempat perlindungan dan lain-lain sekaligus menjadikan Homo Floresiensis antara spesis kera yang ajaib dan hebat. Saiz otaknya yang kecil pula diseimbangkan dengan saiz badan.
KEWUJUDAN AWAL PELBAGAI BANGSA DAN PENGUASAAN BENUA DI BUMI:
Setelah evolusi demi evolusi yang telah dilalui selama berjuta tahun lamanya, akhirnya terjadilah spesis kera yang dinamakan Homo Sapiens, atau secara umumnya dikenali sebagai manusia. Manusia berevolusi daripada Homo Heidelbergensis, yang pernah hidup pada 700,000 hingga ke 200,000 tahun yang lalu. Kesemua manusia berasal daripada Afrika, kemudian apabila perubahan cuaca tidak menentu yang memberi tekanan hidup pada manusia pada zaman itu, mereka kemudian bermigrasi atau berpindah ke benua lain ke seluruh dunia, dan apabila manusia-manusia yang telah keluar dari Afrika, bertemulah mereka dengan Homo Neanderthal, kemudian manusiayang telah keluar dari Afrika tadi mula berkacukan dengan Homo Neandethal namun malangnya, Homo Neanderthal telah mengalami kepupusan dan meninggalkan kita semua.
Maka terjadilah pelbagai jenis bangsa di dunia termasuklah bangsa Cina, Melayu, Indonesia, orang asli, jepun, minangkabau, pakistan, Arab, Caucasian dan sebagainya.
Secara ringkasnya, tiada satu bangsa pun yang berasal daripada Malaysia, tiada bangsa pun yang berasal daripiada negara China, tiada bangsa pun yang berasal daripada negara Indonesia, kesemua bangsa-bangsa ini berasal daripada Afrika. Jadi, mana-mana bangsa yang berjaya menawan benua tersebut terlebih dahulu, maka bangsa itulah yang memiliki kuasa untuk mentadbir tanah tersebut. Tiada sesiapa yang berhak menghapuskan hak bangsa cina di negara China kerana bangsa Cinalah yang telah menguasainya terlebih dahulu, dan tiada juga sesiapa yang berhak menghapuskan hak bangsa Melayu di Malaysia kerana Melayu Malaysialah yang terlebih dahulu menguasai tanah Melayu.
Seperti juga di Singapura, Melayu tiada hak untuk menghapuskan hak keistimewaan yang ada pada banga Cina kerana merekalah yang telah menguasai Singapura dengan menindas orang Melayu. Jadi, kekalkan hak anda jika anda tidak mahu orang lain menguasainya, kerana ia adalah lumrah dunia. Siapa yang hebat, dialah berkuasa. Bertarung untuk dapatkan kuasa, jadi pemangsa, atau anda yang menjadi mangsa.
Lain-lain:
Gambar rangka, ilustrasi dan patung bagi Homo Neanderthal:
  
Gambar rangka, ilustrasi dan patung bagi Homo Heidelbergensis:
  
Gambar rangka, ilustrasi dan patung bagi Homo Floresiensis:
 
1. Kecuali orang Afrika, semua manusia moden mempunyai 4% DNA Homo Neanderthal. DNA ini dipercayai memberi keistimewaan pada manusia untuk adaptasikan diri pada cuaca sejuk.
2. Manusia adalah spesis kera besar, termasuklah orangutan, gorilla dan chimpanzee.
Artikel ini dicipta khas oleh forumer JiwaKental sebagai sebuah ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama. Last edited by JiwaKental on 20-10-2014 04:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Namun cerita di atas tidak mampu meruntuhkan fakta bahawa Orang asli Sabah n sarawak adalah golongan pertama sampai di sabah n sarawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultrakasino posted on 20-10-2014 07:57 PM 
Namun cerita di atas tidak mampu meruntuhkan fakta bahawa Orang asli Sabah n sarawak adalah golongan ...
Siapa yang berkuasa, dialah raja. Siapa mangsa, dialah mangsa buat selamanya. Itu peraturan dunia yang sebenar. Hukum alam.
