View: 4075|Reply: 2
|
Rawatan terbaik untuk liang roma yang besar?
[Copy link]
|
|
Assalam.
Tak pasti dah ada ke tak thread seperti ini, tapi saya dah cuba cari 'liang roma', 'pores', dan 'pori pori' tapi tak berjumpa thread yang bercakap tentang rawatan liang roma.
Saya dah lama ada masalah liang roma yang besar, dah macam- macam produk dah guna tapi still sama je. So sekarang ni sedang cari rawatan yang terbaik untuk kecilkan liang roma. Tak kisah la rawatan laser ke, jumpa dermatologist ke, supplement, atau pun apa2 produk skin care. Liang roma yang besar ni seriously menggugat self esteem. Sebab those yang ada liang roma besar biasanya muka berminyak, dan mudah jadi kusam. Teringin sangat nak kulit jadi putih gebu 
Antara produk yang saya pernah guna: Biotherm (range untuk pores), etude house (baking soda cleanser, white moistfull range, dan wonder pore range), body shop (tee tree set), hada labo (moisturizing range), set royal expert white, simplysiti (tak ingat range apa), safi, dan beberapa lagi jenama lain. Semua haram jadah. Now, saya guna Garnier Sakura White, alhamdulillah, so far so good, jerawat tak de naik (muka saya sensitif, cepat merah, cepat naik jerawat pasir). Tapi bila guna Sakura White ni, takde apa2 reverse effect yang annoying, untuk cerah pun xnampak lagi lah. Sebelum ni guna nivea dalam setahun macam tu, pun ok jugak, xde jerawat naik. Sangat sesuai untuk kulit sensitif. Cuma bab liang roma ni masih sangat- sangat ketara, kulit pun still nampak kusam dan sedikit menggerutu sebab liang roma yang ketara.
Rawatan kulit pula, pernah pergi buat chemical peel di Suzana Wellness Centre Bangi, kulit jadi lagi teruk dan sensitif, so saya stop. Pernah juga buat rawatan chemical peel sendiri, ship dari US, pun sama juga, tiada effect.
Sekarang ni sedang pertimbangkan rawatan (atau produk) lain. Yang berkesan untuk mengecilkan liang roma dan menjadikan kulit putih gebu hoho. No local product, saya memang tak percaya dan anti pada produk- produk local rebranding ni. Mohon u all yang pernah ada masalah yang sama dan telah berjaya mengatasi, untuk share pengalaman tentang rawatan atau produk yang u all guna ya.
Many thanks!
*Sori panjang sangat post* 
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...
I takde masalah enlarged pores ni, cuma nak beri suggestion jumpa doktor kulit.. macam kat thread ni..
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 9254&extra=page%3D2
masa consultation tu jangan lupa beritahu doktor pasal hal ini;
Rawatan kulit pula, pernah pergi buat chemical peel di Suzana Wellness Centre Bangi, kulit jadi lagi teruk dan sensitif, so saya stop.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap malam sebelum tdo, sapu ais kt muka. Bli bekas yg utk buat aiskrim batang tu buh air n guna utk sapu kt muka... Seminggu dh nampak kesan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|