Kuala Terengganu: Beberapa anggota Jabatan Taman Laut Malaysia Terengganu terkejut apabila menemui bangkai ikan lumba-lumba di muara Sungai Terengganu ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Redang ke bandaraya ini, petang semalam. Pembantu Perikanan Jabatan Taman Laut Malaysia Terengganu, Ahmad Imran Mohamad berkata, berdasarkan pengamatan, haiwan berkenaan dipercayai baru saja mati dalam lingkungan 24 jam. Menurutnya, terdapat kesan calar pada badan ikan berkenaan yang mungkin disebabkan terperangkap dalam pukat tunda nelayan. "Ketika menemuinya, saya ingatkan batang kayu yang hanyut, tetapi bila menghampiri, baru sedar ia bangkai ikan lumba-lumba. "Mamalia seberat 90 kilogram itu dinaikkan lima anggota Jabatan Taman Laut dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu semalam," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 7:07 PM
BANGKAI ikan lumba-lumba seberat 90 kilogram ditemui anghota Jabatan Taman Laut Malaysia Terengganu di muara Sungai Terengganu. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57973#sthash.32VngLDH.dpuf
|