Seperti juga di Singapura, Melayu tiada hak untuk menghapuskan hak keistimewaan yang ada pada banga Cina kerana merekalah yang telah menguasai Singapura dengan menindas orang Melayu. Jadi, kekalkan hak anda jika anda tidak mahu orang lain menguasainya, kerana ia adalah lumrah dunia. Siapa yang hebat, dialah berkuasa. Bertarung untuk dapatkan kuasa, jadi pemangsa, atau anda yang menjadi mangsa.
Last edited by JiwaKental on 20-10-2014 08:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
- Siapa yang berkuasa, dialah raja. Siapa mangsa, dialah mangsa buat selamanya. Itu peraturan dunia yang sebenar. Hukum alam.
Copy the Code Percayalah kuasa sesebuah puak, organisasi, atau kumpulan tidak kekal lama. Buktinya puak adolf hilter dikatakan berkuasa, kuat dan gagah tapi akhirnya tersungkur jua. kerajaan roman juga dikatakan kuat dan berkuasa tetapi akhirnya hancur oleh tentera Islam, negara britain dikatakan kuasa besar dahulu tetapi kini hanya lipatan sejarah. Kuasa sebenar adalah Tuhan semester alam... apapun yang mentadbir sesebuah negara atau negeri tanpa keadilan dan saksama, menindas kaum lemah dan menafikan hak mereka sampai masanya puak-puak ini akan tersungkur juga akhirnya. Ini juga dikatakan hukum alam. Sejarah sudah mencatat peristiwa demi peristiwa sebegitu... bila dan bagaimana? hanya masa yang menentukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ultrakasino posted on 20-10-2014 09:21 PM 
Percayalah kuasa sesebuah puak, organisasi, atau kumpulan tidak kekal lama. Buktinya puak adolf hilt ...
Itu juga hukum alam. Yang berkuasa tetapi lemah dan hancur, bermakna ia dalam kategori mangsa, dan bukan pemangsa.
Yang berkuasa di Malaysia adalah Melayu, yang berkuasa di Singapura adalah Cina. Yang berkuasa di India adalah orang India. Yang berkuasa di Jepun adalah orang Jepun. Realitinya semua berasal dari Afrika, tetapi mereka yang berkuasa di daerah tersebut, maka jadilah hak mereka. Siapa yang lemah, merekalah golongan yang amat merugikan dalam hidup.
Kalau Melayu nak dapatkan kembali Singapura, maka kenalah berusaha untuk jadi pemangsa. Kalau Cina nak dapatkan Malaysia, maka kenalah berusaha untuk jadi pemangsa. Semua mereka berasal dari Afrika. Jadi, kekalkan hak masing-masing, atau biarkan diri jadi mangsa.
Kesimpulannya Cina juga tiada hak untuk menghapuskan hak bumiputra di Malaysia kerana yang berkuasa adalah Melayu. Bangsa Cina hanyalah pendatang sesudah Melayu berjaya menawan Tanah Melayu iaitu Malaysia.
Hanya mereka yang memperbodohkan diri sahaja rela melucutkan hak keistimewaan mereka sendiri setelah nenek moyang mereka bersusah payah menguasai tanah Melayu. Last edited by JiwaKental on 20-10-2014 10:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejauhmana kaum2 ini berkuasa sebagai raja di tempat sendiri tidak akan berpanjangan sekiranya dasar perjuangan yang rapuh, ia akan lebur juga akhirnya. Ambil contoh di malaysia... sejaumana kaum ini mampu selesaikan kapal terbang yang hilang itu? ni baru ekornya... belum lagi ujian yang besar gedabak. Tapi sang pelaku itu juga tidak akan kekal lama... akan hancur juga akhirnya bersama2 kuasa-kuasa as a king yang lain. Saya perpegang pada pendapat ini.
Untuk mendapatkan hak tersebut, kesedaran pada diri sendiri, ahli keluarga dan kumpulan kaum tersebut, ekonomi ditingkatkan, pendidikan dan ilmu wajar diperluaskan, perpaduan sesama ahli utuh tanpa menidakkan hak org lain. kejayaan memudahkan hak dituntut tanpa menitiskan darah kaum lain. Wajarnya pada diri sendiri dan tahu bagaimana mengimplementasikan peluang dan cabaran di hadapan, tahu apa itu perjuangan tulin dan tahu apa itu saduran perjuangan.
