CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2640|Reply: 1

Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

[Copy link]
Post time 29-6-2015 06:03 PM | Show all posts |Read mode


Batuk sememangnya amat perit dan menyakitkan anak tekak hingga ada kala menguji kesabaran seseorang.

Sebagai jalan penyelesaian, pastinya ubat batuk jadi harapan untuk menyembuhkannya.

Ini ada resepi bagi menyediakan sirup ubat batuk yang amat mudah dan mujarab!




Tambahan pula, bahan-bahan ini sangat mudah didapati iaitu hanya menggunakan 4 sudu minyak zaitun, 10 sudu madu dan 3 sudu air lemon.

Anda hanya perlu campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam periuk kecil dan didihkan dengan api yang perlahan.

Selepas selesai bolehlah disejukkan dan disimpan di dalam botol.

Jangan memperkecilkan keajaiban tiga bahan ini, kerana sememangnya bahan-bahan ini mempunyai kelebihan dan keberkesanan tersendiri.

Minyak zaiton dapat meredakan sakit batuk dan berkesan mencegah keradangan di tekak. Manakala, madu mampu meredakan batuk dan memberi tidur yang lebih nyenyak. Air lemon pula sebagai pereda radang tekak paling efektif.

Ubat batuk ‘DIY’ ini juga dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan. Tetapi sebelum digunakan, panaskan ubat batuk tersebut terlebih dahulu.

Ubat ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, dan tidak memberi kemudaratan kepada pesakit yang mempunyai penyakit alergik kepada bahan kimia.

Cubalah, memang senang!
mummynemo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada tips lebih cepat.

Bila batuk belum melarat, letak jari telunjuk pada leher berdekatan dengan tekak yg meradang. Cari titik yg tepat. Apabila bertemu titik punca batuk,
Tekan kuat sehingga mencetuskan rasa untuk batuk yg kuat.
Ambil satu kali nafas yg panjang sebelum batuk dikeluarkan sambil jari menekan titik tersebut.
Kemudian batuk yg kuat itu akan mengeluarkan segala lendir kuman degil yg melekat pada dalam tekak. Batuk pun hilang serta merta di saat itu juga insyaAllah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.201321 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list