View: 25124|Reply: 183
|
[Tempatan]
Mitos Jus Betik, Sup Ketam bagi rawatan demam denggi - Prof Adeeba
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.
Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.
Gambar hiasan
Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.
"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.
"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.
Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.
"Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma," katanya.
Jus daun betik dikatakan berupaya merawat penyakit demam denggi.
Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera.
"Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak," katanya.
Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.
Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.
"Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah," katanya.
Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena.
"Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain," katanya.
Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.
"Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi," katanya.
Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.
Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.
Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.
"Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya," katanya.
Baru-baru ini, Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia dalam proses pengeluaran dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.
Syarikat tersebut berkata, kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.
Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.
Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni kawan masuk wad denggi..baca komen kt fb semua rekemen jus daun betik sama sup ketam..tk tau efektif ke tk ..semua pakat pecaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Secara jujurnye.memang betul jus daun betik muda dengan sup ketam nipah boleh ubati denggi..
dah penah kene denggi.. ni la penawarnye. sekejap je elok.
kalau ikut cakap doktor minum air banyak2 lah.itu lah. x sembuh2 ..lagi teruk lagi.
then minum terus air pahit daun betik tu.dengan sup tawar ketam nipah.sekejap je. dah o,k
doktor pun blur2.cmne cepat betul platlet darah jadi normal..
bila cakap buat cara tradisional.die cakap balik eh takde bukti sainsifik...lah itu lah. xkisah lah doktor.janji sihat.
Biasalah dunia pharmaceutical mesti nak untung.kau sakit ke tak sakit ke.janji ade duit.semua sihat lah . |
|
|
|
|
|
|
|
huhu tobat la kena demam denggi ni. tp sp nak sakit kan?
org kt max leh kena denggi 3x jerk. lps tu jalan lah jawabnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk wad pun doktor akan bagi byk minum air
bila nk sembuh mcm ni?
tu sebab guna cara alternatif |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by highcastle at 7-1-2015 12:21 AM
Air memang kena minum banyak supaya darah tidak pekat. Ramai yg bergantung pada keputusan platelet walhal ukurun kepekatan darah tu yg paling utama kedua baru platelet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 7-1-2015 12:26 AM
whateverlah. they say mitos lah apa lah. dia ada buat kajian mendalam tak semata nak cakap tu mitos ke apa ke? kalau ada, bak mai nak tengok test report finding kata semata placebo. anybody boleh cakap, tapi proof?
cousin aku dok hospital platlet cam tu jugak rendah. almost tunda nikah wedding. doktor kat situ cakap makan sup ketam (tapi doktor siap cakap you dont hear it from me). mak dia hantar sup ketam within 2 days, platlet naik. terus keluar spital. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak saya tahun lepas ni kena denggi, memang risau jugak. Selepas saya beri dia jus betik, platelet dia naik mendadak. Demam denggi memang wajib bawa ke hospital.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa xde salah pun makan jus betik dgn sup ketam tu.kalau da cara doktor xbole sembuh xkan la nak tahan je sakit tu.kena la cuba kaedah altenatif. |
|
|
|
|
|
|
|
then minum terus air pahit daun betik tu daun betik tu d blender dengan air atau camne?
Terimakasih
|
|
|
|
|
|
|
|
noted.
baru tau ..
Terimakasih
camne pula tentang mitos 100 plus tu yer?
|
|
|
|
|
|
|
|
deng ..
ketam jenis apa?
atau asal ketam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 7-1-2015 02:05 AM
ada madah ketam nipah. ada madah ketam biasa boleh (cousing mek sup ketam biasa). tapi daun betik and also manggis boleh jugak deng.
kawan mek anaknya platlet udah dekat 10 and going down. ada condition bukan denggi. doktor sikda madah apa. just berik plasma kak ya turun balit bila pulang rumah. mek and also few friends nyuruh nya berik anaknya jus daun betik manggis and juice betik. bila check, platlet naik (without plasma iv).
