Edited by Lorra2411 at 20-3-2015 09:08 AM
Tidak dinafikan industri hiburan tahun ini dibuka dengan pelbagai cerita kontroversi dan hangat sehingga menjejaskan nama segelintir artis yang sememangnya jujur menghambakan diri mencari rezeki dalam industri ini.
Selepas asyik disajikan dengan kontroversi, kali ini SS nak berkongsi cerita gembira membabitkan seorang artis ini. Tidaklah nanti peminat jemu kerana asyik disajikan dengan cerita buruk artis saja. SS nak mengucapkan tahniah kepada Radhi OAG dan isterinya, Nor Shahira Ayu Zahiri atau Ayu yang baru menimang cahaya mata perempuan pada 30 Januari lalu.
Berita gembira itu dikongsi Ayu menerusi laman sosial Instagram miliknya. Bayi perempuan comel itu dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram pada jam 8.10 malam di sebuah pusat perubatan swasta.
Radhi mengahwini Ayu di Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 4 April tahun lalu. Sebelumnya Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun. SS harap kehadiran anak baru dapat memberikan lebih sinar dalam hidup pasangan suami isteri itu.
*comel, bayi Radhi dan Ayu
*artikel ada 2 story, jadi saya edit ambik story Radhi OAG sahaja
|