CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2333|Reply: 4

[Tempatan] Pusat pengajian pondok pertama di Kampung Baru

[Copy link]
Post time 2-7-2015 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Pusat pengajian pondok pertama di Kampung Baru
1 Julai 2015


Jamil Khir (dua, kiri) bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (dua, kanan) pada pelancaran Pondok Moden Al Abaqirah di Bangunan JAKIM hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menubuhkan pusat pengajian pondok pertama di Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Pondok Moden Al-'Abaqirah.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pondok itu yang akan dibuka pada Ogos depan bertujuan untuk melahirkan generasi agamawan yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu.

"Konsep pembelajaran pondok moden ini adalah berteraskan kitab-kitab turath dan disokong dengan pembelajaran akademik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan pondok moden Al-'Abaqirah di sini, hari ini.

Bagi pengambilan pelajar, katanya, calon mestilah seorang warganegara Malaysia, lulus dengan baik Pentaksiran Tingkatan 3 atau setaraf dengannya, serta mempunyai minat dalam mendalami ilmu Islam.

"Untuk fasa pertama tahun ini, pondok moden yang terletak di bangunan MAIWP di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu akan mengambil seramai 40 pelajar dan menyasarkan untuk mengambil 100 orang pelajar setahun,"katanya.

Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, MAIWP akan menanggung sepenuhnya kos pembelajaran termasuk penginapan dan makanan.

"Namun yuran pendaftaran sebanyak RM500 akan dikenakan sebagai simbol komitmen pelajar untuk mengikuti pengajian selama empat tahun di pondok itu nanti," katanya.

Bagi proses pengambilan pelajar, sesi ujian dan temu duga akan dijalankan bagi memilih mereka yang benar-benar layak mengikuti pengajian.

"Kita menyasarkan untuk mengambil 50 peratus pelajar dari Wilayah Persekutuan dan 50 peratus lagi pelajar dari lain-lain negeri," katanya.

Katanya pihak MAIWP akan menyiarkan iklan bagi pengambilan pelajar sesi pertama itu di laman web rasmi MAIWP dan akhbar-akhbar tempatan dalam masa dua minggu daripada sekarang. - Bernama --SinarHarian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 08:26 AM | Show all posts
kt jalan mana bangunan maiwp ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia sedar mia da kertu baya fazura..kalo mia nk register diri masuk sekolah pondok agak2 dpt tekel ustaz kacak2 x??? Smbil blajo agama utk jd ustazah lah opkos...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 10:24 AM | Show all posts
sekolah pondok dalam bandar, di kg baru, dekat dengan chow kit. banyak cabaran tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:32 AM | Show all posts
aku nk antar si kecik tu kat situ nanti..tapi jauhnya..kena duk asrama si kecik tu kang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057018 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list