CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7945|Reply: 30

Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik

[Copy link]
Post time 13-3-2015 12:27 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengarah filem Syamsul Yusof memberitahu mengambil masa agak lama untuk mengumpul idea jalan cerita dan proses pembikinan skrip filem seram terbaharunya berjudul Munafik.

Syamsul, 31, berkata, ia berikutan filem kesembilan arahannnya itu banyak menyentuh soal keagamaan yang memerlukan dia lebih berwaspada agar tidak melanggar sensitiviti agama.

"Filem seram ini penuh dengan elemen keagamaan dan sudah tentu perkara itu tidak boleh diambil mudah. Oleh itu, saya ambil masa lebih dua bulan untuk mengaji ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam skrip filem ini.

"Saya juga ada merujuk beberapa ustaz untuk bertanya tentang hukum hakam agama dan kerap mengikuti kelas agama untuk menambahkan ilmu dan input untuk filem ini," katanya kepada mStar Online.

Syamsul ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu.



Filem tersebut turut dibarisi pelakon seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, A Galak dan Sabrina Ali.

Tambah Syamsul, perkara tersebut sedikit sebanyak membantu dirinya mendalami tentang agama Islam dan berubah kearah yang lebih baik.

Dala pada itu, Syamsul turut mengakui masih risau dengan kejadian malang yang berlaku terhadap filem KL Gangster 2 yang bocor sebelum ditayangkan.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati dan mengambil beberapa langkah keselamatan agar perkara tersebut tidak berlaku lagi.

"Saya risau perkara itu berlaku lagi, jadi sudah tantu pihak kami sudah ada langkah keselamatan tertentu iaitu meletakkan label watermark sebelum di hantar ke beberapa organisasi bagi melalui proses pasca-penerbitan nanti.

"Saya juga tidak akan simpan filem ini lama-lama seperti KL Gangster dan Insya-Allah akhir tahun ini atau awal tahun depan boleh ditayangkan di pawagam," katanya.

Filem Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Filem terbitan Skop Production Sdan Bhd ini menelan kos pembikinan sebanyak RM1.6 juta.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 12:38 PM | Show all posts
macam best jer..
macam best jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 12:41 PM | Show all posts
shamsol ni ikut muka sapa?
nak kata muka muka yusop takde sangat
shamsol ni lagi handsome dari yusop
maybe ikut muka mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:14 PM | Show all posts
Filem seram lagi? Tak habis lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:19 PM | Show all posts
Hensem shamsul ni..mesti tengok
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:24 PM | Show all posts
aku ase cam best je.. cite kufarat tu best.. hehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2015 01:31 PM | Show all posts
kukulangau replied at 13-3-2015 12:41 PM
shamsol ni ikut muka sapa?
nak kata muka muka yusop takde sangat
shamsol ni lagi handsome dari yus ...

ya ke Syamsul lebih hensem dari bapak dia?? kalau bandingkan bapak dia sekarang maybe laaa but if time bapak dia muda



KACAK. Wajah kacukan yang menghangatkan dunia filem Melayu era 1970-an dan 1980-an.
[size=14.8800001144409px]

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_03.htm#ixzz3UEzlO5eF
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:39 PM | Show all posts
loveakfe replied at 13-3-2015 01:31 PM
ya ke Syamsul lebih hensem dari bapak dia?? kalau bandingkan bapak dia sekarang maybe l ...

misai dia yang mahal tu, sebab tu si Nasha Aziz pun sangkut kat dia. tak dinafikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 02:53 PM | Show all posts
yusuf haslam lagi hensem..
muka cam arab2 sikit la zaman muda2 nye..

wah mesti best gak cite ni cam cite kurafat tu..
mohon scene tak segelap mcm scene cite kurafat yea..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 03:34 PM | Show all posts
laaa nabila huda heroinnyerr...maya karin tolak tawaran syamsul.... sudah lama tunggu gandingan deolss
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 03:46 PM | Show all posts
harapnya bagusla cerita ni
bkn seram semata2
tp ade isinya


khurafat antara karya best dr shamsul
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 03:46 PM | Show all posts
best ni mesti tonton ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 03:46 PM | Show all posts
biozipstar replied at 13-3-2015 05:24 AM
aku ase cam best je.. cite kufarat tu best.. hehee

xsabo nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Musti mau tengok
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah...
Nk tengok, nk tengok.
Berianye haku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 07:07 PM | Show all posts
drpd parid kamil, makcik sanggup tgk filem shamsul byk kali.

taktau apsal kalau tgk si soul ni mesti nak compare ngan FK. muehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 11:42 PM | Show all posts
Hensem lagi yusof haslam masa muda compared to anak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman dulu mmg bapak dia kacak ..
utk zaman skrg ank dia kacak la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:05 PM | Show all posts
Bapak dia lg hensem kottt
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:36 PM | Show all posts
kukulangau replied at 13-3-2015 12:41 PM
shamsol ni ikut muka sapa?
nak kata muka muka yusop takde sangat
shamsol ni lagi handsome dari yus ...

aku rasa usop selam 600 kali ganda lagi kacak.. xcaya tengok cite skit punya gilaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.402770 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list