CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6232|Reply: 27

Kesan Beri Bonus Retensi Pada Pekerja, Mengapa Majikan Tak Patut Guna Kaedah Ini

[Copy link]
Post time 29-9-2015 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Fyruz Hanna





Biasa kita dengar gaji ke-13 merupakan tambahan wang yang diberikan kepada pekerja selain gaji.






Bonus boleh jua dikira sebagai peruntukkan hadiah kepada pekerjaan yang dilakukan dan biasanya pembayaran bonus adalah mengambilkira pelbagai aspek keuntungan, kesan jangka masa panjang dan sebagainya.


Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Jobstreet, pekerja akan lebih setia sekiranya dibayar bonus.




Jom kita kenal antara jenis bonus yang biasa diterima oleh pekerja adalah:

1. Bonus Retensi

2. Bonus Tahunan

3. Bonus Akhir Tahun



Kali ini, penulis terpanggil untuk membicarakan bonus retensi.


Apakah itu bonus retensi?
Bonus retensi adalah bonus untuk pembayaran insentif bagi menegah pekerja untuk meninggalkan syarikat.
Lebih spesifik lagi, ia untuk mendidik pekerja menjadi lebih setia kepada syarikat. cara bayaran bonus ini juga berperingkat mengikut pada penyelarasan keuntungan sesebuah syarikat.


Dalam sesetengah keadaan, sedikit porsi bonus dipegang oleh syarikat untuk beberapa tahun, kaedah psikologi terbalik ini bertujuan untuk menanamkan semangat setia kepada syarikat yang mana beranggapan syarikat memegang sedikit bahagian yang patut diterima oleh pekerja.




Namun sejauh manakah ianya benar-benar menyebabkan pekerja setia dengan sesebuah syarikat?




5 Sebab Bonus Retensi Tak Berkesan......




1. Tiada bukti bahawa bonus ini berkesan


Setelah dikaji oleh pengkaji di US, Didapati tiada satu syarikat yang mengamalkan retensi bonus ini berjaya membuatkan pekerja berasa gembira. Malah kaedah ini akan membuatkan pekerja berakhir dengan perasaan kecewa selepas 6 bulan.




2. Rentensi Bonus akan mengekalkan pekerja yang bagus sahaja?
Ternyata, pekerja yang bagus dan terdedah dengan ilmu sumber manusia akan meninggalkan syarikat dengan lebih cepat kerana mereka akan berasa kurang yakin dengan syarikat dan masa depan syarikat. Dengan kaedah retensi bonus yang diterima, ia membuatkan pekerja berfikir keadaan syarikat dalam frasa tidak stabil dan terumbang-ambing. Ini akan mempercepatkan lagi pekerja meninggalkan sesebuah syarikat.




3. Wang bukanlah segala-gala penyebab pekerja berniat meninggalkan syarikat
Berpuluh kajian yang dijalankan sebelum ini mengapa pekerja meninggalkan sebuah syarikat dan ternyata wang bukan penyebab utama, antara sebab utama adalah:
- Pengurusan yang buruk
-tiada peningkatan dalam kerjaya
- perasaan digunakan




4. Pekerja yang tinggal tidak akan lebih produktif kerana mereka 'kekal' hanya kerana wang
Tiada insentif lain yang akan membuatkan pekerja teruja untuk melakukan kerja dengan lebih produktif, mereka akan melakukan kerja pada paras minimum.




5. Lambakan pekerja yang tidak bagus
Pekerja yang kurang cekap, kurang prestasi, malas dan mempunyai skil terkebelakang yang menghairankan akan setia dengan syarikat dan mengharapkan bonus retensi ini. Apabila ramai pekerja sebegini, sebenarnya memberi gambaran kepada syarikat yang tidak cekap dalam mengambil pekerja yang berkualiti. -CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.





sumber: eremedia, wikipedia, gajimu.com







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr.... Aku dpt bonus 2x setahun. Dan aku setia bertahun2 dgn company ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:57 PM | Show all posts
Munah_sporty:   cdn.meme.am/instances/500x/58342538.jpg


aku terbaca.. ayat blakang tu..

"Autism in... GAMBAR KAK PINK"



Sesuatu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
artcrime replied at 29-9-2015 08:57 PM
aku terbaca.. ayat blakang tu..

"Autism in... GAMBAR KAK PINK"

ssuatu lgu mna tu sis??
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:11 PM | Show all posts
iols dah 2 tahun x dapat bonus...choi sangat bos iols...dahla kedekut. Iols berdoa jah dapat keje lain secepat yang mungkin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain itu layanan kompeni kene bagus gak.

Aku bsyukur skrg ni wlupun gaji xsebesar cam keje kat brunei dulu, tp bos aku baik. Pastu klem blh minta advance. Blh kata every 3mths ada travelling yg membolehkan dpt klem around 1,2k per assignment. Slain tu masa hari raya ada voucher utk shopping, klu utk raya qurban, stiap staf muslim dpt daging qurban. Bonus so far mmg xpnah miss smenjak keje sini.

Yep, bila aku taip2 ni, lebey kurg je gaji previous job ngan skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tahun ni ada bonus....amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 10:31 AM | Show all posts
company da kasi bonus tu da kira bagus la tu... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:32 AM | Show all posts
company dengan orang lua ckp.. "we are doing great.. we are good... " bile declare bonus.. "ekonomi xbagus la.. apa la.. opuiiii sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:33 AM | Show all posts
you all pilih mana? bonus or increment gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:34 AM | Show all posts
x kisah la kan? kalo company mampu byr n nk buat so apa masalahnya.. rezeki kot.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:37 AM | Show all posts
bonus retensi tu apa senanya?tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:18 AM | Show all posts
jarang la syarikat mesia ni yang aku tau guna cara ni.. kawan aku kje singapore ade la. tp pangkat die besaq..
and gaji sedap jugak.. die ckp contoh klaau co declare bonus 3 bulan... die akan kasi kau 2 bulan je (untuk tahun tu).. sebulan die pegang/hold utk next year.. sb takut kau lari.. or disambar orang..

kalau gaji ciput ko dapat rentention bonus takpela.. blah je la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:19 AM | Show all posts
Star_el replied at 30-9-2015 10:37 AM
bonus retensi tu apa senanya?tak faham

yang mRcus tau... its for loyalty of employee.. tak tau sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:25 AM | Show all posts
MarcusMok replied at 30-9-2015 10:33 AM
you all pilih mana? bonus or increment gaji?

pilih dua2
berangan jela aku. kat company ni, org nak berenti dipersilakan sgt walaupun susah nak cari pengganti.
Tekan aje siapa yg masih ada tu, bg keje dua org kt sorg haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 11:34 AM | Show all posts
company yang fly kerja ni ... bonus ada tapi 1 bulan jer .. selama kerja sini sebulan jer la merasa ... mana tidaknya .. gaji boss aku tinggi kalah gaji PM ... huhuhu ... naik gaji by % ... paling tinggi 5% jer ... huhuhu ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:41 AM | Show all posts
bontotiku replied at 30-9-2015 11:18 AM
jarang la syarikat mesia ni yang aku tau guna cara ni.. kawan aku kje singapore ade la. tp pangkat d ...

benda ni bukan berlaku pada staff je. abang aku taraf Managing director, subsidiary KL, parent company Spore,  pon kena hold profit sharing 30% setiap tahun. itu tah apa muslihat entah..sporean punya style.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:59 AM | Show all posts
bru semalam dpt news next year takde bonus..sekali arini naik thread tajuk inihh..sakitnya tuh disiniiii sabor jela
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:00 PM | Show all posts
aku nak bonus 1 jota...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062358 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list