KUALA LUMPUR: Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan di negara ini dilihat semakin berkurangan tahun demi tahun.
Bahkan jika dibandingkan dengan negara jiran, kemeriahannya amat ketara.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat konteks sambutan di negara ini telah disempitkan dengan hanya mengibar Jalur Gemilang.
Beliau turut mengaitkan fenomena yang berlaku dengan pembabitan parti politik yang gagal memupuk semangat kebangsaan dan cintakan tanah air.
“Berbeza dengan zaman saya dahulu, sebahagian program diolah oleh kerajaan dan tidak oleh NGO atau badan-badan bukan kerajaan mahupun kawasan mukim dan kampung.
“Negara jiran misalnya, kemerdekaan tanah airnya muncul, setiap flat ada satu bendera, dan diwajibkan oleh ketua flat,” katanya sewaktu ditemui pemberita di sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. – FMT
Post time 21-8-2015 05:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun2 sebelum ni memang meriah tgk kete..kedai n rumah2 pasang bendera...tapi taun ni mmg sendu giler...sebiji kete pun kaka tak jmpa pasang bendera...mood dah kelaut gamaknya..
Duluuuu... memang meriah, awal bulan 8 je kebanyakan keta dah siap pacak bendera. kiri kanan ada bunting la banner la billboard yg membawa tema hari kebangsaan. skang ni, sendu ya hamat... seminggu dua ni yg ai nampak baru 2-3 keta yg letak bendera, shopping mall pon mcm biasa jah... nothing spesel kekdahnya. tapi tadi masa shopping, ada la dengar seketul lagu patriotik
Msia mungkin dlm mood berkabung. who knows. trolololollll
Akak sowang pasang bendera kat kereta..dari Bangi ke Klang....akak sowang je yang ada bendera...kenapa erk? Takler mahal ...rm4 jer......memanglah geram ngan najib tapi sentimental pulak dengan 31 ogos...terkenang kenang zaman remaja pasang bendera meriahh nauu....