View: 2305|Reply: 1
|
Rozaimi bakal bergelar bapa
[Copy link]
|
|
![](http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/Packflashpublish/resources/handlers/imageResize.ashx?image=%7E/Portals/0/Bola%20Sepak%20Malaysia/110913Rozaimi.jpg&portalID=0&width=266)
Penyerang pasukan bawah 23 tahun negara, Rozaimi Abdul Rahman menyifatkan Sukan Sea kali ini memberi cabaran besar kepadanya bukan sekadar berkhidmat kepada negara malah turut memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Rozaimi yang bakal bergelar bapa berhadapan situasi yang cukup sukar apabila isterinya Nurul Adilah Junaidi dijangka melahirkan anak pertama mereka pada Jun ini dan pada ketika itu juga penyerang Sabah berkenaan sedang berkhidmat kepada negara mengharungi Sukan Sea di Singapura nanti.
Bgi Rozaimi, dia tidak melihat keadaan itu sebagai penghalang untuk dia berbakti kepada negara malah dia cukup teruja menanti kelahiran cahaya mata pertama kerana ia disifatkan sebagai pembakar semangat untuk dia beraksi cemerlang bagi merampas semula pingat emas yang dimenangai 4 tahun lalu.
Rozaimi yang beraksi buat pertama kali selepas berehat hampir 3 bulan akibat kecederaan pergelangan kaki menyifatkan tiada tekanan bagi dirinya untuk mengalas tugasan sebagai penyerang utama kerana dia percaya rakan sepasukannya di posisi serangan turut mampu menjaringkan gol.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
|
antara striker yang memiliki corak permainan menarik dan prolifik |
|
|
|
|
|
|
| |
|