kawan mek mikir anaknya kenak paluk or something, cause badan toddler ya lebam lebam. bila di check ada condition anak nya. alhamdulillah dengan izinNya udah ok. using just alternative (daun betik, jus betik, sup ketam).
|
|
|
|
|
|
|
|
mek pun try google juak tek deng
mostly nang madah ketam nipah
hehehe mek nang antu ketam nipah
ketam biasa sik brapa best .. isi nya beza
tapi mek sik pernah masak sup
selalu molah masak cili sos / chinese style dengan black bean
mesti simpan and take note info2 bagus camtuk
kelak (mintak jauh la ) ni tauk kenak
sik la tunggang langgang carik info
jus daun betik
huhuhu gerenti pahit
100 plus pun mek dengar bagus
tapi sebenar nya kei tambah tenaga coz lembik gilak masa sakit ya
Thanks deng
|
|
|
|
|
|
|
|
dari segi common sense, apa2 yang pahit tu biasanya ubat
kalau tak masakan herba dan perubatan nak2 ubat tradisional petua org lama2 rasanya pahit
sebab tu ada yg suggest minum jus betik
pada pendapat i, petua minum 100 plus ni lebih kepada nak top up semula cecair dalam badan
yelah..demam panas, cecair dlm badan kita kan terdiri dr ion2
tu la alternatif paling cepat utk recover semula bila sesorang tu dehidrasi (kekurangan air)
tak salah kita berusaha juga secara menggunakan cara alternatif selagi tidak memudaratkan
sup ketam pulak lebih kepada bagi selera makan
yelah badan dah panas2 sejuk, demam, satu badan rasa sakit..sengal2 macam2 lagilah
sup ni makanan yang boleh menaikkan selera makan
sort of membuka selera actually
biasanya pengambilan 100plus dan sup ketam dikatakan berkesan dan dalam tempoh 3-4 hari pesakit denggi dah beransur pulih
in my case, kedua2nya i cuba juga tapi tak berkesan
after seminggu, platelet naik turun baru beransur sembuh
apapun, pendapat profesional doktor yang merawat pesakit tu perlu diberi keutamaan
dia lebih tahu dari segi kesannya sesuatu ubata-ubatan tu pd seseorang once dah diagnosis penyakit
|
|
|
|
|
|
|
|
selain ketam, belangkas pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-1-2015 02:15 AM
mek pun try google juak tek deng
mostly nang madah ketam nipah
hehehe mek nang antu ketam nipah
...
Welcome deng. Apahal kita cuba jak. Sama ngan minyak kelapa air kelapa. Minyak kelapa dikatakan tidak elok utk kesihatan. Now overseas semua guna minyak kelapa utk masakan. Ramai dikalangan kita masih kata minyak kelapa not good. But andaian kita baseless cause no research done. Just base on hearsay.
If the doctora or prof dah buat research and the finding kata placebo then oklah. Ni just andaian baseless tanpa sebarang research. |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku pernah kena kencing tikus...adik beradik aku rekemen menda ni lah.. jus betik ngan sup ketam...aku tak buat pun..aku lebey percayakan doc sepital...kesian doc wehh..belajo medic lama2...gunakanlah ilmu depa...tapi masing2 lah kannn...sedap gak sup ketam... |
|
|
|
|
|
|
|
masa my husband kena denggi, me bagitau semua dia kena makan
kalau kami kat malaysia, dari daun betik ke soup ketam, dia ketawa aje tanda tak percaya...
doctor kat sini suruh dia rehat aje kat rumah...
satu ubat tak kasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
blackredwing replied at 7-1-2015 12:01 AM
Secara jujurnye.memang betul jus daun betik muda dengan sup ketam nipah boleh ubati denggi..
dah ...
Betul tu.....
Kat hospital pun dorang masukkan air je....patlet tetap menurun....
Tak kira lah mitos ke apa...yg penting sihat kann dari tak usaha & harap ubat hospital
Sama mcm tunggu nak tempah keranda je.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|