nak tanya pasal EMPANGAN... empangan ni sebenarnya sungai/muara/tasik semulajadi atau sungai/muara/tasik buatan manusia ekk...ok, den tau fungsi empangan tu takungan air utk melambatkan aliran ..it's like simpanan air utk kegunaan manusia...cuma nak tau adakah ia buatan manusia atau mmg semulajadi...maksud den, ok, mmg empangan (gate) tu manusia yg buat (dgn simen dll), tp part sungai/muara/tasik tu?
mcm contoh empangan klang (klang gate) tu, adakah "kawah" (sungai/muara/tasik) tu dibuat oleh manusia then ditakungkan air atau mmg "kawah" tu semulajadi??
pada sesiapa yg dop tau klang gate camna rupa, dibawah ni pix dia:
maksug mu...asal empangan klang gate adalah kawah gunung berapi?gitu...yg aku tahu..mmg empangan ni adalah yg tertua di tanah melayu.Asal Empangan Klang Gates atau nama glamournyer "DEM" adalah sebuah kampung dimana penduduk asalnyer telah berpindah ke kampung Klang Gates... Mungkin ada yang menyedari akan kewujudan Kampung Klang Gates Baru.. tapi adakah wujudnya Kampung Klang Gates Lama.. Sudah tentu ada dan kini berada didasar Empangan Klang Gates. Percaya atau tidak terpulang..Menurut cerita aku denga, bangunan sekolah, masjid (kubah dapat dilihat dari permukaan air) , kubor2 serta terowong ketapi dan terdapat satu papan tanda yang menceritakan sejarah tempat itu sendiri, masih berada di dasar empangan tersebut.
hurmm sama gak ngan Tasik Kenyir..
tasik buatan manusia paling besar dan dalam.
maaf kalau saya tersilap.
orang kata perkampungan lama tasik kenyir masih ada di dasarnya.
sebab tu bleh nampak ujung dahan pokok tenggelam dalam tasik.
kayu balak semuanya tu..
bayangkan la betapa dalamnya tasik tu & apa yang ada kat dasar tu..
tak de ke forumers yang tahu pasal kisah tasik kenyir di awal pembinaannya?
maksud kome, empangan klang gate ni tasik buatan manusia lah ye mcm tasik kenyir? bukan semulajadi???
cuma yg bab kata ada manusia di dasar tasik tu mcm mitos aje, yg dahan pokok timbul kat tasik tu maybe betul ada,cuma ada perkampungan dlm air tu tak dop kot bro...ke ada bunian dlm tu???
bukan maksud den kawah gunung berapi....itu cuma perumpamaan sahaja...means, asalnya klang gate ni tanah rata,cuma di kawahkan/ditasikkan utk dijadikan empangan... manalah tau,kot2 tasik tu semulajadi atau tasik buatan manusia...tu yg den nak tau...sbb kalau semulajadi, agak susah jugak nak tahan air tu masa mula2 nak letak simen halang perjalanan air tu (gate)
persoalan TT ni aku cuba jawab dari segi engineering.....
Empangan ni adalah struktur penahan air yang dibina atas beberapa tujuan samada sebagai sumber bekalan air, hidroelektrik atau pengairan untuk tujuan pertanian....kebiasaannya dia akan empang dihulu sungai....
manakala kategori tanah rata dikawahkan tu orang yang bukan engineer panggil jugak empangan...tapi istilah engineeringnya bukan empangan tapi kita panggil 'bunded storage' yang tujuannya untuk ambil bekalan air seperti di empangan Jus, Melaka.....how it works??? senang aje.....kita akan buat bund berhampiran sungai utama bund tu bentuk bulat ke lonjong ke apa ke terpulang then kita pam air dari sungai utama ke dalam bund yg kita buat tu then, air akan memenuhi kawasan bunded tadi untuk tujuan bekalan air kepada penduduk.