CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 9

[Dunia] Gucci, YSL saman Alibaba jual barangan palsu

[Copy link]
Post time 19-5-2015 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Beijing: Pemilik jenama terkenal Gucci dan Yves Saint Laurent mendakwa Kumpulan Alibaba mengaut keuntungan daripada penjualan barangan palsu walaupun syarikat e-dagang China itu berjanji untuk memerangi kegiatan itu.

Tuntutan daripada syarikat Perancis Kering SA dan beberapa kumpulan jenama lain di mahkamah di New York, Amerika Syarikat dilihat sebagai tamparan ke atas usaha Alibaba dalam menjamin syarikat lain dan pihak berkuasa bahawa tiada jualan barangan palsu menerusi platform onlinenya.

Menurut saman yang difailkan di mahkamah persekutuan di Mahattan, Amerika Syarikat, Jumaat lalu, Alibaba  "sengaja menggalakkan, membantu dan mendapat keuntungan daripada jualan barangan palsu."

Namun, Alibaba berkata, tuduhan itu tidak berasas dan syarikat itu akan melawannya.


"Kami mempunyai rekod bagus dalam sentiasa bekerjasama dengan jenama terkenal untuk menolong melindungi harta intelek mereka.

"Malangnya, Kumpulan Kering memilih langkah litigasi yang membazirkan dan bukan semangan kerjasama," katanya dalam satu kenyataan.

Alibaba berkata, usaha anti-pemalsuan mereka termasuk mengupah 2,000 pekerja berdedikasi untuk kerja-kerja itu serta perlindungan pengguna selain perbelanjaan melebihi AS$160 juta (RM571 juta) pada 2013-14.

Saman ini adalah yang kedua daripada Kering dalam tempoh setahun.

Kering juga memfailkan saman di New York, Julai lalu tetapi menarik baliknya dan berkata kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama untuk melindungi harta intelek bagi memastikan ekosistem e-dagang yag sihat untuk semua.

Alibaba ditubuhkan pada 1999 oleh bekas guru bahasa Inggeris, Jack Ma.

Ia antara laman Web paling lama China.

Platform jualannya terbasuk Taobao, Tmall, Aliexpress dan Alibaba.com.

Bagi tiga bulan berakhir 31 Mac lalu, Alibaba melaporkan keuntungan AS$463 (RM1.7 bilion) serta hasil AS$2.8 bilion (RM10 bilion). - AP





      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 10:32 PM   
«         »
                     
JACK Ma di depan paparan jualan e-dagang Alibaba pada pesta jualan online di ibu pejabat di Hangzhou, China pada 11 November 2014. FOTO fail AP











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51843#sthash.7T65sTYV.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2015 08:35 AM | Show all posts
aliexpress... best wooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat KERING perancis?

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 19-5-2015 08:38 AM
Syarikat KERING perancis?

Yes aku pun nk tanye psl syrk kering perancis...apa kah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 19-5-2015 09:02 AM
green_coffee replied at 19-5-2015 08:53 AM
Yes aku pun nk tanye psl syrk kering perancis...apa kah itu?


Hasil wiki ..

Gucci Group, which is owned by the French company Kering, formerly known as PPR  ( tmbh T ...jd la pprt ) kering + pprt .. X sedapnya nama co korg ni... Nasib baik nama brand gucci..ingat menopause..ingat gucci ..

PPR tu owned by laki si salma hayek btw...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 09:38 AM | Show all posts

gelak sakan aku x pepasal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2015 09:42 AM | Show all posts
Aku ada beli brg kat Alibaba ni, dlm site nampak cantik molek,
Bila sampai brg quality lain , ada yg kecik gila, nasib murah,
Lepas tu tak ada nya nak beli dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 10:33 AM | Show all posts
stilla replied at 19-5-2015 09:42 AM
Aku ada beli brg kat Alibaba ni, dlm site nampak cantik molek,
Bila sampai brg quality lain , ada  ...

sama macam lazada ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2015 10:35 AM | Show all posts

Lazada blm try, lps beli kat Alibaba ni trs fobia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
So bila designers brand ni nk saman penjual hbag fake gred aaaaa kt insta fb dsb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.156501 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list