Jadi di sini, bilamana memperjuangakan hak maka wajib ikut landasan yang sebenarnya bukan dari sang pelaku diluar komuniti, ia sgt bahaya. Ironinya keruntuhan kerajaan Israel akibat ketaksuban para orthodoxy mereka zaman lampau dan mereka belajar dari kesilapan itu. Tidakkah negara ini belajar dari kesilapan kerajaan Islam dahulu? kerajaan Otomon, dan sebagainya. Ketidakadilan kpd puak lain meyenangkan mereka di cerca marba oleh si penghasut dek memenangkan plan mereka. Jika demikian wajarkah ini adalah hukum alam yang adil? |
|
|
|
|
|
|
|
ultrakasino posted on 20-10-2014 10:38 PM 
Sejauhmana kaum2 ini berkuasa sebagai raja di tempat sendiri tidak akan berpanjangan sekiranya dasar ...
Maaf, nampaknya cara otak saudara memproses sesuatu perkara dan maklumat tidak akan mampu menerima penulisan saya yang teramat mendalam maksudnya. Kerana cara otak saudara memproses ialah dengan menerima perkara-perkara yang memihak diri saudara sendiri sahaja dan akan berhenti membaca serta berhenti cuba untuk memahami sesuatu setelah saudara dapati ia tidak menyebelahi pihak saudara.
Malah komen saudara sangat jauh menyimpang dari cerita yang ditulis dan perkara yang cuba disampaikan sehinggakan ia tiada kaitan langsung dengan penulisan saya.
Sekali lagi saya minta maaf, kerana saya mungkin boleh menang berdebat dengan orang berilmu, tetapi saya tidak akan sesekali menang dengan manusia yang dangkal...
|
|
|
|
|
|
|
|
JiwaKental posted on 20-10-2014 11:20 PM 
Maaf, nampaknya cara otak saudara memproses sesuatu perkara dan maklumat tidak akan mampu menerima ...
Tidak perlu meminta maaf saudara. Tidak mengapa jika anda tidak mampu hadam apa yang saya tulis sebab tingkat keilmuan seseorang berbeza dengan orang lain. Dan yang pasti saudara, saya faham ke mana arah perbincangan ini? dan saudara tidak akan menang bilamana berdebat dengan manusia yang memahami hakikat dunia zaman sekarang. harap saudara faham.... cuba dan cuba lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ultrakasino posted on 21-10-2014 07:38 AM 
Tidak perlu meminta maaf saudara. Tidak mengapa jika anda tidak mampu hadam apa yang saya tulis se ...
Saya faham tapi kalau boleh, sila fokuskan pada perbincangan asal. Yang 'lain' tolak ketepi terlebih dahulu.
Ramai bangsa Cina-Malaysia yang kata Melayu bukan berasal dari Malaysia, sedangkan Cina juga tidak berasal daripada negara China dan Taiwan, sebaliknya dari Afrika. Sedangkan orang Afrika pula berasal dari atas pokok kerana mereka berasa dari seekor kera.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa signifikan isu ini ditimbulkan di sini? Saya boleh katakan dan saya rangkum isu di bawah:- Ramai bangsa Cina-Malaysia yang kata Melayu bukan berasal dari Malaysia, sedangkan Cina juga tidak berasal daripada negara China dan Taiwan, sebaliknya dari Afrika. Sedangkan orang Afrika pula berasal dari atas pokok kerana mereka berasa dari seekor kera.
Copy the Code adalah dilihat dalam skop yang kecil. Siapa kaum pertama sampai di sesuatu tempat akan mengatakan kaum gelombang kedua yg sampai di tempat itu sebagai pendatang. Tetapi jika hendak lihat pada skop yang lebih luas makanya ia datang pada satu tempat sahaja iaitu Afrika. Jika semua memahami isu ini maka:
1. Cina balik China
2. Melayu juga pendatang dari indonesia
tidak akan berlaku?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|