CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1650|Reply: 0

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai.

[Copy link]
Post time 28-7-2015 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Kaki  merupakan anggota yang paling banyak terbeban kerana ia terpaksa  menanggung hampir keseluruhan berat badan seseorang. Jangan hanya nak  cantik je! Keselesaan dan kesihatan kaki perlu dititik beratkan. Kaki  yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan kesakitan pada seluruh  badan seperti leher, lutut, belakang badan serta tumit.


Kebanyakan  orang tidak tahu memilih kasut yang sesuai dengan kaki sendiri. Ini aku  tak nafikan. Dulu aku selalu beli kasut yang hanya cantik dipandangan  mata. Masa try kat kedai kasut macam best je, tapi bila bawak balik  rumah, langsung tak selesa. Bukankah dah membazir? Mujur kebanyakan  koleksi kasut aku harganya cuma sepuluh ringgit.kehkeh. Akhirnya kasut  yang sama jugak aku pakai kesana-sini. Sekarang lagi teruk, pakai  selipar je senang.haha..


Tahu tak bagaimana caranya memilih kasut yang sesuai dengan kaki korang? Ini tips yang aku jumpa :


  • Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada pada saiz sebenar pada waktu itu.
  • Cuba  kedua-dua belah kasut dan pastikan korang selesa memakainya. Kaki kanan  biasanya lebih besar dari kaki kiri. Belilah kasut yang besar sedikit  daripada saiz kaki.
  • Jika ingin beli kasut tertutup, pastikan jari kaki korang dapat digerakkan di dalam kasut.
  • Jari kaki harus selesa ketika korang menyarungkan kasut. Jangan biarkan ia tersepit atau mudah tercabut.

Macam  susah jer nak beli kasut pun kena tunggu lewat petang.haha. Belasah jer  la bila pun, yang penting selesa dan tak menyakitkan kaki dan hati!

puankutu



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.352069 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list